Nuffnang

Monday, February 10, 2014

Rezeki anak.

Kepala aku baringkan ke dadanya. Dia mengusap lembut rambutku. 

Aku   : Abg tahu tak kenapa saya deactivate FB?
Suami: Ha..kenapa? cakap la syg.
Aku   : Saya sedih bila tengok si polan update pasal 2nd pregnancy dia. Saya sedih sebab saya tak dapat nak bagi abg zuriat. Saya sedih sebab saya ada masalah.
Suami: Laa...tak perlu la syg nak rasa macam tu. Dah rezeki dia, rezeki kita pulak kita tunggu je nanti. Abg tak kisah pun, abg ok je.
Aku   : Iya abg, saya tahu itu rezeki dia Alhamdulillah. Tapi dia macam terlalu show off sangat, tak pikir ke akan ada org yang macam saya ni akan berkecil hati. Padahal saya tahu dia pun sedar akan perkara ni. Tambah-tambah lagi saudara mara kita kan ramai kat FB tu, tak mustahil mereka akan banding-bandingkan saya dengan si polan tersebut. Sebelum apa-apa biarlah saya lay low, pergi menjauhkan diri sebelum ada antara mereka mengajukan soalan cepu mas yang saya rasa tak mampu untuk saya jawab bang.
Suami: Ish syg ni..dah dah tak mau nangis macam ni, kita teruskan je hidup macam biasa. Ingat bukan kita je yang ada problem, ramai lagi pasangan kat luar sana yang ada problem sama macam kita. lagi pun kita baru lagi kahwin kan?
Aku    : Hmm... terima kasih abg kerana sentiasa bagi sokongan pada saya.
Suami: Dah..dah jom kita tidur...syg niii!!

Sambil mencuit lembut hidung cute ku. Malam itu aku terlena dengan sedu sedan dan perasaan yang hanya aku seorang je mampu faham. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat memahami. 

Anak! Allah tak menjanjikan setiap pasangan berkahwin untuk dikurniakan anak. Aku harus terima fakta tersebut. Melihatkan pasangan-pasangan yang sangat mudah mendapatkan anak, hati ini berdetik. Untungnya mereka! Tak...aku bukan merancang. Tak pernah terdetik untuk membuat perancangan. Kalau boleh memang aku nak cepat-cepat ada anak. Tapi sampai kedetik waktu ini masih belum rezeki aku. Mungkin Allah ada perancangan yang hebat untuk aku dan suami atau pun mungkin Allah ingin berikan yang terbaik buat kami. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah aku percaya akan ada rezeki untuk aku dan suami. Hanya Allah yang tahu akan detik waktu dan ketika itu.

Sejujurnya, I am not pleased dengan soalan-soalan cliche " dah ada isi ke?" "bila nak ada isi?". Come on..mula-mula boleh la layan lagi...tapi bila dah agak kerap bertanyakan soalan yang sama aku macam dah tak boleh nak adapt soalan tu.  Harap sangat orang sekeliling tak bagi pressure yang boleh tambahkan stress aku. Actually, walaupun bagi sesetengah orang perkahwinan aku dan suami yang baru nak cecah usia setahun ini masih baru, aku tetap rasa aku mesti do something. Sampai bila nak duduk tunggu je?  Alhamdulillah atas nasihat kawan aku dah jumpa pakar O&G. Selepas jumpa gynea, aku didiagnos menghidap PCOS (polycistic ovary syndrome). Will talk more about PCOS in the next entry. Apa yang perlu aku buat sekarang ialah kurangkan berat badan. Mana tak nya, 10 bulan kahwin aku berjaya menternak lemak sebanyak 10kg. hahaha till then...chiawwww!


Friday, February 07, 2014

Majlis Nikah #throwback

Alhamdulillah sudah hampir setahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta dunia akhirat. Mahu lebih tepat lagi sudah 10 bulan 2 minggu dan 1 hari usia perkahwinan aku. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Untung pada aku sebab dapat suami yang sangat senang untuk diuruskan. Very understanding, supportive and considerate. Paling best bila part makan, tak pernah cerewet dan makan semua apa sahaja yang aku masak. Even kadang-kadang ada yang failed. teettt. Iyolaa...aku masak bukannya excellent mana pon. Suami kata asal boleh masuk tekak tu kira OK lah. Alhamdulillah Ya Allah for this beautiful gift ever! MasyaAllah hidup berumah tangga sememangnya jauh lagi best apa yang dibayangkan sebelum ini. Rugi tak kahwin awal-awal. Oh very cliche! hehe

Tarikh akad nikah ialah 23 March 2013 iaitu jatuh pada hari Sabtu bersamaan 11 Jamadil Awal 1434H. Sudah menjadi kebiasaan adat di Kelantan majlis akad nikah berlangsung pada sebelah malam. Tapi berlainan pula untuk majlis aku. Setelah mempertimbangkan segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku dan setelah berbincang dengan ahli keluarga, umi dan abah, kami menuju kata sepakat untuk melangsungkan majlis akad nikah pada sebelah pagi memandangkan pihak lelaki tinggal agak jauh, lebih kurang 30 km dari tempat kami. Majlis resepsi atau bersanding pula dilangsungkan pada esok harinya iaitu 24 March 2013. Jadi, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada lebih kurang jam 11.00pagi bertempat di rumah arwah nenek. Arwah nenek yang insist sangat nak kami buat semua majlis kat rumah dia. Kami pun turutkan aje memandangkan mungkin itu adalah permintaan terakhir beliau. Alhamdulillah kami sempat menggembirakan hatinya sebelum beliau betul-betul pergi meninggalkan kami lebih kurang 6 bulan selepas majlis berlangsung. (Al-Fatihah untuk arwah Mek tersayang). Akhirnya detik yang ditunggu pun tiba, aku dan tunang  sah bergelar suami isteri.

Detik-detik sebelum bergelar isteri

tenang je dia
Geng BFTJ
 Aku decide untuk akad nikah di rumah sebab kononnya nak berlatar belakangkan pelamin. Agak gelabah jugak bila dah dekat pukul 10pagi orang pasang pelamin masih belum sampai. Berpeluh-peluh gak la time tu. Dalam 10.15pagi macam tu barulah diorang sampai. Terus pasang sana pasang sini sempatlah juga siap before pihak lelaki sampai. Aku masa tu tengah bizi siapkan diri. I did the make-up by my self. =)



 

  



Perasaan lega bila dah sah nikah memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Who have been through it tahulah macam mana. Even waktu tu tak adalah rasa berdebar sangat sebab geng BFTJ (Best Friend Till Jannah) sibuk duk buat lawak sampai aku memang kena betul-betul pasang telinga untuk dengar bakal suami jawab nikah. Tambah lawak lagi bila Imam yang nikahkan aku waktu tu terpaksa ulang lafaz akad tu 4 kali. haha tak tahu apa masalah sebenar Imam tu. Habis je majlis ada jamuan makan untuk tetamu yang datang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kita sambung cerita resepsi di entry akan datang. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjayakan majlis pada hari tersebut, kepada tetamu-tetamu yang datang. Thank you very much. Till then...enjoy my simple dais view!

The Dais was created by Jai Harharah Bridal based in Pengkalan Chepa, Kelantan


Thursday, September 19, 2013

Mari rawat masalah kulit berjerawat dan kusam dan AH Beauty.




Satu set: Sabun pembersih, Krim Siang dan Krim Malam

Anda mempunyai masalah kulit muka berjerawat, kusam dan tona tidak sekata? Saya ada penyelesaiannya. AH Beauty merupakan satu produk kecantikan kulit yang mampu mengatasi semua masalah kulit berikut;


• Menghilangkan jeragat
• Menghilangkan parut jerawat
• Menghilangkan jerawat
• Wajah bersih dan cerah berseri
• Menegangkan kulit wajah
• Menghilangkan garis-garis halus



Produk yang dijamin selamat dan tidak memudaratkan seperti sesetengah produk yang bertindak menghakis kulit. Tidak mengakibatkan penggelupasan kulit. Alami perubahan dalam tempoh seminggu selepas penggunaan. Anda pasti akan repeat order. Sekali guna terus jatuh hati. 

KANDUNGAN UTAMA AH BEAUTY

1. Kojic - Menghilangkan pigmentasi.
2. Licorice Extract - Merawat pigmentasi
3. Octyl-P - Digunakan sebagai sunblock dalam krim siang
4. Ekstrak Rumpai Laut - Untuk menegangkan kukit wajah
5. Aloe Vera - Melembabkan kulit
6. Minyak Kelapa Dara - Membuatkan kulit muka glowing dan 
berseri.

TRIAL SET (RM 50)
- Day cream 10gram
- Night cream 10 gram
- Facial soap 10gram

SET BESAR (RM 90)
- Day cream-20gram
- Night cream-20 gram
- Facial soap- 50 gram

Pilihan di tangan anda. Anda nilai sendiri. Hanya produk terbaik sahaja yang dikongsi di sini.

Klik sini untuk testimoni
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Whatsapp 019-9364615