ETA merujuk kepada cara pembelian emas secara tempahan/preorder. Dengan ETA, pembeli berpeluang membeli emas pada harga lebih murah daripada harga barang sedia ada/readystock.
AUTORESTOCK pula merujuk kepada proses penjualan semula emas setelah emas itu berada di tangan pada harga semasa.
Pembelian ETA yang biasa dilakukan oleh pembeli emas ialah ETA 3, ETA 7, ETA 14, ETA 21, ETA 30 dan ETA 60. Angka-angka berikut merujuk kepada bilangan hari emas akan sampai di tangan. ETA 3 bermaksud pembelian emas secara tempahan tiga hari. Bayaran penuh hendaklah dibuat pada hari pertama persetujuan pembelian dibuat. Namun, cara bayaran tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penjual. Ada sesetengah penjual meletakkan syarat seperti 90% bayaran dibuat pada hari pertama dan 10% lagi bayaran diselesaikan pada hari ketibaan emas. Bergantung kepada cara masing-masing.
ETA Autorestock merupakan proses jual beli basic yang biasa dijalankan oleh pemain-pemain emas di luar sana. Autorestock boleh dijalankan secara individual mahu pun secara berkumpulan. Bagi anda yang kesempitan masa boleh lah menyertai mana-mana kumpulan yang menjalankan autorestock.
Contoh proses ETA 7 AUTORESTOCK
*Angka yang dipaparkan hanyalah anggaran. Nilai sebenar tertakluk perubahan harga emas setiap hari.
1. Beli pamp 100 gram ETA 7 pada harga RM12,000
2. Selepas 7 hari pamp landing, terus jual pada harga MKS. Katakan harga MKS pada hari tersebut ialah RM12,600. Keuntungan anda untuk jual beli pertama tersebut ialah RM600.
1. Beli pamp 100 gram ETA 7 pada harga RM12,000
2. Selepas 7 hari pamp landing, terus jual pada harga MKS. Katakan harga MKS pada hari tersebut ialah RM12,600. Keuntungan anda untuk jual beli pertama tersebut ialah RM600.
3. Beli semula ETA 7 secara autorestock.
4. Ulang langkah 1-3 sampai anda rasa dah xtau nak buat apa dengan duit untung tu. Hihi :p
Kesimpulannya, jika anda buat ETA 3, anda akan dapat keuntungan pada setiap 3 hari, kalau buat ETA 7 pada setiap 7 hari anda dapatlah untung tu dan begitulah seterusnya untuk ETA yang lain. Jumlah keuntungan pula tidak tetap pada setiap jual beli memandangkan harga emas tidak statik. Tapi In Sha Allah anda tidak akan mengalami kerugian, paling tidak pun kalau harga spot turun anda hanya dapat keuntungan dalam nilai yang sedikit.
Duit untung tadi tu terpulanglah pada anda untuk buat apa. Kalau saya, saya rancang untuk simpan sampai cukup untuk beli ETA 30 kemudian jual dan start balik ETA 7. Jika sebelum ni hanya ada 1 pamp. Bertambah jadi 2 pamp dan begitulah seterusnya sampai muak.
Esok saya akan cerita pula apakah teknik compounding. Stay tuned!
Till then... Salam.
Disclaimer: Suka untuk saya nasihatkan kepada pemain emas beginner janganlah gunakan duit susu anak atau pun duit nak kahwin/duit belanja seharian anda untuk mulakan jual beli emas dengan meletakkan modal dalam mana-mana program. Lagi bagus kalau anda guna duit yang sememang tiada keperluan mendesak seperti duit simpanan yang memang anda tak nak guna atau sebagainya.
5 comments:
Kak bile nk terang eta compounding. Baru nk jinak2 ni...
Yup, x sabar rasanya nak tahu teknik compounding. heheh...
Sekarang tengah kursus..nanti ada masa saya up entry eh..hehe tq sudi singgah!
Kami nak nota compounding!!!!lame tunggu..:-(
hehe...sabar2...ok malam ni up entry compounding
Post a Comment