Nuffnang

Friday, December 19, 2014

Refund dan Cashback kat mana?

Assalamualaikum sume...

Seminggu dua ni ramai pulak yang whatsapp bertanya pasal manipulasi emas. So sorry I can't say much buat masa sekarang. Sebab saya pun salah seorang mangsa sontot pengelola2 program. Sadis sangat.

2 program saya join, dua2 pon sontot. Tapi dua2 pengelola ni janji nak bayar this month. Well baki nak ke tahun depan pun ada 12 hari je lagi. Entah dapat entah tidak duit saya tu balik. Menyesal sekarang pun tak berguna sebab pilihan sendiri kan nak join ni. Program under Tok Belagak (DEPB) saya masuk loaded 8. Modal saya tabur semua sekali RM16,500. Wakalah baru bagi RM 1500. Balance ada lagi RM15,000. Satu lagi program saya join dengan Kazanah Bangsa. Program Pisang Manis Version 2 (PMV2). Dalam program ni saya letak 100g pramp. Modal RM 12,800 kongsi bersama kawan saya. Sepatutnya dapat cashback RM10,500 selepas 7 hari. Tapi sekarang dah sebulan lebih tak nampak satu sen pun.

Saya pun tak faham apa pengelola2 ni buat dengan duit customer. Ramai yang terkena...bukan saya sorang je. Hari2 meroyan kat group mangsa2 sontotan ni. Harap ada la sinar sebelum masuk tahun baru 2015 nanti.

Disclaimer: Dah serik nak join mana2 program lagi dah. Better buat sendiri je. Pegang emas sendiri, jual beli sendiri.



P/s: Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Apatah lagi kalau hari2 dirayu oleh pemberi hutang untuk mendapatkan hak mereka balik. Andai kata si pengelola2 bahlul ni tak bayar jugak duit saya. Get ready merangkak cari saya kat akhirat kelak!


Wednesday, December 03, 2014

Used Rantai Tangan 916 untuk dijual murah-murah!

Hai semua, Assalamualaikum...

Saya ada seutas rantai tangan pasir hollow untuk dijual murah-murah jer. Cuma RM123/g


Boleh whatsapp saya di nombor 013-8989917 (Ada)
COD area Rawang
Postage RM6 sm/ RM9 ss

Thanks!!

Sunday, November 30, 2014

Bila nak ada anak?

Happynya ada baby...teringin sangat nak ada baby sendiri. Namun, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia tahu bilakah waktu yang sesuai untuk aku ada baby sendiri. In Sha Allah kena yakin je pada Dia. Dan aku tak pernah berfikiran negatif terhadap Dia. Aku yakin sangat In Sha Allah bila sampai masanya nanti aku pun akan ada anak sendiri. Amin!

Kalau nak ambil port apa orang cakap memanglah sakit hati. Kalau orang yang educated ni takpelah dorang paham. Nak buat anak ni bukan semudah makan aiskrim. Ye dok? Aku paling stress bila balik kampung time raya. Ye lah time tu confirm ramai sedara mara sahabat handai mak ayah kita datang rumah kan. Haa time tu lah paling annoying bagi aku. Masuk ni dah 2 kali raya aku kosong takde isi. Penatlah nak melayan pertanyaan wajib mereka-meraka yang tak educated nih. "Ni bila nak ada anak ni? tengok si polan si polan tu anak dah nak masuk dua dah. Kahwin lebih kurang je timingnya dengan ko". Haa macam tu lah soalan 'kuang hajo' yang aku kena hadap. Bosan tau kekdahnya asyik kena jawab soalan sama je.

Aku kalau orang lain tanya aku boleh sabar lagi. Tapi ada sorang makcik aku ni. Kakak sulung mak aku tapi dari mak lain. Memang dia ni spesies mulut takde insurans sikit. Kitorang semua tak berapa 'in' sangat ngan dia ni. Peristiwa ni berlaku masa family aku buat kenduri arwah untuk atok dan nenek aku. Masa tu dah petang dah tetamu lain semua dah balik. Kat meja luar ada aku, abah aku, suami aku dan makcik tu. Pandai pulak masa laki aku ada kat situ takde pulak nak tanya pasal anak. Elok je laki aku bangun nak solat asar masa tu dia terus tanya aku. Lebih kurang macam ni lah dialog dia. Aku ingat satu persatu.

Makcik: Ni dah tahun 2014, mana baby nya?
Aku: (Berderau darah beb) Ntah, tak tahu lah..tanyalah Tuhan!
Hahahaha selamber aku bagi jawapan cenggitu. Aku nak jawab yang lagi kejam sebenarnya tapi takut terkejut sakit jantung ke susah pulak aku. Aku plan nak jawab  cenggini. Makcik plak bila nak mati? dah gali kubur? hahaha tak ke kejam sangat tu.
Pastu dia teruskan cerita yang dia dulu pun tunggu 3 tahun baru lekat anak yang sulung. Aku macam 'whaaaaaaat'? Dah tu kenapa ko sibuk-sibuk tanya bila aku nak ada anak? aku kahwin pun tak cecah 2 tahun lagi kot. Aku rasalah makcik aku tu nak borak ngan aku tapi takde isu nak cerita. That's why asyik keluar soalan pasal anak je bila jumpa aku. 

Kisah kedua pulak masih lagi pasal makcik aku tu. Kali ni dia pegi buat annoying ngan sepupu aku pulak. Sepupu aku cerita masa aku melawat  baby dia yang baru lahir. Sepupu aku tu dah ada anak kembar lelaki dua orang. Lepas tu bersalin anak ketiga pon lelaki. Disebabkan dua kali bersalin pun ikut tingkap jadi docktor bagi chance sekali je lagi boleh bersalin. Haa nak jadi ceritanya, makcik tu pergi la melawat sepupu aku ngan baby barunya tuh. 
Makcik: Ni dah 3 orang anak lelaki nih agak-agak dapat ke tidak anak perempuan ni sekali je lagi boleh beranak ni.
Nampakkk... bila dah ada anak ditanya nya pulak pasal jantina. Yang aku peliknya dia tu tanya-tanya orang macam tu macam lah dia tu perfect ada anak lelaki dan perempuan. Kekdahnya anak dia semua perempuan nye pun. Aku macam 'whaaaaat'? lagi sekali. Pelik aku dengan perangai dia. Sepupu aku tu nasihatkan aku supaya jangan ambil port apa yang makcik tu cakap lagi dah. 

Saturday, November 29, 2014

[Part 5] Manipulasi Emas:Compounding dengan Program KJ05


Buat compounding sendiri sememangnya menguntungkan. Namun, adakah anda yakin anda sebagai orang baru berjinak-jinak dapat mencari buyer dengan mudah untuk jual pamp-pamp anda tu? Haa ini merupakan persoalan yang bermain-main di minda saya. Jangan risau, kalau anda malas atau takut untuk mengambil risiko pamp tidak terjual saya ada satu lagi cadangan iaitu buat compounding melalui program KJ05.

Melalui program KJ05 yang dikelola oleh Kirajadi Gold ini anda pun boleh buat compounding.
Asasnya, program ini ialah program di mana pengelola menyewa pamp anda untuk di trade di pasaran selama 3 bulan. Bulan ke empat pamp anda akan dikembalikan. Selama 3 bulan tersebut anda akan diberi saguhati/hibah sebanyak RM30/gram. Kalau anda letak pamp  100g maka anda akan dapat RM3,000 sebulan. Katakan sebelum itu anda beli dulu pamp secara ETA30 dengan harga RM10,000 dan masukkan ke program KJ05.

Mula dengan 1 ketul pamp A

Bulan 1
- Anda terima hibah-1 (pamp A) RM3,000

Bulan 2
- Anda terima hibah-2 (pamp A) RM3,000

Bulan 3
- Anda terima hibah-3 (pamp A) RM3,000
- Sekarang anda ada RM9,000. Kalau nak cepat, tambah lagi RM1,000 untuk beli pamp kedua
- Order 1 ketul pamp B ETA30 (RM10,000)

Bulan 4
- Pamp A anda dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp B landing. Auto KJ05 
- 2 ketul pamp

Bulan 5
- Anda terima hibah-1 (pamp A, B) RM6,000

Bulan 6
- Anda terima hibah-2 (pamp A, B) RM6,000
- Cash di tangan RM12,000
- Order 1 ketul pamp C (ETA30 RM10,000)
- Baki di tangan RM2,000

Bulan 7
- Anda terima hibah-3 (pamp A, B) RM6,000
- Pamp C landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM8,000

Bulan 8
- Pamp A dan B dikembalikan. Auto KJ05
- Anda terima hibah-1 (pamp C) RM3,000
- Cash di tangan RM11,000
- Order 1 ketul pamp D (ETA30 RM10,000)
- Baki di tangan RM1,000

Bulan 9
- Anda terima hibah-2 (pamp C) RM3,000
- Anda terima hibah-1 (pamp A, B) RM6,000
- Pamp D landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM10,000
- Order 1 ketul pamp E (ETA30 RM10,000)
- Tiada baki

Bulan 10
- Anda terima hibah-3 (pamp C) RM3,000
- Anda terima hibah-2 (pamp A, B) RM6,000
- Anda terima hibah-1 (pamp D) RM3,000
- Pamp E landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM12,000
- Order 1 ketul pamp F (ETA30 RM10,000)
- Baki di tangan RM2,000

Bulan 11
- Pamp C dikembalikan. Auto KJ05
- Anda terima hibah-3 (pamp A, B) RM6,000
- Anda terima hibah-2 (pamp D) RM3,000
- Anda terima hibah-1 (pamp E) RM3,000
- Pamp F landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM14,000
- Order 1 ketul pamp G (ETA30 RM10,000)
- Baki di tangan RM4,000

Bulan 12
- Anda terima hibah-1 (pamp C dan F) RM6,000
- Pamp A, B dikembalikan. Auto KJ05
- Anda terima hibah-3 (pamp D) RM3,000
- Anda terima hibah-2 (pamp E) RM3,000
- Pamp G landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM16,000
- Order 1 ketul pamp H (ETA30 RM10,000)
- Baki di tangan RM6,000

Jika diteliti progress kumpul pamp melalui kaedah compounding ni agak perlahan sedikit. Setelah cukup setahun anda hanya ada;
- 8 ketul pamp (A,B,C,D,E,F,G,H)
- Cash RM6,000

Sekarang cuba kita lanjutkan program selama 2 tahun. Tengok banyak mana pamp berjaya dikumpul

Bulan 13
- Anda terima hibah-2 (pamp C dan F) RM6,000
- Anda terima hibah-1 (pamp A,B,G) RM9,000
- Pamp D dikembalikan. Auto KJ05
- Anda terima hibah-3 (pamp E) RM3,000
- Pamp H landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM24,000
- Order 2 ketul pamp I, J (ETA30 RM20,000)
- Baki di tangan RM4,000

Bulan 14
- Anda terima hibah-1 (pamp D, H) RM6,000
- Anda terima hibah-3 (pamp C, F) RM6,000
- Anda terima hibah-2 (pamp A, B, G) RM9,000
- Pamp E dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp I, J landing. Auto KJ05
- Cash ditangan RM25,000
- Order 2 ketul pamp K, L (ETA30 RM20,000)
- Baki di tangan RM5,000

Bulan 15
- Anda terima hibah-1 (pamp E, I, J) RM9,000
- Anda terima hibah-2 (pamp D, H) RM6,000
- Anda terima hibah-3 (pamp A, B, G) RM9,000
- Pamp C, F dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp K, L landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM29,000
- Tambah RM1,000 order 3 ketul pamp M, N, O (ETA30 RM30,000)
- Tiada baki (hutang RM1,000)

Bulan 16
- Anda terima hibah-1 (pamp C,F,K,L) RM12,000
- Anda terima hibah-2 (pamp E,I,J) RM9,000
- Anda terima hibah-3 (pamp D, H) RM6,000
- Pamp A, B, G dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp M,N,O landing. Auto KJ05
- Cash ditangan RM27,000
- Order 2 ketul pamp P,Q (ETA30 RM20,000)
- Baki di tangan RM7,000
- Tolak hutang RM1,000 bulan 15
- RM6,000

Bulan 17
- Anda terima hibah-1 (pamp A,B,G,M,N,O) RM18,000
- Anda terima hibah-2 (pamp C,F,K,L) RM12,000
- Anda terima hibah-3 (pamp E,I,J) RM9,000
- Pamp D,H dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp P,Q landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM45,000
- Order 4 ketul pamp R,S,T,U (ETA30 RM40,000)
- Baki di tangan RM5,000

Bulan 18
- Anda terima hibah-1 (pamp D,H,P,Q) RM12,000
- Anda terima hibah-2 (pamp A,B,G,M,N,O) RM18,000
- Anda terima hibah-3 (pamp C,F,K,L) RM12,000
- Pamp E,I,J dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp R,S,T,U landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM47,000
- Order 4 ketul pamp V,W,X,Y (ETA30 RM40,000)
- Baki di tangan RM7,000

Bulan 19
- Anda terima hibah-1 (pamp E,I,J,R,S,T,U) RM21,000
- Anda terima hibah-2 (pamp D,H,P,Q) RM12,000
- Anda terima hibah-3 (pamp A,B,G,M,N,O) RM18,000
- Pamp C,F,K,L dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp V,W,X,Y landing. Auto KJ05
- Cash ditangan RM58,000
- Order 5 ketul pamp Z,A1,B1,C1,D1 (ETA30 R50,000)
- Baki di tangan RM8,000

Bulan 20
- Anda terima hibah-1 (pamp C,F,K,L,V,W,X,Y) RM24,000
- Anda terima hibah-2 (pamp E,I,J,R,S,T,U) RM21,000
- Anda terima hibah-3 (pamp D,H,P,Q) RM12,000
- Pamp A,B,G,M,N,O dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp Z,A1,B1,C1,D1 landing. Auto KJ05
- Cash ditangan RM65,000
- Order 6 ketul pamp F1, G1, H1, I1, J1, K1 (ETA30 RM60,000)
- Baki di tangan RM5,000

Bulan 21
- Anda terima hibah-1 (A,B,G,M,N,O,Z,A1,B1,C1,D1) RM33,000
- Anda terima hibah-2 (pamp C,F,K,L,V,W,X,Y) RM24,000
- Anda terima hibah-3 (pamp E,I,J,R,S,T,U) RM21,000
- Pamp D,H,P,Q dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp F1, G1, H1, I1, J1, K1 landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM83,000
- Order 8 ketul pamp L1, M1, N1, O1, P1, Q1, R1, S1 (ETA30 RM80,000)
- Baki di tangan RM3,000

Bulan 22
- Anda terima hibah-1 (D, H, P, Q, F1, G1, H1, I1, J1, K1) RM30,000
- Anda terima hibah-2 (A,B,G,M,N,O,Z,A1,B1,C1,D1) RM33,000
- Anda terima hibah-3 (pamp C,F,K,L,V,W,X,Y) RM24,000
- Pamp E,I,J,R,S,T,U dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp L1, M1, N1, O1, P1, Q1, R1, S1 landing. Auto KJ05
- Cash di tangan RM90,000
- Order 9 ketul pamp T1, U1, V1, W1, X1, Y1, Z1, A2 (ETA30 RM90,000)
- Tiada baki

Bulan 23
- Anda terima hibah-1 (pamp E, I, J, R, S, T, U, L1, M1, N1, O1, P1, Q1, R1, S1) RM45,000
- Anda terima hibah-2 (D, H, P, Q, F1, G1, H1, I1, J1, K1) RM30,000
- Anda terima hibah-3 (A,B,G,M,N,O,Z,A1,B1,C1,D1) RM33,000
- Pamp C,F,K,L,V,W,X,Y dikembalikan. Auto KJ05
- Pamp T1, U1, V1, W1, X1, Y1, Z1, A2  landing. Auto KJ05
- Cash ditangan RM108,000
- Order 10 ketul pamp B2, C2, D2, E2, F2, G2, H2, I2, J2, K2 (ETA30 RM100,000)
- Baki di tangan RM8,000

Bulan 24
- Anda terima hibah-1 (pamp C,F,K,L,V,W,X,Y,B2, C2, D2, E2, F2, G2, H2, I2, J2, K2) RM54,000
- Anda terima hibah-2 (pamp E, I, J, R, S, T, U, L1, M1, N1, O1, P1, Q1, R1, S1) RM45,000
- Anda terima hibah-3 (D, H, P, Q, F1, G1, H1, I1, J1, K1) RM30,000
- Pamp A, B, G, M, N, O, Z, A1, B1, C1, D1 dikembalikan. (11 ketul)
- Pamp B2, C2, D2, E2, F2, G2, H2, I2, J2, K2 landing. (10  ketul)
- Cash di tangan RM137,000
- Order 13 ketul pamp (ETA30 RM130,000)
- Baki di tangan RM7,000

Bulan 25
- Anda terima hibah-2 (pamp C,F,K,L,V,W,X,Y,B2, C2, D2, E2, F2, G2, H2, I2, J2, K2) RM54,000
- Anda terima hibah-3 (pamp E, I, J, R, S, T, U, L1, M1, N1, O1, P1, Q1, R1, S1) RM45,000
- Pamp D, H, P, Q, F1, G1, H1, I1, J1, K1 dikembalikan. (10 ketul)
- 13 ketul pamp landing                                              (13 ketul)
- Cash di tangan RM106,000
- Order 10 ketul pamp (ETA30 RM100,000)
- Baki di tangan RM6,000

Bulan 26
- Anda terima hibah-3 (pamp C,F,K,L,V,W,X,Y,B2, C2, D2, E2, F2, G2, H2, I2, J2, K2) RM54,000
- Pamp E, I, J, R, S, T, U, L1, M1, N1, O1, P1, Q1, R1, S1 dikembalikan. (15 ketul)
- 10 ketul pamp landing    (10 ketul)
- Cash di tangan RM60,000
- Order 6 ketul pamp (ETA30 RM60,000)
- Tiada baki

Bulan 27
- Pamp C, F, K, L, V, W, X, Y, B2, C2, D2, E2, F2, G2, H2, I2, J2, K2 dikembalikan. (18 ketul)
- 6 ketul pamp landing   (6 ketul)



Jadi, setelah 2 tahun 3 bulan buat compounding dengan program KJ05 anda ada;

93 ketul pamp/9.3 kilogram. Wowwwwwwwwwwww!!! is it for Real???? Selepas 2 tahun 3 bulan anda dapat dekat 10 kilogram.

9.3 kilogram ni kalau jual RM130/g dapat RM1,209,000. Weh jutawan weh!! hohooho boleh laa selesaikan semua hutang. Beli handbag Hermes 10 biji pon boleh. Wakakakaka! Hopefully KJ maintain buka program KJ05 ni.

Memang progress agak slow semasa di tahun pertama namun masuk tahun kedua bila pamp dan modal dah banyak, progress jadi sangat laju.
Namun, ini semua hanyalah perancangan. Berangan tak salah kan. Huhu..Apa-apa pun semua bergantung kepada availability program dan dengan harapan program tidak TERSONTOT! Woohaaa.. Kalau everything smooth, dapatlah hasil macam pengiraan di atas tu.

So, setakat ni mana lagi untung. buat by group, individu atau join program KJ05? Main program ni memang la high return tapi anda kena ingat high return, high risk!! Tepuk dada tanyalah selera

Oh kenapa saya pilih KJO5 bukan program KJ yang lain? Sebab modal pamp tu tak hangus!! Kalau perasan takde langsung proses jual. Kita main beeeeli jer sampai muak.

Fuhh penat buat pengiraan ni. K nanti sambung lagi kalau tetiba saya terfikir plan-plan yang best. :)






Friday, November 28, 2014

[Part 4] Manipulasi Emas: ETA 30 dan COMPOUNDING

Assalamualaikum,

Akhirnya, entry yang dinanti-nantikan ye? Sorry sebab lambat sangat up entry ni sebab saya bizi jaga SPM dan siapkan kerja-kerja di akhir tahun. Malam ni baru sempat nak update sambil tengok Maharaja Lawak Mega. hihi

Ok jom hari ni kita belajar bagaimana nak buat ETA 30 kemudian auto compounding. Melalui pemahaman saya compounding ni adalah cara untuk kita 'beranakkan' emas (pamp) kita. Technically, prosesnya sama seperti ETA AUTORESTOCK, yang membezakannya hanyalah keuntungan yang kita dapat setiap bulan tu tidak dibelanjakan ke tempat lain. Senang cerita keuntungannya 100% digunakan untuk pembelian pamp seterusnya. Syarat yang wajib ada untuk buat compounding adalah DISIPLIN. Kalau tiada DISIPLIN maka tak berjalanlah proses compounding tu.

Terdapat pelbagai teknik yang diaplikasikan oleh player-player compounding. Ada yang buat secara berjemaah (berkumpulan) dan ada yang buat secara individu. More interesting,  buat compounding untuk menunaikan umrah pun ada. Yang itu kita belajar lepas ni. Apa yang saya nampak, buat compounding secara berkumpulan lebih menguntungkan berbanding secara individu. Cuma kalau nak buat secara berjemaah ni apa yang paling penting ialah cari orang yang paling trusted untuk mengetuai jemaah tu. Kalau boleh biarlah ada agreement atau hitam putih urusan urusniaga anda tersebut.

COMPOUNDING BERJEMAAH

Cadangan 100g seorang utk 10 orang (Kuota 1kg)
Sekadar pengiraan, diandaikan ETA30=RM100/g dan Jual RM130/g
So 10 orang (100gm) x RM10,000 = RM100,000
Selepas dapat je pamp jual semula semua harga ready stock dan order semula ETA30 dgn jumlah terkumpul di tangan.


Bulan 1
1. Jual pada RM13,000/pamp (RM130,000)
2. Order pamp 13 ketul ETA30 (RM130,000)


Bulan 2
1. Jual pada RM13,000/pamp (RM169,000)
2. Order pamp 16 ketul ETA30 (RM160,000)
4. Baki di tangan (RM9,000)


Bulan 3
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM208,00 + RM9,000 = RM217,000)
2. Order pamp 21 ketul ETA30 (RM210,000)
4. 
Baki di tangan (RM7,000)
.
Bulan 4
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM273,000 + RM7,000  = RM280,000)
2. Order pamp 28 ketul ETA30 (RM280,000)

Bulan 5
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM364,000)
2. Order pamp 36 ketul ETA30 (RM360,000)
3. Baki di tangan (RM4,000)


Bulan 6
1. Jual pada RM130.00/pamp (RM468,000 + RM4,000 = RM472,000)
2. Order pamp 47 ketul ETA30 (RM470,000)
3. Baki di tangan (RM2,000)


Bulan 7
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM611,000 + RM2,000 = RM613,000)
2. Order pamp 61 ketul ETA30 (RM610,000)
3. Baki di tangan (RM3,000)


Bulan 8
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM793,000 + RM3,000 = RM796,000)
2. Order pamp 79 ketul ETA30 (RM790,000)
3. Baki di tangan (RM6,000)


Bulan 9
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM1,027,000 + RM6,000 = RM1,033,000)
2. Order pamp 103 ketul ETA30 (RM1,030,000)
3. Baki di tangan (RM3,000)


Bulan 10
1. Jual pada RM130.00/pamp (RM1,339,000 + RM3,000 = RM1,342,000)
2. Order pamp 134 ketul ETA30 (RM1,340,000)
3. Baki di tangan (RM2,000)


Bulan 11
1. Jual pada 
RM13,000/pamp (RM1,742,000 + RM2,000 = RM1,744,000)
2. Order pamp 174 ketul ETA30 (RM1,740,000)
3. Baki di tangan (RM4,000)


Bulan 12
1. Jual pada 
RM13,000/Pamp (RM2,262,000 + RM4,000 = RM2,266,000)
2.Order pamp 226 ketul ETA30 (RM2,260,000)
3.Baki di tangan (RM6,000)


Finally,

226/10 = 22.6 ketul/2.26 kilogram seorang dan duit cash RM6,000/10 = RM600 seorang
Modal yang anda keluarkan = RM10,000 sahaja.
Tinggi modal awal anda, makin banyak emas yang anda boleh kumpul dalam 1 tahun. Nak kumpul secara individu memang makan masa.




COMPOUNDING INDIVIDU

Sama seperti compounding berjemaah, katakan beli ETA30 RM10,000 kemudian bila pamp landing terus jualkan pada harga MKS RM13,000
*Harga hanyalah anggaran, harga sebenar bergantung kepada harga semasa.

Bulan 1
1. 
Jual pada RM13,000/Pamp (RM13,000)
2. Order pamp 1 ketul ETA30 (RM10,000)
3. Baki di tangan (RM3,000)

Bulan 2
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM13,000)
2. Order pamp 1 ketul ETA30 (RM10,000)
3. Baki di tangan (RM3,000 + RM 3,000 = RM6,000)

Bulan 3
1. 
Jual pada RM13,000/Pamp (RM13,000 + RM6,000 = RM19,000)
2. Order pamp 2 ketul ETA30 (RM20,000)
3. Pada stage ini anda perlu tambah RM1,000 untuk order seketul lagi pamp. (Kalau nak progress cepat lah)

Bulan 4
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM26,000)
2. Order pamp 2 ketul ETA30 (RM20,000)
3. Baki di tangan (RM6,000)

Bulan 5
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM26,000 + RM6,000 = RM32,000)
2. Order 3 ketul pamp ETA30 (RM30,000)
3. Baki di tangan (RM2,000)

Bulan 6
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM39,000 + RM2,000 = RM41,000)
2. Order 4 ketul pamp ETA30 (RM40,000)
3. Baki di tangan (RM1,000)

Bulan 7
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM52,000 + RM1,000 = RM53,000)
2. Order 5 ketul pamp ETA30 (RM50,000)
3. Baki di tangan (RM3,000)

Bulan 8
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM65,000 + RM3,000 = RM 68,000)
2. Order 6 ketul pamp ETA30 (RM60,000)
3. Baki di tangan (RM8,000)

Bulan 9
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM78,000 + RM8,000 = RM86,000)
2. Order 8 ketul pamp ETA30 (RM80,000)
3. Baki di tangan (RM6,000)

Bulan 10
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM104,000)
2. Order 10 ketul pamp ETA30 (RM100,000)
3. Baki di tangan (RM4,000)

Bulan 11
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM130,000 + RM4,000 = RM134,00)
2. Order 13 ketul pamp ETA30 (RM130,000)
3. Baki di tangan (RM4,000)

Bulan 12
1. Jual pada RM13,000/Pamp (RM169,000 + RM4,000 = RM173,000)
2. Order 17 ketul pamp ETA30 (RM170,00)
3. Baki di tangan (RM3,000)

Finally,
Anda ada 17 ketul/1.7 kilogram pamp
Cash di tangan RM3,000
DONE!

Disclaimer: Hari ni saya ada terfikir untuk buat compounding melalui program KJO5. Dah buat draft sikit-sikit. Saya akan terangkan selanjutkan di entry akan datang. 

Tuesday, November 11, 2014

[Part 3] Manipulasi Emas : ETA AUTORESTOCK



ETA-ESTIMATED TIME OF ARRIVAL


ETA merujuk kepada cara pembelian emas secara tempahan/preorder. Dengan ETA, pembeli berpeluang membeli emas pada harga lebih murah daripada harga barang sedia ada/readystock. 


AUTORESTOCK pula merujuk kepada proses penjualan semula emas setelah emas itu berada di tangan pada harga semasa.

Pembelian ETA yang biasa dilakukan oleh pembeli emas ialah ETA 3, ETA 7, ETA 14, ETA 21, ETA 30 dan ETA 60. Angka-angka berikut merujuk kepada bilangan hari emas akan sampai di tangan. ETA 3 bermaksud pembelian emas secara tempahan tiga hari. Bayaran penuh hendaklah dibuat pada hari pertama persetujuan pembelian dibuat. Namun, cara bayaran tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penjual. Ada sesetengah penjual meletakkan syarat seperti 90% bayaran dibuat pada hari pertama dan 10% lagi bayaran diselesaikan pada hari ketibaan emas. Bergantung kepada cara masing-masing. 

ETA Autorestock merupakan proses jual beli basic yang biasa dijalankan oleh pemain-pemain emas di luar sana. Autorestock boleh dijalankan secara individual mahu pun secara berkumpulan. Bagi anda yang kesempitan masa boleh lah menyertai mana-mana kumpulan yang menjalankan autorestock. 

Contoh proses ETA 7 AUTORESTOCK
*Angka yang dipaparkan hanyalah anggaran. Nilai sebenar tertakluk perubahan harga emas setiap hari.

1. Beli pamp 100 gram ETA 7 pada harga RM12,000
2. Selepas 7 hari pamp landing, terus jual pada harga MKS. Katakan harga MKS pada hari tersebut ialah RM12,600. Keuntungan anda untuk jual beli pertama tersebut ialah RM600. 
3. Beli semula ETA 7 secara autorestock.
4. Ulang langkah 1-3 sampai anda rasa dah xtau nak buat apa dengan duit untung tu. Hihi :p

Kesimpulannya, jika anda buat ETA 3, anda akan dapat keuntungan pada setiap 3 hari, kalau buat ETA 7 pada setiap 7 hari anda dapatlah untung tu dan begitulah seterusnya untuk ETA yang lain. Jumlah keuntungan pula tidak tetap pada setiap jual beli memandangkan harga emas tidak statik. Tapi In Sha Allah anda tidak akan mengalami kerugian, paling tidak pun kalau harga spot turun anda hanya dapat keuntungan dalam nilai yang sedikit.

Duit untung tadi tu terpulanglah pada anda untuk buat apa. Kalau saya, saya rancang untuk simpan sampai cukup untuk beli ETA 30 kemudian jual dan start balik ETA 7. Jika sebelum ni hanya ada 1 pamp. Bertambah jadi 2 pamp dan begitulah seterusnya sampai muak. 

Esok saya akan cerita pula apakah teknik compounding. Stay tuned!


Disclaimer: Suka untuk saya nasihatkan kepada pemain emas beginner janganlah gunakan duit susu anak atau pun duit nak kahwin/duit belanja seharian anda untuk mulakan jual beli emas dengan meletakkan modal dalam mana-mana program. Lagi bagus kalau anda guna duit yang sememang tiada keperluan mendesak seperti duit simpanan yang memang anda tak nak guna atau sebagainya. 

Sunday, November 09, 2014

[Part 2] Manipulasi Emas : Join Program atau Mula Sendiri?

     

           Dilemma nak join program atau nak buat urus niaga sendiri? Maklumlah risau juga modal bukannya seringgit dua, main empat lima angka tu. Jadi mana nak masuk dulu ni, join program atau terus bergerak sendiri? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Naik ikut cara jerung pun boleh. Guna saja skill 4 kotak tu. Skill pemain emas sejati katanya! Ratio kena mula dengan 1:1:1:1



Caranya;-

1. Beli tempahan berdiskaun (TB)
2. Mula kumpul duit
3. Dah cukup duit, mula beli barang dan simpan duit ditangan
4. Ada lebihan barang campak ke Bai't Al-Wafa untuk hasilkan duit
5. Ulang semula langkah 1...

Kesimpulannya;
Beli TB, ada duit beli barang, campak ke bai't al-wafa, dapat duit beli TB lagi.


Skill 4 kotak ni sesuai apply kalau nak bergerak sendiri. Kena banyak buat research tambahkan ilmu di dada. Kalau tak cukup ilmu di dada kemungkinan akan TERSONTOT tu tinggi.  Saya pun masih belum mula dengan skill 4 kotak ni. Ilmu belum cukup. Kalau rajin boleh join mana-mana kelas manipulasi emas. Ramai je jerung yang sudi berkongsi ilmu.

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui bagaimana saya boleh ceburkan diri dalam dunia emas.

Bermula Julai lalu, saya mula menceburkan diri dalam dunia emas. Semuanya bermula apabila seorang kawan di tempat kerja saya namakan sebagai A, mengajak saya untuk join tempahan berdiskaun yang dikelola oleh satu syarikat X. Dalam program TB, urusniaga dia simple je; Anda tempah 100 gram emas 999.9 dalam bentuk GB pada harga RM 18,000. (Biasanya GB keluaran Pamp Suisse). Kemudian, apabila cukup 30 hari GB yang anda tempah siap dan anda diberi tiga pilihan samada nak ambil GB tersebut atau buyback dengan harga RM18,000 atau pilihan terakhir ialah anda terus autorestock dengan diberikan diskaun dari syarikat sebanyak RM14/gram. Maksudnya selagi anda tidak ambil GB atau buyback, anda akan terus terima RM14/gram setiap bulan. RM14 *100 gram maka anda akan dapat RM1,400/month.  Paling penting, modal anda tak hangus.

Contoh;
Order GB 999.9
100g = RM 18,000
Katakan tempoh Autorestock yang anda nak buat ialah 3 bulan:
Bulan pertama : dapat RM1,400 (RM14/g * 100g)
Bulan kedua : dapat RM1,400 (RM14/g * 100g)
Bulan ketiga : dapat RM1,400 (RM14/g * 100g) + RM 18,000 ATAU 100g emas 999.9
Total Jumlah yang dapat selepas 3bulan:
RM 4,200 + 100g emas 999.9
ATAU

Buyback RM 4,200 + RM 18,000 = RM 22,200
Keuntungan yang anda dapat;
RM4,200 dalam masa 3 bulan.
Kalau buat setahun, kiralah sendiri berapa keuntungan yang anda dapat.

Saya tertarik dengan cara manipulasi TB  dan bersetuju untuk membuat tempahan 100 gram. Namun, penerangan yang saya dapat dari si A tak sama seperti apa yang saya tulis di atas. Saya diberitahu kalau saya tempah 100 gram dengan harga RM18,000 saya akan dapat diskaun sebanyak RM9/gram kalau saya buat autorestock. Which means, saya akan dapat RM900/months selagi saya tidak keluarkan modal atau ambil GB. Setelah berbincang dengan suami dan persiap mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang risiko, saya terus setuju keluarkan RM18,000 untuk dipindahkan ke akaun syarikat X. Pada ketika itu, saya memang noobs! memang tak tahu pun saya sepatutnya dapat RM14/gram. Kejamnya A makan untung atas angin atas modal saya RM5/gram. Dalam kes saya ni dia dapat RM500 free-free je sebulan. Nganga je dapat duit. Yang saya tak puas hati, dia langsug takde beritahu apa pun pada saya. Kalau dia beritahu saya yang dia nak ambil upah sebab tolong rekemen ke kira ok lah jugak, boleh diterima. Setakat RM1/gram sebulan ke boleh lagi dipertimbangkan. Tapi ni RM500 kot...yang sepatutnya jadi hak saya. Dua bulan je saya bagi peluang dia ambil hak saya. Lepas je dapat payment bulan pertama saya terus cakap saya nak buyback, nak ambil balik modal saya RM18,000 sebab ada emergency. Walaupun dah bagitahu awal, buyback hanya boleh dibuat apabila cukup tempoh matang bulan berikutnya. Sabar jelah kena tunggu lagi sebulan. Akhirnya, pada September saya dapat balik modal saya bersama RM900 diskaun. Jadi sempatlah rasa diskaun untuk 2 bulan tu (Ogos dan September) sebanyak RM1,800. Sepatutnya saya dapat RM2,800. Saya anggap je tiada rezeki!


Dalam masa menunggu dapat modal balik dari syarikat A, saya di invite join group JE oleh kawan saya. Bila dah masuk group rupanya banyak program-program menarik yang ditawarkan. Rasa macam nak join semua. Tapi sabar..orang tamak ni memang selalu rugi. Apa pun dalam pada tu sempat juga saya join satu lagi program kontra. Kontra Pisang Manis yang dikelola di bawah Kazanah Bangsa. Modal RM5,000 untuk 100 gram. Syarikat akan beli balik 100 gram itu dengan harga RM17,500 dengan cara ansuran selama 7 bulan. Setiap bulan saya terima RM2,500. Alhamdulillah, dah dua bulan saya dapat bayaran (dah dapat modal balik RM5,000). Cut-off setiap 20 hb. Jadi, bermula 20 November 2014 saya start terima keuntungan. Urus niaga ini akan tamat pada Mac 2015 depan.

Selain dari program kontra Pisang Manis, saya ada masuk dua ke tiga program lagi dari syarikat yang berlainan. Satu lagi tips untuk beginner, JANGAN sesekali anda letakkan semua modal anda pada satu tempat atau satu program. Sebaik-baiknya anda bahagikan kepada beberapa tempat atau program bagi merendahkan risiko. Kemudian, pada September lepas saya terima balik duit buyback saya RM18,000. Waktu tu syarikat X ada buka satu program yang sangat menarik. Syarikat X pada waktu tu sememangnya mendapat kepercayaan yang tinggi dari pemain-pemain emas. Saya pun amat yakin dengan syarikat X pada waktu itu. Saya namakan program itu program B.

Asasnya;

Loaded B
Syarikat X beli pamp 100 gram dengan harga RM20,000.
1. Jualkan pamp 100 gram pada syarikat atau jika tiada pamp, beli pamp dengan syarikat pada harga       RM13,000, jual balik pada mereka.

2. Semasa serahan pamp, syarikat akan bayar cash on the spot RM10,000 sebagai bayaran              
    pendahuluan. Baki RM10,000 lagi syarikat akan bayar secara ansuran selama 5 bulan. Bayaran           setiap bulan ialah RM2,000.

Kontra B
Berkongsi untuk membeli 100 gram pamp bersama pengelola. Modal yang perlu hanya RM4500, baki selebihnya pengelola dahulukan duit mereka. Jadi untuk kontra, pembeli tidak akan menerima bayaran pendahuluan RM10,000 sebaliknya pembeli hanya menerima RM10,000 ansuran selama 5 bulan.
-Proses jual beli sama seperti loaded B

Untuk program ini saya saya jual 100 gram pamp saya kemudian dapat cashback saya gunakan untuk melipat kontra sebanyak 300 gram. Jadi untuk 300 gram (RM13,500) saya perlukan tambahan cash sebanyak RM3,500. Jadi total semua modal saya pada ketika itu adalah RM13,000 + RM3,500 = RM16,500. Mulalah saya berangan-angan untuk terima bayaran  sebanyak RM8000 setiap bulan. Sepatutnya bulan Oktober merupakan bulan pertama bayaran. Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tiba masa syarikat sepatutnya buat bayaran, program itu terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (No further comment on this issue). Syarikat berjanji akan memulangkan semula modal pembeli seawal bulan Disember nanti. Banyak perancangan yang dah saya list down bila dah dapat modal saya tu balik. Yang penting dah saya dah serik nak join program. Kalau join pun mungkin join TB je sebab modal tak hangus.


Selain program B dan Pisang Manis saya juga masuk program Pisang Manis Version 2 (PMV2). Program ni saya berjemaah dengan seorang kawan rapat. Saya berkongsi dengan dia untuk beli pamp 100 gram kemudian jual pada pengelola under program PMV2. Program ni under Kazanah Bangsa. Pihak syarikat setuju untuk beli pamp tu pada harga RM28,000. Cara bayaran pula lebih kurang macam program B. Seminggu selepas hantar pamp, pihak syarikat akan bayar RM10,500 kemudian baki lagi RM17,500 mereka akan bayar secara ansuran selama 7 bulan. Bayaran setiap bulan adalah RM2,500. Namun, oleh sebab modal tadi saya kongsi dengan kawan saya, saya hanya terima bayaran bulanan sebanyak RM2,500/2. Bayaran bermula Disember 2014- Mei 2015.


Satu lagi program adalah KJO4 yang dikelola oleh Kirajadi Gold. Untuk KJO4 ni ada pengelola buka secara jemaah. Satu jemaah ada 10 orang ahli. Program KJo4 ni kita jual pamp kita pada syarikat, mereka beli pada harga RM36,000. Tiada cashback tapi mereka bayar secara ansuran RM5400 setiap bulan selama 5 bulan. Jika tiada pamp, boleh beli pamp dengan pengelola pada harga RM13,500. Jadi untuk program yang dibuka secara berjemaah 10 orang. Harga untuk satu kepala/10 gram ialah RM1,350. Bayaran bulanan yang akan diterima ialah RM540 setiap bulan selama 5 bulan. Tujuan saya join jemaah ni niatnya untuk bayar utiliti bulanan seperti sewa rumah, bil air dan bil elektrik. Sewa rumah saya RM400 je. Ada lagi baki RM140 boleh bayar bil air atau pun bil elektril. Dengan hanya bermodalkan RM1,350 saya dah tak payah jimatkan banyak belanja. Kalau kira betul-betul sewa rumah untuk 5 bulan je dah RM400 X 5 = RM2000. Belum tambah bil elektrik yang mencecah RM100 setiap bulan. Bayaran pertama untuk program ni dijangka landing pada 5 Disember 2014 nanti. Program ni juga percubaan pertama saya dengan syarikat KJ Gold. Dengan emas ni tak perlu pun modal besar-besar sangat. Jika baru nak mula, tiada modal besar boleh start dengan modal kecil contohnya program KJO6 boleh beli serendah 1 gram dengan harga RM180.


Perancangan seterusnya, bila dah dapat balik modal dari program B nanti saya nak start buat ETA AUTORESTOCK dan COMPOUNDING. Apa itu ETA AUTORESTOCK dan COMPOUNDING? Saya akan cerita pada entri akan datang. Stay tuned! Suami pun saya paksa untuk start saving dengan membeli 10g KJO6 setiap bulan. Semoga beliau istiqamah!.

Konklusinya, join program lagi menguntungkan atau buat sendiri lagi untung? Dua-duanya sama penting. Paling bagus jika kita dapat kekalkan ratio 1:1. Join program pun kena ada, buat sendiri pon kena ada. Join program penting untuk kumpul modal beli pamp. Lepas beli pamp buatlah bisnes sendiri apa yang patut. Tak dinafikan, awal-awal saya join emas, saya hanya fikirkan pulangan yang tinggi je. Pengalaman benar-benar mematangkan kita. Sekarang fokus saya ialah play-safe minimize the risk selagi boleh. Namun demikian, bagi yang berani boleh je go on. Remember, high risk high return! :)

Sebagai permulaan tahun 2015, saya merancang untuk beli 100 gram secara ETA 30 untuk compunding dan beli ETA 7 untuk autorestock. Ingat! Play-safe slow and steady. Bukan nak kaya pun. Boleh tolong parents dan mampu beli keperluan dan kehendak cukuplah...


Disclaimer: Rupanya, ramai kawan-kawan saya yang senyap-senyap sebenarnya dah lama join jual beli emas ni. Ada yang dah jadi ejen dah pun. Tabik spring!!!  

Friday, November 07, 2014

[Part 1] Manipulasi Emas: Jual Beli atau Pelaburan?

      Sejak kebelakangan ini kecoh tentang manipulasi emas dalam kalangan manipulator-manipulator emas Melayu di Malaysia. Sebut sahaja nama-nama seperti Tok Belagak, ARBA, Muslim Abdullah..and all those jerung-jerung emas mesti ramai yang mengenalinya. Mereka yang saya sebutkan tadi merupakan pemilik syarikat-syarikat gergasi emas di mana 100% dimiliki oleh orang Melayu Islam. Lepas kenal dunia emas ni baru saya tahu kat Malaysia kita ini rupanya ramai orang MELAYU yang kaya raya. Cuma mereka kurang 'expose'kan diri je. Dan untuk pengetahuan semua rata-rata yang join bisnes manipulasi emas ini adalah anak-anak muda. Ada yang baru mula kerja, even ada yang masih bergelar pelajar universiti. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah Ta'ala mengenali dunia emas yang betul-betul mengubah hidup saya dan suami. Alhamdulillah! Jual beli yang dijalankan bergiat aktif melalui Facebook di mana semua penjual dan pembeli berkumpul dalam satu page utama iaitu Jom Emas (JE)


bisjut? 

     Sedikit pencerahan, manipulasi emas yang dijalankan hanyalah melibatkan proses JUAL BELI EMAS sahaja. Langsung tiada kena mengena dengan mana-mana PELABURAN EMAS. Ramai yang masih tidak dapat membezakan antara jual beli dan pelaburan. Selidik dulu dalam-dalam bagaimana proses manipulasi ni baru anda akan dapat gambaran bagaimana anda boleh jana pendapatan sampingan yang lumayan melalui teknik ini. Jangan melulu je cakap ini semua pelaburan, skim cepat kaya dan macam-macam lagi. Bagi saya itu semua cuma alasan orang yang tidak mahu berganjak dari kedudukan yang mungkin sudah dianggap selesa. Manipulasi emas ini juga langsung tak sama macam bisnes Multilevel Marketing (MLM). Tak perlu nak merayu pada orang untuk sertai bisnes. Konsep dia mudah je, siapa yang ada modal dan berani tanggung risiko boleh terus start! Kenapa perlu berani tanggung risiko? Macam tak best je dengar. Well apa-apa perniagaan pun semua terdedah kepada risiko. Sama juga dengan jual beli emas, macam-macam risiko ada sebab harga emas di pasaran bukannya statik. Harga berubah setiap hari, mungkin ada hari untung besar ada hari rugi sikit. Semua ni memang asam garam dalam perniagaan. Asasnya anda beli emas dengan harga sekian-sekian dan jual balik dengan harga sekian-sekian. BUKAN skim ponzi, deposit wang haram atau skim-skim cepat kaya. 

KATA KUNCI

TB- Tempahan berdiskaun
GB- Gold Bar
ETA- Estimated Time Arrival
DEPB- Darul Emas Perak Berhad
KB- Kazanah Bangsa
KJ- Kira Jadi

       DEPB (dimiliki oleh Tok Belagak), KB (dimiliki oleh Dato' Seri KB) dan KJ Gold (dimiliki oleh Muslim Abdullah) merupakan antara syarikat besar yang sedang rancak mengelola program-program manipulasi emas. Ada banyak lagi syarikat lain selain daripada syarikat-syarikat yang saya sebutkan namun ketiga-tiga syarikat ini merupakan syarikat yang berani saya senarai pendekkan sebagai syarikat 'trusted'. Setiap syarikat pula mempunyai beratus-ratus ejen/dealer/wakalah/rania/zara yang berdaftar.Ejen-ejen ini menjadi pengantara bagi pelanggan dan syarikat dalam urusan jual beli yang dijalankan. Difahamkan ejen-ejen berdaftar ini bukan calang-calang orang. Mereka mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarikat. Syarat utama adalah mereka mesti mendaftar syarikat SDN BHD. Selain itu, mereka haruslah mempunyai stok emas 1 kilogram sebagai cagaran kepada syarikat dan wajib mempunyai tunai yang setara nilainya dengan 1 kilogram emas (lebih dari RM100,00) sebagai stok penimbal.  Di bawah ejen pula biasanya ada lagi sub-ejen/rakan niaga yang bekerja untuk syarikat-syarikat ejen. Bagi anda yang  ingin mula berjinak-jinak untuk menyertai mana-mana program emas, mencari ejen yang 'trusted' adalah agenda yang paling penting! Ejen-ejen berdaftar biasanya akan dikenali melalui logo yang dipakai pada gambar profil Facebook masing-masing. Saya, Alhamdulillah sudah mempunyai beberapa ejen 'trusted' dari ketiga-tiga syarikat tersebut. Selesa bekerjasama dengan mereka dan In Sha Allah akan terus berurusniaga dengan mereka lagi pada masa akan datang.


Logo Kazanah Bangsa
               
Logo KiraJadi Gold
                          

       Setiap syarikat mempunyai produk-produk mereka sendiri. Produk yang dimaksudkan adalah program-program manipulasi emas yang  direka oleh manipulator syarikat dan diberikan nama-nama tertentu yang begitu unik. Bagi individu yang telah menceburkan diri dalam perniagaan ini mesti tidak asing lagi dengan program-program seperti Tempahan Berdiskaun, Pisang Manis, Pisang Kembar, Pilot Terlampau, KJO 4, KJO 6 dan banyak lagi. Maklumat tentang program-program 'trusted' yang saya sertai akan saya tulis pada entry akan datang. Setiap bulan, pasti ada sahaja program-program baru dilancarkan oleh syarikat. Biasanya belum sampai sebulan program dibuka, kuota sudah penuh. Setiap program dibuka dalam kuantiti yang terhad mengikut kuota yang ditentukan samada oleh syarikat atau ejen-ejen. Bagi 'Beginner' atau 'Newbie' anda dinasihatkan untuk membuat kajian secara mendalam terlebih dahulu tentang sesuatu program sebelum mengambil keputusan untuk membuat urusan jual beli. Anda juga mestilah mendapatkan pengesahan tentang kebolehpercayaan seseorang ejen/sub-ejen sebelum anda memulakan urusniaga dengan mereka. Untuk mendapatkan pengesahan samada seseorang ejen/sub-ejen itu 'trusted' atau tidak anda boleh simply bertanya pada ahli-ahli dalam JE. In Sha Allah mereka akan terus beri feedback. 

      Jika anda takut untuk mengambil risiko untuk menyertai urusan jual beli dalam mana-mana program anda boleh mengelola sendiri manipulasi emas anda melalui pelbagai teknik manipulasi. Antara teknik yang basic dalam urusniaga emas adalah pembelian secara ETA kemudian anda jualkan pada harga semasa menurut harga yang dipaparkan oleh supplier emas terbesar di Malaysia iaitu MKS. Sekiranya anda tiada masa untuk mencari pembeli emas anda, anda bolehlah menyertai mana-mana kumpulan yang menjalankan ETA 'Autorestock' yang diketuai oleh seseorang individu. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang  masa dan mana nak cari pembeli emas anda kerana semua urusan jual beli akan diuruskan oleh ketua kumpulan tersebut.  Bagi anda yang ingin menggandakan emas pula bolehlah menjalankan sendiri teknik 'compunding'. Bagaimana pula dengan teknik 'bai't al-wafa' atau pun ar-rahnu? In sha Allah saya akan tulis semua teknik-teknik manipulasi yang saya tahu dalam entri akan datang. 

      Kesimpulannya, manipulasi emas. Jual beli atau pelaburan ya tuan-tuan dan puan-puan? Renung-renungkan dan anda tentukan sendiri. Sekian sahaja untuk kali ini. Till then....Salam!!!


Disclaimer: Saya masih lagi baru dan sedang belajar lagi tentang dunia emas. Kalau ada info yang saya sampaikan ini salah sila betulkan. :)

Wednesday, November 05, 2014

Atkins Diet: Bagaimana nak mulakan?

Anda gendut? Jom cuba Atkins Diet.



Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea diet rendah karbohidrat  dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti 'low-fat diet' atau diet rendah lemak.

Melalui 'low-fat diet', ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Kalau ada pun individu yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik 'low-fat diet' itu dalam tempoh masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai 'low carbohydrate diet' dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. Dalam fasa ini anda mesti mengehadkan pengambilan karbohidrat paling maksimum 20 gram sehari.

*PENTING* 
Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Apa yang anda boleh makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan?. Anda kiralah sendiri..:p

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat

- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:

Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction


1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.


Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.


Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.


Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting daripada www.atkins.com.

Disclaimer: Next entry will be about how effective this diet was on me! Stay tuned...