Nuffnang

Showing posts with label i heart it. Show all posts
Showing posts with label i heart it. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

=) 10 things i like about u!



1. Your calmness

2. Your maturity

3. Your smile

4. Your attention towards me

5. Your LOVE ♥

6. Your style

7. Your words

8. You are good listener

9. You always be by my side when i need u (even we are far apart)

10. You know how to comfort me



*And one thing that i like most is when you say you ♥ me*

Friday, April 16, 2010

=) Comel kan?

Uiks..Tak tidur lagi ghupenye kome! Eh Ate.. Eh entah pape je lah. Tak ghoti den cakap Peghok. 

Takde apa pun nak tunjuk gambar ni je.

My first anak angkat. Jangan tak tau AD dah jadi mOmmy. Aww bestnya!

Here it is......INTRODUCING..........!!!

-Segala masalah hilang bila tenung wajahmu baby-


ADAM NAZHAN MOHD. NAIM
He's soooo adorable kan...


The baby of Kak Cla and Uncle Naim. I'm adopted him since he's in his mother's womb. Dulu waktu dalam perut ibu dia, dia suka tendang-tendang bila AD pegang perut ibu dia. Ibu dia cakap tu tandanya dia suka AD. Haha. Tak sabar nak jumpa kamu baby  ku and ibu baby jugak! Love and Hug for both of you...


=) Lisa Surihani








Wokeh dah puas dah tatap muka Lisa Surihani yang comel, cantik, dan cun tak hengat nih?

AD sangat sangat sangat dan sangat suka dia OK. Tau lah bukan AD sorang je yang suka kat awek nih, satu Malaysia pun suka kan?. Body figure dia beb, slim wa cakap lu. Sangat boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi. Memang dia sumber inspirasi AD pun.=). Ekceli, baru je balik dari tengok movie STILLETO. Semata-mata sebab Lisa. Memang puas hati la. Walaupun jalan cerita tu agak bersahaja tapi sweet je tengok Lisa ngan Farid Kamil. Satu lagi, tak tau kenapa Farid Kamil nampak handsome sangat dalam movie tu. (Ke mata AD yang dah dah rabun?) Eh tak, mata masih ok. Farid memang handsome pun kan. Siapa setuju angkat tangan. Hihihi. Sesuai sangat lah digandingkan dengan my Lisa ni. Eh tetiba plak my Lisa. Berangan lagi barangkali. Biar ah ada aku kesah? Do i look like i care? Tak kan?.....


Bukan nak cerita pasal sinopsis movie nih ataupun pasal Lisa ye sebenarnya. Tapi nak cerita pasal last night adalah malam terakhir AD dapat keluar loitering bersama my 'Very Best Buddy in the World'. Nur Adibah Muslim@Diba. Diba dah nak habis belajar dah kat sini. Cedeyhnya saya. 'Yang' nanti dah tak boleh nk loitering and 'lepaking' sama sama lagi dah. Uhuk uhuk uhuk. :'(. Beberapa bulan lagi beliau dah nak bergelar graduan. Sedangkan AD masih disini. Masih perlu menghabiskan sisa-sisa 3 semester di UTM tanpa beliau disisi. Sadis betol. Tadi sempat pergi makan 'Laksa Shake' kat CS ngan beliau. Tapi aku tak makan laksa la yek. Still on diet. Makan sup daging je. Huih sumpah tak masuk 'Laksa Shake' lagi dah lepas ni. Haha. Sempat la jugak snap gambar detik-detik terakhir bersama. 





*Haha dua keping je rupanya. Rasa macam banyak je snap tadi. Ouhh Kudos to Aymee the photographer* 


Tulis entry nih sambil menguap entah berapa kali dah. 
Gagah kan juga untuk sampai kebawah ni. 
K lah esok sambung lagi. 
Esok nak post menu diet pulak.
Kudos to Sensasi Selebriti and izyan for the picas !


Tuesday, April 13, 2010

=) Need help! Okay kah guna Tea Tree Skin Care from The Body Shop?

Okay, sumpah ini kali terakhir Antidot update untuk hari nih. Antidot tau korang semua dah boring (sesiapa yang follow belog aku la) sebab asyik nampak Antidot je yang update kat reading list uolz kan. Ha ha ha. Antidot sebenarnya tengah me'release'kan tension nih. Nak buang segala saki baki contents of Fundamental of Analytical Chemistry yang duk melekat kat dalam kelapa kepala nih sebelum Antidot boleh mula buat revision untuk subjek seterusnya. Subjek menghapal je beb. Arghh..tensen betul Antidot tau. Lagi pun kan Antidot update banyak-banyak nih kiranya qada entry yang lepas-lepas la.*macam puasa pulak boleh qada-qada nih*. (-_-)


Ohhh...sabar-sabar, introduction setiap post Antidot memang begitu. Memang akan bermarathon jauh-jauh dulu dari tajuk sebenar. Hihihihi. Okay lah meh kita bincangkan topik sebenar pulak. Persoalan Antidot kali ini ialah okay kah guna 'Tea Tree Skin Care from The Body Shop' nih?. Seperti yang semua maklum, sebut aje Tea Tree mesti dah terbayang kulit wajah yang boleh buat cermin*berkilau*, atau pun jumlah minyak yang melekat kat kulit wajah boleh buat goreng ikan*hiperbola*. Erm..Goreng pon sodap! Kui3x.. Haa tu belum tambah dengan blemishes and pimples lagi. Memang tak cun lah mata memandang. 


Al-kisahnya, kulit wajah Antidot ni pun bermasalah macam tu lah. Memang masalah blemishes ini sejak sekolah rendah lagi. *Padan muka kau sebab kecil-kecil sudah gatal mencuba pencuci muka*. Tapi dua tahun lepas Antidot dah  jumpa satu produk yang berjaya buat kulit wajah Antidot free from pimples and blemishes. Wah! Bukan main gembira lagi. Tapi baru-baru nih masalah pimples and blemishes kembali mencari Antidot. Mereka rindu agaknya. Hurghhhh...Aku tak rindu kau lah!. So, semalam pergi jalan-jalan kat JJ, tertarik untuk masuk The Body Shop. Mula-mula tuh nak pergi ushar benda lain. Nak ushar Shiso Whitening sebenarnya, tapi promoter tu suggest la supaya Antidot bermula dengan Tea Tree Skin Care dulu. Bila kulit wajah dah kembali okay, baru boleh pakai Shiso Whitening tuh. Ermm...menarik! Sebab promoter tu kasi test la mosturizer dia. Memang non-sticky la. Smooth je, takde minyak pun. Kalau pakai tak nampak macam pakai pun. Nampak natural je la. Observed la price dia. Mak aih duit belanja makan Antidot untuk 2 minggu. So, tengok la dia punya starter kit. The starter kit contains of; 

2.0 fl oz Tea Tree Oil Skin ClearingToner
2.0 fl oz Tea Tree Oil Skin Clearing Facial Wash
0.5 fl oz Tea Tree Oil Skin Clearing Lotion
33 fl oz Tea Tree Oil

Okay lah RM79. Dapat free beg yang cute.(*^_^*).
So, kepada sesiapa yang pernah mencuba atau pengguna setia produk ini. Sila lah kemukakan pendapat dan cadangan di bahagian komen ye. Jasa baik anda amat dihargai. Hehe. Bukan apa, student maa! Sebelum mengeluarkan modal yang agak besar nak la jugak tahu keberkesanan produk ni kan.


Okay. Dah. Cukup. Enough! Masa untuk men'study'kan diri kembali. Environmental Chemistry.........I'm coming.


 ♬♪ ♭♫♪ Aku memang pencinta alam sekitar♬♪ ♭♫♪ Lalalalala~
(Ikut version 'Pencinta Wanita')




=) Mari-mari beli Buaya!


The New Arrival
CROCBAND FLAT BY CROCS



McCall Coral by Crocs




This item was added into my wishing list. Aren't they cute huh! Cute kan. Haa...tu lah sapal pasal, Suka woh tengok the new arrival of Crocband Flat and McCall Coral nih. Anda suka? (*-*) *angguk-angguk kepala*. Wokeh, kalau anda suka sila lah beli juga. Hehe. Harga sebenar agak mahal juga tapi dengan meng'order' dari SINI anda akan dapat Crocband Flate dengan harga RM90 je. Tapi yang McCall Corall tuh rasanya takde kat blog SINI. Tapi cubalah korang godek-godek tengok mana tahu ada tapi saya yang tak terperasantan ke. 

Tuesday, March 30, 2010

=) I Love You So Strong



*the very first date ever*

Amboi-amboi mesti terdetik dalam hati korang ::"jiwangnya minah ni":: tatkala melihat tajuk entry kali ini. (Ayat nak skema aje. p/s:: aku bukan cikgu BM) Kan...Takde lah jiwang sangat pun. Tetiba je rasa macam rindu pada seseorang. Seseorang yang dah bertakhta di hati ini selama 3 tahun 3 minggu dan 6 hari. Padahal baru je lepas 3G kejap tadi. Entah lah sekarang ni rasa macam lain je. Maybe lepas dugaan yang menimpa kami baru-baru ni, perasaan jadi lain bila dia dah start layan aku macam 2 tahun yang lepas (awal-awal dulu).

Sepanjang tempoh perjalanan hidup ini, pelbagai dugaan dan ujian yang datang menimpa. Namun, Alhamdulillah kami berjaya tempuhinya dengan tabah. Ecececehhh agak poyo disitu. Sudahlah...tak nak lah cerita banyak-banyak nanti ada yang meluat pulak dengan entry aku kali nih. Kalau boleh tak nak post hal cintan-cintun kat blog. Cukup lah sekadar aku nak tunjukkan penghargaan aku pada si dia yang selama ini banyak bersabar dengan kerenah-kerenah aku. I love u la der! Very de strong (-_-")...:p





Monday, March 29, 2010

=) My Future Brother In-Law




::Ololo...Dongoh malu-malu pulak orang amik gambo die::

Thanks belanja kitorang makan tadi.
Hehehe....u memang terbaikkkk lah bro!!
Next time datang lagi ye..



p/s: Foto diatas adalah hiasan semata-mata. Teheee:p


Sunday, March 28, 2010

Saya pun nak kahwin jugek!


Baru je lepas membelek-belek facebuk kawan-kawan. Sukanya hati bila tengok ada kawan yang dah nak mendirikan rumah tangga. Ekceli that is my dream. Saya nak sangat kahwin awal-awal. Disamping dapat mengelakkan kemaksiatan dapat juga timang anak awal. Huuu~ suka baby sangat. Kalau boleh saya nak kahwin awal-awal.

Bukan apa let say if umur 19 dah kahwin and dapat baby. Beza umur baby dengan kita just 19 tahun je. Bila baby dah besar dewasa, tak ke boleh jalan seiringan macam kawan-kawan je. Kan. Ye lah let say anak kita umur 19 tahun dan waktu itu kita baru je 38 tahun. Soo muda lagi tuh! Waa...bestnye.

Kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ni saya ucapkan banyak-banyak tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Apa boleh buat umur pun dah nak menginjak ke 22 tahun tapi tak ada tanda-tanda nak kahwin pun lagi ni. *Sigh* Sabar ajelah wahai diri. Akan tiba waktunya nanti. Allah dah plan terbaikkkk punya kan.

*gambar hiasan semata-mata tiada kaitan dengan empunya belog ini*


Saturday, March 27, 2010

Rating For This Week




Thanks to all visitors for spending your precious time to read this adorable blog (@_@). Here i would like to share the graph of my visitor rating for this week. I'm kinda happy with the increasing number of visitors from day to day although its still not much as other blogger. Look...i'm a newbie right! So, it's such a good achievement for my self.


However, i'm still hoping that there will be more and more and more and more 1000x visitors in the future. So, feel free to keep visiting this adorable blog (woh perasan woh). Oh, please feel free to follow this blog too :P

Friday, March 26, 2010

Yeaahaaa...Dah siap dah!

Disaat ini, didetik ini, diwaktu dan ketika ini saya masih tidak melelapkan mata sejak semalam. Semuanya sebab nak capai jugak impian yang saya buru itu. Okay lah, Alhamdulillah sebab impian 1 dah tercapai separuh. Ngee~~ Baru siap assignment reseach method. So, ada lagi dua assignment maa!!! Sekarang ni tengah pulun buat photoshop. Maka dah siap la yang aktiviti kelas punya. Orang lain semua dah hantar. Saya punya ni entah la lecturer nak terima ke tak. He he. Harap-harap terima la ya. Ni lah hasil photoshop saya.







Sekarang saya nak tidur dulu. Tak tahulah jam berapa wake up pulak ni. Please give me a wake up call kay...Daa~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 25, 2010

Memburu Impian

Ku jejak jalan yang berliku. Membara jiwaku. Memburu impian...Eh eh ternyanyi la pulak. Stop stop stop...Kalau suara sedap macam Siti Nurhaliza tak kisah la nak nyanyi pun kan? Ha ha ha..by the way entry ini bukan lah pasal lagu Memburu Impian yang dipopularkan oleh kumpulan Kristal itu ya wahai kawan-kawan. Tetapi entry ini pasal saya yang tengah memburu impian. Kelakar pun ada masa nak karang entry ni. Baru je nak google lirik lagu memburu impian ni tetiba jer Hot.Fm putarkan lagu ni. He he tengs kak Dj (Tini), kerana menyenangkan kerja saya. Adeh...apakah yang saya karutkan ni? Please stop me!!!

Back to the main topic okay. So, memang betullah saya sekarang ni sedang berburu. Memburu impian-impian yang tak tentu lagi boleh ke tidak mencapainya. Apakah impian-impian yang sedang bermain dalam kepala saya sekarang ini? Baiklah tanpa membuang lebih banyak masa jom kita sama-sama tengok.

Impian 1: Kalau boleh saya nak siapkan assignment Research Method in Education,VGA dan Kimia Analisi malam ni juga.

Impian 2: Kalau boleh saya nak mulakan revision untuk final exam hari ini juga.

Impian 3: Kalau boleh saya dah tak nak jadi Facebook addict dah.

Impian 4: Kalau boleh saya nak jadi seorang pelajar yang komited dan istiqamah dalam mengulangkaji pelajaran.

Impian 5: Kalau boleh saya nak jadi budak baik. Ngeeee~~~

Impian 6: Kalau boleh saya nak dapatkan DL untuk sem ni. Errkkk... boleh ke?

Impian 7: Kalau boleh saya dah nak start buat kerja sekarang.



Itu sajalah impian saya. Hope bolehla saya capai dalam masa terdekat ni.


p/s: Tengah tunggu SPSS installation ni. Sempat lagi tulis entry. He he he~~Daaa

Sunday, March 14, 2010

Bila mood untuk buat assignment is ZERO



Bila mood untuk buat assignment is zero, maka aku dengan senang hatinya menggoogle gambar-gambar kereta idaman aku. Ha ha ha. Nah amik ni dia kereta idaman aku. Aku dah susun ikut turutan. Sila lah jamu mata anda semua..Mmmmuuaaachhx..(Aik...kenapa tetiba bagi kiss ni)?(@_@)



6. BMW M5
5. BENTLEY


4. PEUGEOT 206
3. PEUGEOT 307


2. TOYOTA YARIS


The one and only my favorite car win the first place
1. NISSAN LATIO HATHBACK
mmmmmmuaaaahchhh i'm in it!

That's all. Aku tak minat la keta mewah-mewah sangat. Pic no. 6 and 5 tu saja je letak. Nak bagi nampak up la konon!! ha ha ha

Chioww!

I DREAM OF...♥♥♥

Adeh...nak beli tak mampu lagi. Kalau aku beli alamatnya mau tak makan la aku seminggu...(erkk...bolehla kurus kan??). Hahaha..Aku sekarang syukee sangat tengok kasut-kasut Crocs ni. Design dia cam menarik la jugak. Kalau dulu aku tengok design kasut dia sure tak berkenan. Tapi tak tahu la kenapa sekarang boleh terrrrsuka pulak. Sekarang hanya mampu pakai Crocs Wakaf Che Yeh atau pun Crocs Pandan City je (sori terpaksa kecikkan dan kaburkan tulisan bagi tak nampak). Hahaha...Ermm kalau boleh nak la jugak pakai Crocs yang original. Kan.... so, dengan nafsu yang membuak buak aku pun buka la Official Crocs punya laman web. Cari yang mana-mana berkenan. Mana tahu kan tetiba je ada orang hantar pos laju ke 22 Jun nanti. (Ditujukan khas untuk Muhamad Aswad Ahmad Lotffi). Harap-harap awak baca la entry ni. Woh2x. K lah dah tak larat nak menaip ni. Ngantuk sesangat. Nah...amik ni design2x yang aku berkenan.










Nak sangatttttt!!!!!

From pics above...the cheapest price is RM169 and the most expensive is RM 209

Tak mahal kan....????

Siapa yang baik hati nak bagi besday present ke or whatever la kan. Aku kasi dia love banyak2 macam ni..hehe

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Friday, March 12, 2010

3 CLICKS MORE TO ACHIEVE 1000 VISITORS.....CLICK PLEASE!! hehehe

Thanks korang cuz willing to spend your golden time by clicking to view my blog. Hehe sayang u oll very much...Opppss! Tak lupa jugak. Cantik tak banner yang i've created tu? hehe assignment tak buat but layan buat banner boleh pulak kan. Haih...tatau nak jadi apa......toing2~

Sunday, January 31, 2010

Shopping of the month!

January ended. So i would like to post what i'm crazee about for this month. Okke, this month kan my money runs for buying shoes and wedges (woh3x). Melampau sangat.~~(-_-")
4 pairs in a month...(sigh) haih..nampaknya lepas ni kena catu makanan la. Saya tak suka!!! the first pair that i bought was a shoes by CR2. This shoes i wear every Thursday when im attending the Lab. Yesss..its a must for u to wear shoes in the lab. Haih..whateva! i'll show pictures of them in the next post....so tired and want to sleep. Actually, i've no mood for writing at this moment. Feel deeply sad about what just happen. Losing one more friend..what the efffff!!

Wednesday, January 20, 2010

=) Saya baru nak belajar untuk jadi ahli blog yang hebat macam Hanis Zalikha..Wink~~

Hye...everybody! I'm turn to be a blogger now...saya pun nak ada blog jugak kan..hehe..saya nk jadi hebat macam...siapa tu..alaaaa..yess macam Hanis Zalikha..(oopsss...sorry Hanis Zalikha...guna nama u lah pulak kan..)takde laa..by the way baru je nak belajar ber'blogging' ni..hope next post will be better than this..lol..got to go..see you again in the next post..wink2~