Nuffnang

Thursday, May 12, 2016

Puregon dan Gonal-F, not to forget the amazing buah delima.


...sambungan dari entry sebelum ni..rawatan ubat kesuburan pertama di Hospital Selayang. I was on Puregon injection. Plan pertama ialah bagi suntikan Puregon 75 iu selama 5 hari bermula dari hari ke-2 hingga hari ke-7 menstruasi untuk teruskan dengan 'Timing  Sexual Intercourse' (hubungan suami isteri berjadual). Pada hari ke-7 kena ke hospital untuk track folikel...keputusannya masih tak memberangsangkan... Ada banyak folikel di kedua-dua ovari tapi semua saiz kecil-kecil. Paling besar pun 5mm je. Saiz folikel matang ialah 18-20mm..Jauh sangat bezanya. Doktor suruh sambung lagi suntikan untuk 2 hari lagi kemudian kena datang tracking balik. Lepas tracking the next two days tu pun sama...saiz masih lagi tak capai even 10mm. Betapa degilnya ovumku....urghhhh.

Puregon 75 iu


Oh ok ke suntik-menyuntik tu? Of course....nervous nak meninggal rasanya. Sudahlah memang sejenis bangsa yang penakut jarum. Tapi... sangat tak sangka, i'm proud of my self. Sangattt...sebab boleh mengatasi ketakutan tu dengan cucuk perut sendiri. Nak suruh my encik suami buat? lagilah tak percaya...hiks!


Tracking kali ke-3 Dr. Haliza suruh tukar ubat injection kepada Gonal-F 150iu disebabkan saiz telur  (read:ovum) masih kecil. On the way balik dari hospital sempat singgah ke Tesco sebelum balik rumah...kebetulan ternampak ada buah delima terus teringat ramai orang cakap buah delima sangat bagus untuk perkembangan ovum. Belilah 5 biji buah tu...balik rumah terus makan. Lagi 2 hari kena pergi tracking lagi. Oh...makan buah delima ni pulak ada syaratnya. Kena makan sebiji buah tu tanpa berkongsi dengan orang lain. Tak boleh bagi jatuh even satu biji isinya tu. Alhamdulillah cantik sangat buah delima tu. Isinya merah sangat...first time jumpa buah delima isi cantik macam tu. 

Gonal-F 150 iu


delima cantik

Tiba hari kena pergi tracking, Alhamdulillah...it was such a miracle ovum dari saiz 8mm terus berkembang ke 12mm. Dah mula nampak perkembangan positif. Tak tahu it was kebetulan atau memang fakta yang terbukti benar buah delima memang betul-betul membantu keseburan wanita. Ada lagi perkara yang sangat mengejutkan bila Dr. Haliza decide untuk teruskan rawatan...

to be continue...




1 comment:

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.