Nuffnang

Tuesday, April 16, 2013

Boleh tak, nak berbisnes pakai blog ni je. hehe!

Assalamualaikum. Rasanya ramai yang dah sedia maklum aku gigih berbisnes semenjak duamenjak ni. Sebelum kahwin tempohari gigih sebab nak kumpul duit untuk majlis kahwin. Oppss! I ols dah kahwin. Nanti update cerita pasal kahwin banyak-banyak. Hehe.


Sekarang nak teruskan legasi perniagaan produk kesihatan dan kecantikan ni demi mencari sesuap nasi. Tsk.tsk..tsk.. panggilan penempatan cikgu pun belum dengar apa-apa berita. Sadis jugalah sepuluh sen! Tapi  aku yakin tak berapa lama lagi dah tu. *Positive thinking* ;p



Berbalik kepada cerita asal, bisnes I ols ni biasa-biasa sajork!. Jual produk-produk kesihatan yang tengah hangat di pasaran online. Antaranya mestilah produk Felinna Beauty seperti Body Lotion a.k.a Inchloss Lotion. (rename jadi Body Lotion) dan repackaging juga sebab dah mula ada Inchloss tiruan di pasaran. Hati-hatilah ya kalau jumpa kat kiosk-kiosk dekat Giant ke Mydin ke Tesco ke atau mana-mana pasaraya yang berpotensi untuk jual produk-produk ni dengan harga murah. I dapat maklumat ada yang jual RM35-RM40 sebotol. Gilerrr murah!!! Berkemungkinan anda akan dapat produk tiruan. Beware ok.

Body Lotion packaging baru

Selain daripada produk Body Lotion, Felinna juga ada keluarkan produk vitamin C yang dikenali sebagai Vitamin C with Pure Marine Collagen atau singkatannya PMCVC. Produk ni memang mendapat sambutan yang hangat dan luar biasa. Memang sesuatu sangat. Namun, produk ini agak kontroversial sikit hari tu sebab ada masalah dengan kelulusan KKM. Pihak Felinna berhentikan kejap pengeluaran PMCVC, ramai yang kecewa waktu tu sebab tak dapat nak sambung stok. Tapi tak lamalah sebab awal tahun 2013 ni pihak Felinna keluarkan balik PMCVC dengan packaging baru. Dan siap mendapat kelulusan KKM. Selamat digunakan!

PMCVC 

Bukan tu je, Felinna ada keluarkan lagi satu produk baru iaitu X-Loss Teaberry Juice. Teaberry Juice ni diformulakan khas untuk sesiapa yang nak kawal berat badan. Ini baru cerita pasal produk Felinna je, belum lagi masuk bab produk lain. Fuhh!

Pure Teaberry Juice

Ok, pendekkan cerita I cerita sikit-sikit ajelah dulu. Selain dari produk Felinna ni, Ada Maixara C-Sential keluaran Mama Secret. Sejenis vitamin C dengan kolagen dari sisik ikan tilapia. Jadi bagi anda yang mungkin ada alahan pada makanan laut dan memang tak boleh nak berbaik-baik dengan hidupan-hidupan laut ni janganlah risau. Kalau tak boleh nak telan Pure Marine Collagen ataupun nama kampungnya rumpai laut tu janganlah risau. Ada produk yang sesuai untuk anda. Selain Maixara C-Sential, ada AuraWhite L-Glutathione Collagen. Fungsinya hampir sama dengan Maixara.

Maixara C-Sential

AuraWhite

Ada juga Natural Bamboo Charcoal Body Suit untuk membantu anda membentuk atau 'reshaping' badan. 

Ada Milky G Bust-Up Korean Formula bagi anda yang inginkan payudara atau 'breast' yang lebih mantap.

Shape Plus untuk membantu anda menurunkan berat badan tanpa perlu mengamalkan diet ketat.

Kokuryu Super Summer Cake atau bedak Arab. Compact powder yang paling best dan memang patut cuba. Sekali cuba tak mahu yang lain dah. Confirmed!

Virgin Coconut Oil atau VCO dari Catalyst. Ada dalam bentuk cecair dan softgel. VCO sangat bagus diamalkan lagi-lagi wanita yang sedang mengandung. Senang nanti untuk melahirkan. Selain terdapat pelbagai lagi khasiatnya kepada tubuh badan kita.

Virgin Coconut Oil Antioxidant pula baru diperkenalkan awal Januari 2013 yang lalu. Fungsinya lagi bagus berbanding VCO biasa.

I ada juga jual produk kecantikan kulit muka, Myracles Beauty. Produk ni memang terbaik. Tak perlu susah-susah nak pakai krim siang atau malam. Just spray je magic spray dia kat muka. DONE! Dah cukup Khasiatnya. Semua khasiat terkandung dalam spray tu.

Selain tu, kalau anda jenis tak puas hati juga, nak jugak pakai krim siang krim malam. Jangan risau, ada jugak produk terbaik. SF Beauty.

Ha...ini pula *18SX* khas untuk lelaki yang dah berkahwin. Catuaba. Serlahkan kejantanan sejati anda. Hahaha. Termalu sendiri pula nak iklankan produk ni walaupun I ols dah kahwin. Hik3x.

Itu hanya ringkasan aje ya U ols. Tunggu I akan review satu persatu produk yang I jual ni lengkap dengan testimoni sekali.