Nuffnang

Saturday, March 21, 2015

I am a PCOSER.

Penat sebenarnya nak explain bila orang tanya kenapa aku tak mengandung lagi. Aku takde masalah lain pun, masalah utama aku ialah aku ni penghidap PCOS. Atau lebih dikenali dengan nama Polycystic Ovarian Syndrome. Penyakit ni disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.    Wanita normal akan mengalami haid yang teratur dan berlaku penetasan telur atau 'ovulation' sekali sebulan. Means, dalam sebulan sekali akan ada satu ovum atau telur yang membesar dan berjaya menetas. Kalau berlaku persetubuhan dan sperma bertemu dengan ovum yang terlepas dari ovari tu tadi, maka mengandunglah perempuan tu. Aku pula kitar haid memang tak teratur dan takde ovulation berlaku. Sebab tu lah tak berjaya mengandung sampai sekarang.

Macam ni lah rupa ovari normal dan ovari yang ada PCOS. Ada ovum tapi tak membesar pada saiz yang sepatutnya. Faktor utama ovum tak nak besar ni adalah sebab hormon tak stabil. Insulin dalam darah tinggi, hormon estrogen dan hormon testosteron tinggi berbanding progesteron. Hormon testosteron tu hormon lelaki. Jadi, wanita yang hidap pcos ni berlebihan hormon lelaki. Sebab tu lah wanita yang ada PCOS ciri-ciri dia macam lelaki seperti ada bulu-bulu halus di wajah (misai dan janggut), tumbuh bulu kaki yang kasar macam lelaki dan biasanya mempunyai berat badan berlebihan. Semua ciri tu memang ada pada aku. :/ 

Pada Ogos 2014 aku berpeluang mendapatkan rawatan dari pakar kesuburan ternama, Prof. Dato' Dr. Hamid Bin Arshat. Pada lawatan kali pertama ke klinik beliau aku kena buat transvaginal scan (TVS). Ngilu sikitlah sebab doktor akan masukkan probe scanner tu melalui serviks. Alhamdulillah bukan Dr. Hamid yang buat semua prosedur tu, ada assistant dia seorang doktor perempuan. Aurat masih terjaga. So, kepada sesiapa yang nak dapatkan rawatan dari beliau jangan risau ye. Lepas buat scan tu memang aku disahkan pcos lah. Doktor suruh aku kurangkan berat badan dan amalkan pemakanan seimbang. Kurangkan gula dan karbohidrat. Dalam kepala aku terus terfikir diet atkins. Disebabkan dah lama tak period, doktor bagi aku ubat turun darah, Norculut. Then, once dah period nanti kena makan satu lagi ubat hormon, Clomid untuk bantu matangkan telur. 

Masalah aku tu lah dah beberapa kali follow up dengan Dr. Hamid, dari makan 3 biji sehari Clomid sampai ke dos yang paling tinggi 5 biji sehari. Tak pernah jumpa telur yang berjaya besar. Ada pun cuma 8mm yang paling besar sedangkan saiz yang sepatutnya cantik ialah 18-20mm. Hampir putus asa jugak laa... Sampai sekarang aku masih teruskan rawatan dengan Dr. Hamid. 


Cuma untuk cycle ni doktor dah tukar ubat hormon yang baru. Dah makan clomid high dose pon tak jalan. Kali ni doktor bagi ubat Tamoxifen ni. Harap-harap lepas ni ada lah ovum yang react dan berjaya membesar. 

Nanti aku tulis apa supplimen yang bagus untuk diamalkan bagi PCOSer tegar macam aku nih. 

Oh ya, kalau ada yang nak dapatkan rawatan dari Dr. Hamid boleh hubungi nombor telefon ni. 
Klinik Dr. Hamid Arshat : 03-2094 5800
Call lah untuk buat first appointment. Kalau nasib baik dapatlah tarikh awal. Macam aku hari tu call bulan Mac dapat tarik bulan Ogos. 5 bulan juga tempoh menunggu. So, kalau ada yang merancang untuk jumpa Dr. Hamid please call to fix your first appointment. Till then... SALAM



Friday, March 20, 2015

LV EMILIE PURSE: My Forth LV

Mengidam punya pasal tak pasal-pasal aku drive pergi Midvalley sorang-sorang. Tak boleh bawa suami nanti hasrat murni aku tu kena sekat. muahaha..

Masuk LV Midvalley SA diorang pandang aku semacam je. Nampak macam takde duit kot dah la pakai baju kurung je. Tak peramah sangat la diorang ni tak sama macam LV Starhill or KLCC. 


Tadaa..whats in the paperbaggggg...



LV Emilie Damie Ebene print



Aku suka purse ni ringan dan nipis je. Too bad tak sempat buat hot stamp lagi sebab kat butik hari tu hot stamp machine dia rosak. So, kena bawa ke butik Starhill atau KLCC. Takde masa je lagi sekarang ni. So far i'm loving it! Harga kat butik waktu ni RM1700. Tak tau laa lepas ni dah la ada price increase + GST lagi. Pengsan!

LV ALMA MONOGRAM PM

Hai..lamanya tak menulis. Hari ni nak stop dah cerita pasal bisnes emas. Kita cerita pasal handbag nak? Biasalah perempuan dan handbag ibarat isi dengan kuku, aur dengan tebing. Haa gichewww!

So, For the year of 2015 I started with buying a handbag. LV bag. Actually, it's not that NEW la sebab aku beli handbag preloved. Just new in my collection la. Laki aku tak habis-habis menganjing cakap handbag aku buruk. Lelaki memang macam tu kan, mana ada nilai estetika diorang ni. Season ok season, classic, timeless..hahaha mana diorang faham.

Well, dah lama aku ushar handbag ni. Niat memang nak cari yang preloved je sebab tak mampu nak grab yang baru. Maklumlah ridiculous giler kot harga LV kat butik KL ni. Aku pulak jenis yang bukan penyabar, nak kirim-kirim kat personal shopper rasa tak best pulak. Sebab tempoh menunggu tu lebih kurang 2 minggu juga.




Belek2 IG ada jumpa laa satu IG ni @littleclubhouse. Owner dia datin katekawww.. tapi datin yang sangat humble bagi aku laa. Kitorang deal secara COD. Aku pergi ke rumahnya di Marc Recidency yang terletak di sekitar KLCC tu. Perghhh memang tempat orang kaya laa situ. Harga handbag preloved ni RM2700. Aku tak tahu harga sebenar new Alma kat butik, so aku tak tau samada harga yang aku bayar ni murah atau mahal atau berpatutan ke tidak.



2 minggu lepas tu aku teringin kat wallet pulak. Aku ni pantang betul kalau teringin mesti dapatkan jugak. Kalah la orang mengidam. Itu nanti aku sambung cerita kat entry lain.