Nuffnang

Wednesday, September 06, 2017

8 LANGKAH MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN BAGI PENJAWAT AWAM



Perkongsian pengalaman sekadar untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan yang mana tengah pening tak tahu mana nak mula. Hehe sebab seriously masa mula-mula saya nak buat permohonan ni macam takde guide yang khusus dari developer. Nak kena start buat yang mana dulu pun tak tahu. Lepas tu sibuk bertanya kawan-kawan, sedara mara …tapi sebenarnya tetap blurr… Hahaha.. Lepas dah lalui sendiri barulah tahu mudah je sebenarnya. Ok rentetan di bawah antara apa yang saya buat sehingga pinjaman diluluskan.

*Take note apa yang saya share ni adalah untuk pembelian direct from developer with zero downpayment.

1. SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN
Perkara pertama sebelum start cari rumah ialah semak kelayakan pinjaman mengikut kemampuan gaji korang. Boleh refer jadual kelayakan terkini yang dikeluarkan oleh LPPSA. Rujuk gambar.

Boleh cek jadual kelayakan pembiayaan guna jadual ni. Lepas tu start cari rumah within your qualification.


2. CARI RUMAH IDAMAN
Perkara kedua part paling seronok. Cari rumah idaman. Haa..kebetulan sekarang tengah viral pasal pemilihan rumah teres tu kan. Bolehlah buat rujukan. Banyak juga faktor yang perlu diambil kira. Research sendiri la ek bab ni. Sekali lagi saya cerita ni pembelian dari direct developer bukan subsale or 2nd owner. Rumah teres ke banglo ke apartment ke terpulang mengikut kemampuan masing-masing. As long as within your qualification and budget. 

Lepas dah jumpa rumah idaman tu biasanya pihak developer akan mengenakan bayaran untuk booking atau cop rumah tu. Sediakan RM5k paling minimum. Bab ni kena particular sikit. Macam saya dah elok-elok cop rumah berjiran dengan cousin memang baik punya location. Tapi masa tu tak letak booking sebab janji nak bagi lepas dapat keluarkan KWSP. Sekali selamba je ejen tu letgo rumah saya cop tu kat orang lain. So, terpaksa la pilih rumah lain.. jauh sikit dari rumah cousin.. dah hancur harapan nak tumpang lunch rumah cousin.. LOL! 😜😜😜
Gambaran ilustrasi rumah saya beli dari EH Property

3. SPA SIGNING
Part ni yang paling ditunggu-tunggu. Lama jugak tunggu pihak developer call untuk signing. Rasanya booking hari tu dari bulan Mac/April kalau tak silap. SPA signing berlangsung pada bulan Julai. Masa signed SPA hari tu kira tawakal je sebab pernah ada yang cakap better tunggu kelulusan dari LPPSA dulu. Haa.. part ni yang buat saya pening sikit. Nanti explain kat point no. 4. 
Jangan lupa bawa sekali surat kelayakan dan pengesahan dari jabatan tempat korang kerja. (Rujuk kerani jabatan)

Untuk SPA Signing event ni developer buat sekali dengan penyerahan kunci rumah bagi pembeli Fasa 1. Mungkin ada hikmah jugak saya terpaksa tukar lot rumah hari tu. Sebab lot rumah yang saya pilih semula tu menang lucky draw dapat IPAD Mini 2. Alhamdulillah.😍

Got lucky :P

Oh.. Pemilihan peguam terpulang kepada korang. Tapi kalau nak senang guna je peguam yang developer sediakan. Fee peguam adalah percuma untuk pembelian RUMAH PERTAMA dengan loan kerajaan sahaja. Kalau dah pernah beli rumah guna loan swasta, korang kena tanggung sendiri ye fee guaman.


4. ISI PERMOHONAN PEMBIAYAAN SECARA ONLINE
Permohonan pembiayaan sekarang kena buat melalui online di laman web ni http://www.lppsa.gov.my
Maybe step ni berbeza-beza mengikut developer. Ada sesetengah developer tolong uruskan part ni. Tapi saya hari tu urus sendiri je. Macam kes saya, signed dulu SPA sebab lepas dapat salinan SPA dari developer baru dapat semua maklumat lengkap untuk di isi dalam permohonan online.  Salinan SPA dari developer ambil masa 2 minggu untuk siap. Dapat je salinan jangan tunggu lama-lama sebab ada tempoh 6 bulan je developer bagi untuk settle bayaran pertama 10% tu. Jangan risau tak perlu keluar duit apa pun, semua dari pinjaman kerajaan. Kalau lebih dari tempoh 6 bulan kena bayar penalty. 



5. PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
Lepas dah isi semua maklumat, korang kena download borang permohonan dan senarai semak segala mak nenek dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pihak LPPSA. Jangan risau, tak perlu pun travel ke Putrajaya. Bila semua dokumen telah lengkap ditandatangani ketua jabatan, boleh terus hantar ke LPPSA menggunakan POS LAJU or any courier yang korang percaya. Tempoh penghantaran dokumen adalah dalam masa 2 minggu setelah permohonan online dibuat. Ni alamat untuk rujukan kalau malas nak google.

U/P: UNIT PROSES, 
LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM,
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN,
NO. 9, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62592 PUTRAJAYA.

Lepas dah hantar korang kena sentiasa follow up dengan pihak sana. Call no. ni 03-8880 2000. Pengalaman saya, customer service LPPSA memang terbaik. Sangat membantu. Lepas tu tunggu je keputusan samada pembiayaan diluluskan atau tidak. 

Senarai semak dokumen
Contoh salina SPA dari developer

6. TEMPOH KELULUSAN PEMBIAYAAN 
InsyaAllah kalau dokumentasi semua lengkap dan gaji untuk potongan bulanan rumah tiada masalah, tempoh kelulusan akan mengambil masa yang singkat. 

Macam kes saya, dokumen telah dihantar pada Jumaat 18/8/17. Unit proses terima pada 22/8/17. Saya terima email kelulusan pembiayaan pada 25/8/17. Hanya mengambil masa TIGA hari sahaja. Saya pun terkejut dan tak sangka. Alhamdulillah. Key point di sini, kena selalu follow up lepas hantar dokumen tu semua. Tapi kalau rajin nak pergi hantar di lembaga sendiri pun lagi bagus. 👍

7. SURAT SETUJU TERIMA
LPPSA akan memaklumkan kelulusan pembiayaan melalui email. Dalam email kelulusan tu ada disertakan sekali surat setuju terima dan surat perlantikan peguam. Kena lengkapkan  borang dan settle kan semua dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Jika tidak pembiayaan dikira batal. 






8. TUNGGU KUNCI RUMAH DAN POTONGAN GAJI BULANAN.
Last step lepas dah settle semua urusan, tunggu je lah penyerahan kunci rumah dan potongan bulanan dari gaji akan bermula once kita terima kunci rumah. Kalau beli rumah dah siap, lepas dapat kunci je start lah potongan gaji. Tapi kalau beli rumah masih dalam pembinaan, lambat sikit urusan pemotongan tu. Enjoy lah dulu gaji puas-puas sebelum kena potong. Macam saya ni haru jugaklah potongan bulanan nanti. Rumah masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap dalam tempoh 2 tahun lagi. Sempatlah 2 kali kenaikan gaji lagi kekdahnya. 


Ok dah panjang giler ni, tahniahlah sapa yang baca sampai habis. Till then, semoga bermanfaat. Assalamualaikum. 

4 comments:

MizzMal said...

assalam, nak tanya soalan. sy hendak membeli rumah undercons. 18bln lg siap. sy dah bayar booking 3k. adakah sy kena tunggu sign S&P, then pastu baru isi pmohonan online? sy ingatkan, sign S&P ni after loan lulus..

شركة المثالية said...


شركة تنظيف كنب بالخبر
شركة صيانة مكيفات بالخبر
شركة تنظيف مطابخ بالخبر

Fukusyima Azmira Fesal said...

tq dear. sgt bermanfaat. :)

Hazzy Ishak said...

Boleh saya tahu surat kelayakan yang macam mana pemaju nak?