Okay, sumpah ini kali terakhir Antidot update untuk hari nih. Antidot tau korang semua dah boring (sesiapa yang follow belog aku la) sebab asyik nampak Antidot je yang update kat reading list uolz kan. Ha ha ha. Antidot sebenarnya tengah me'release'kan tension nih. Nak buang segala saki baki contents of Fundamental of Analytical Chemistry yang duk melekat kat dalam kelapa kepala nih sebelum Antidot boleh mula buat revision untuk subjek seterusnya. Subjek menghapal je beb. Arghh..tensen betul Antidot tau. Lagi pun kan Antidot update banyak-banyak nih kiranya qada entry yang lepas-lepas la.*macam puasa pulak boleh qada-qada nih*. (-_-)
Ohhh...sabar-sabar, introduction setiap post Antidot memang begitu. Memang akan bermarathon jauh-jauh dulu dari tajuk sebenar. Hihihihi. Okay lah meh kita bincangkan topik sebenar pulak. Persoalan Antidot kali ini ialah okay kah guna 'Tea Tree Skin Care from The Body Shop' nih?. Seperti yang semua maklum, sebut aje Tea Tree mesti dah terbayang kulit wajah yang boleh buat cermin*berkilau*, atau pun jumlah minyak yang melekat kat kulit wajah boleh buat goreng ikan*hiperbola*. Erm..Goreng pon sodap! Kui3x.. Haa tu belum tambah dengan blemishes and pimples lagi. Memang tak cun lah mata memandang.
Al-kisahnya, kulit wajah Antidot ni pun bermasalah macam tu lah. Memang masalah blemishes ini sejak sekolah rendah lagi. *Padan muka kau sebab kecil-kecil sudah gatal mencuba pencuci muka*. Tapi dua tahun lepas Antidot dah jumpa satu produk yang berjaya buat kulit wajah Antidot free from pimples and blemishes. Wah! Bukan main gembira lagi. Tapi baru-baru nih masalah pimples and blemishes kembali mencari Antidot. Mereka rindu agaknya. Hurghhhh...Aku tak rindu kau lah!. So, semalam pergi jalan-jalan kat JJ, tertarik untuk masuk The Body Shop. Mula-mula tuh nak pergi ushar benda lain. Nak ushar Shiso Whitening sebenarnya, tapi promoter tu suggest la supaya Antidot bermula dengan Tea Tree Skin Care dulu. Bila kulit wajah dah kembali okay, baru boleh pakai Shiso Whitening tuh. Ermm...menarik! Sebab promoter tu kasi test la mosturizer dia. Memang non-sticky la. Smooth je, takde minyak pun. Kalau pakai tak nampak macam pakai pun. Nampak natural je la. Observed la price dia. Mak aih duit belanja makan Antidot untuk 2 minggu. So, tengok la dia punya starter kit. The starter kit contains of;
2.0 fl oz Tea Tree Oil Skin ClearingToner
2.0 fl oz Tea Tree Oil Skin Clearing Facial Wash
0.5 fl oz Tea Tree Oil Skin Clearing Lotion
33 fl oz Tea Tree Oil
Okay lah RM79. Dapat free beg yang cute.(*^_^*).
So, kepada sesiapa yang pernah mencuba atau pengguna setia produk ini. Sila lah kemukakan pendapat dan cadangan di bahagian komen ye. Jasa baik anda amat dihargai. Hehe. Bukan apa, student maa! Sebelum mengeluarkan modal yang agak besar nak la jugak tahu keberkesanan produk ni kan.
Okay. Dah. Cukup. Enough! Masa untuk men'study'kan diri kembali. Environmental Chemistry.........I'm coming.
♬♪ ♭♫♪ Aku memang pencinta alam sekitar♬♪ ♭♫♪ Lalalalala~
(Ikut version 'Pencinta Wanita')
No comments:
Post a Comment