Nuffnang

Wednesday, September 15, 2010

Monday, September 13, 2010

Saya dan teman wanita


Sorry, agak terlambat post entry ni. Maklumlah baru je ada kelapangan. Walaupun hari ni dah masuk raya ke-4, sepatutnya post entry rayalah kan...Ahhh ada aku kisah??blog aku...suka ati akulah...hehe. Gembira uolz..jumpa kawan lama, ada yang memang tak pernah jumpa lepas je SPM ari tu. Adalah dekat 5 kot tahun tak jumpa. So, kami pun set-up untuk berbuka puasa bersama pada 7 september 2010 baru-baru ini. Okayh..

Let's pictures do the talking (-_-")

Ini adalah main menu on that day...cimcum nama diberi..sedap kan!!

Udangsss a.k.a prawns

mushroom and megi kecil-kecilan yang yummiiii

ohh lupa..ni dapur untuk masak all those thing..ala-ala Korean la kununnya

here come the spaghetti..side dishes for that day

somtam yang agak masin

oh i like this..the fruit rojak (colek buoh)
haruslah gambar makanan di upload dahulu...hihi

then, here we come!! Presenting...


we olz kekenyangan!! 



gadis-gadis gegam gegok!!




4 gadis kuat makan..hehehe



4 gadis ni lagi..haa kan dah cakap. kuat makan...hahaha sorry korang

eh..kantoi tgh senduk makanan

project manager

ok this is danis's art work

blur itu seni

pose comel..haha

ok dah last pose (kalau tak tahan)

awek lama..lama giler kot tak jumpa

epi the photographer

pulang..sempat lagi pose


habis daa

Really have fun with all of them. Friendship never end!

Friday, September 10, 2010

Raya tanpa dia...

'dia' seorang insan yang amat penyayang
'dia' seorang anak yang sungguh taat
'dia' seorang kakak yang begitu mengambil berat
'dia' seorang isteri yang setia
'dia' seorang ibu yang cukup tabah

mendapat status ibu tunggal di usia muda
'dia' tabah membesarkan enam orang anak sendirian
sehingga semua anak-anaknya berjaya menjadi insan yang berguna
Pegawai SPRM, Pegawai audit negara, Pharmacist, Pegawai imigresen
ya, itulah anak-anak 'dia'
yang sanggup bersengkang mata menjaga dan mengurus keperluan 'dia' semasa 'dia' sakit

siapa aku pada 'dia'?
aku adalah anak saudaranya yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri
ya, kadang-kadang aku terlupa bahawa 'dia' hanyalah ibu saudaraku
kemeriahan raya akan lebih terasa apabila dapat merasa rendang hasil air tangannya di pagi yang mulia


harapan aku cukup tinggi pada tahun ini
aku mahu 'dia' cepat sembuh dari sakitnya
supaya dapat aku merasa rendangnya lagi
namun, apakan daya puasa hanya  berbaki 2 hari
'dia' telah pergi menyahut seruan Ilahi
'dia' telah dipanggil mengadap Penciptanya di bulan yang mulia, Alhamdulillah
walaupun sukar untuk melupakan 'dia', aku terpaksa merelakan pemergiannya
Ya Allah, semoga rohnya tenang di alam sana...

SELAMAT HARI RAYA MAMA...Al-fatihah



'dia' yang dimaksudkan adalah Maheran bt. Othman, ibu saudara tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 8/9/10.