Nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

Banyak sangat nak tulis...

Betul! Banyak sangat perkara dalam kepala ni nak tulis. Tapi masa je takde, lari pergi kejar exam fever. Hurgh..sekarang tengah exam. Tak sabar nak tunggu 5/5/11 sebab time tu paper last untuk killer paper. Rasa macam nak hooray kuat2 biar orang lain tak leh study. Hahaha keji!


Banyak sangat movie wishlist yang nak tengok. Semua best2. Takpe lah kita sabar ok! Kepada yang rajin jenguk sini but tidak disajikan dengan update terbaru sorry sangat k. I'll update later once all the seksa hv gone! Till then, bye. Much lovah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 25, 2011

Kanser payudara. Bagaimana cara menghalangnya?

Wanita sebenarnya mempunyai reaksi yang berbeza apabila diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan payu dara mereka. Apa yang lebih membimbangkan atau mungkin menjadi trauma dalam hidup, jika wanita itu didiagnosis menghidap barah payu dara.

gambar hiasan. maaf jika agak boleh kurangkan selera makan anda



Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesanan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser. Bagaimanapun pemakanan yang teratur dan sihat memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang sempurna.



Bukan lagi rahsia, melalui pemakanan berasaskan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita. Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi. 





Mereka mendapati pengambilan soya dan begitu juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.




Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati, wanita yang mengambil minuman susu kultur dengan lebih kerap di lihat kurang berpotensi untuk di jangkiti kanser payu dara, walaupun mereka tidak mengambil makanan berasaskan soya dalam jumlah yang banyak.




Kajian itu juga mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS atau lebih dikenali sebagai Strain Shirota) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.




''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan Strain Shirota mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujarnya semasa membentangkan kertas kerja di Simposium Kanser Payu Dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.




Kajian kertas kerja itu mengkaji hubung kait antara pengambilan minuman yang mengandungi Strain Shirota dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara. Bakteria yang dinamakan LcS dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan yang mengambilnya.




Beliau menjelaskan bahawa kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.




''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semula jadi tubuh khususnya aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," tegasnya.




Tegasnya dalam kajian itu, seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.




''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.




''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu berbanding mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.




Dalam pada itu, sebanyak 40 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang menyatakan mereka tidak makan banyak produk soya tetapi minum Yakult empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang minum tiga kali atau kurang seminggu.




''Sebelum ini terdapat kajian yang mendapati pengambilan unsur soya turut memberi pengaruh dalam pengurangan risiko kanser payu dara.



''Penyumbang kepada pengurangan risiko kanser payu dara itu adalah disebabkan oleh pengaruh LcS kepada mikroflora yang terdapat pada usus yang sekali gus menambahbaikan metabolisme pada unsur soya," katanya.


p/s: info ini aku copy sebijik sebuntat daripada sumber

Misha Omar jadi isteri kedua Dato' K

Ingat lagi pada Misha Omar yang popular dengan lagu Bunga-bunga cinta tu tak? Dua tiga hari lepas aku startled tengok status facebook seorang rakan. Katanya dia baru je lepas balik menziarahi keluarga suami Misha Omar di Panji, Pengkalan Chepa. Yes, Misha Omar memang dah kahwin dengan seorang Dato'. Dato' K nama suami dia. Tapi bukan Dato' K Siti Nurhaliza lah. Hehe. Kata sumber lagi, hal ini memang diberitahu sendiri oleh ibu Dato' K itu sendiri.


So, sekarang terjawab sudah persoalan kemana hilangnya Misha Omar semenjak dua menjak ni. Katanya Misha Omar ada bela anak angkat, entah-entah itu anak Dato' K apa? Hehe Wallahualam lah! Kenapa perlu Misha Omar nak nafikan lagi perkara baik ini ya? Atau mungkin sebab takut peminat pandang serong sebab dengar katanya Misha Omar ni isteri kedua Dato' K. Apa pun, tetap tak baik kalau dah kahwin tapi still cakap tak kahwin lagi. Mengaku aje lah Misha oiii...




P/s: waduh2 macam blog gosip artis pulak. Kemain aku ye
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 24, 2011

Kenapa jerawat tumbuh?

Rimas dan tertekan apabila jerawat mulai tumbuh di sekitar wajah.  Keyakinan diri pun mula berkurang. Dah penat mencuba pelbagai jenis produk namun tak berhasil. Mungkin kita perlu selidik apakah punca sebenar jerawat tumbuh. Orang putih cakap better prevent than cure. (eh, macam tak pernah dengar je. hahaha bantai je tu)

DAHI


Jerawat di daerah dahi berpunca dari haba badan yang melampau dan peredaran darah  yang tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Anda juga mungkin sering mengalami stress. Biasanya anda merupakan seorang yang panas baran. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba pupuk tabiat tidur awal, dan bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air dengan banyak.

 

HIDUNG 

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

 

DAGU

Jerawat di kawasan dagu menunjukkan fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

 

PIPI KIRI

Jerawat di pipi kiri tumbuh kerana fungsi hati yang mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

 

PIPI KANAN
Disebabkan oleh fungsi paru-paru yang mungkin tidak normal. (Don't smoke)

 

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Disebabkan oleh sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan diet yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Aku pun memang mengalami masalah jerawat nih. Huh tension sangat! Tapi tak teruk sangat, aku guna Dalacin T untuk hilangkan jerawat yang tumbuh. Alhamdulillah berkesan. Anda semua boleh la kalau nak try. Boleh beli kat mana-mana farmasi, watson atau guardian. 

atau bagi sesiapa yang mempunyai jerawat yang teruk disebabkan resdung, anda boleh cuba Retin-A. Juga boleh didapati di mana-mana farmasi, watson atau guardian.



ok bye! Till then...jumpa lagi

Saturday, April 23, 2011

Diet untuk golongan darah O

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.


 
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. 



Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini. 



Ciri khas golongan darah O:

•Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
•Mudah mengadaptasi berbagai makanan 
•Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
•Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
•Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian 


Menu diet yang dianjurkan

Sarapan
Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek
Teh herba

Makan tengahari
Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek 
Sepotong kuih

Makan Malam
Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

 
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. 

 
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.




Eh, macam samalah dengan program diet biawak Dr. Atkin yang aku pernah try dulu tuh. Memang mantap seminggu turun 4kg. Mungkin sebab aku pun termasuk dalam golongan darah jenis O kot tu yang menjadi. Tapi aku tak kuat, tak tahan godaan. Ish..kalau tahan diet biawak selama 2 bulan komfremm aku dah kurus sekarang. Miahaahahah.. mak tak tahan nokk tak makan nasi!!!

kau nak melantak ayam sekor pun tade hal lah. Asal jangan sentuh nasi

Jom ushar laptop dwiskrin sentuh Acer ICONIA 484G64

Untuk pengetahuan semua, lappy aku memang dah nazak tahap kerbau kena langgar lori. Dengan button ON yang dah tanggal, bila nak on je kena capai skrewdriver atau gunting atau apa-apa je lah yang muncungnya tajam. See, betapa nazaknya lappy aku. Tu tak masuk lagi tang cepat panasnya. Tengah syiok duk menaip thesis or tengok movie korea tetiba je padam. Tak ke hangin satu badan kalau macam tu. huh! Sedih :(

Teringin nak beli lappy baru. Tengah ushar yang nih. Dah ada ke belum ek kat Malaysia?


Sebuah laptop keluaran Acer
Acer ICONIA 484G64




Sedikit info

ACER Sales & Services Sdn Bhd (Acer), mencuri tumpuan pasaran komputer peribadi di negara ini apabila memperkenalkan laptop dwiskrin sesentuh ICONIA 484G64 yang ditunggu penggemar gajet.

Memikirkan masa depan teknologi skrin sentuh, Acer ICONIA 484G64 menawarkan kaedah baru yang mengasyikkan untuk melihat dan berinteraksi dengan video, gambar, laman web serta filem melalui skrin 14 inci tanpa papan kekunci fizikal. 

Ia memberikan pengalaman visual berbeza yang membolehkan ciri multimedia digerakkan mudah dengan jari menerusi teknologi ‘Gesture Editor’. 

Sekiranya pengguna meletakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian bawah skrin, ia akan mengeluarkan papan kekunci maya QWERTY bersaiz penuh.

Satu lagi aplikasi khusus untuk model ini ialah ‘Social Jogger’ yang mana pengguna boleh memeriksa komen dan perkembangan terbaru pada akaun rangkaian sosial mereka sekali imbas serta menggunakan kedua-dua skrin untuk melihat lebih banyak kandungan.

Tambah menarik, ICONIA 484G64 menampillkan keunikan Acer Ring. Dengan hanya meletakkan lima jari ke atas skrin dan membuat pergerakan seperti menggenggam, Acer Ring akan muncul serta membuka aplikasi seperti TouchBrowser, TouchPhoto, TouchMusic dan TouchVideo. 

Melalui aplikasi dan teknologi Acer Ring, pengguna mampu melakukan pergerakan atas skrin untuk zum, memusing, menyelak halaman dan skrol. 

Model terbabit pernah diumumkan sebagai pemenang pertandingan ‘Last Gadget Standing’ yang diadakan ketika Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas awal tahun ini. 


Spesifikasi
 
PRODUK: Acer ICONIA 484G64 
HARGA: RM3,699
PEMPROSESAN: Intel Core i5-480M 2.66 GHz
MEMORI: RAM 4GB DDR
GRAFIK: Intel HD Graphics 128 MB
SKRIN: dwiskrin Dual LED-backlit TFT - 1366 x 768 piksel (2 x 14 inci)
STORAN: 640GB
SAMBUNGAN: 2 x USB,Wi-Fi 802.11 b/g/n, TV output HDMI
JANGKA HAYAT BATERI: 3 jam
SAIZ: 347 x 248.5 x 9-31.9mm
BERAT: 2.8 kg


Sekian berita untuk  hari ini, kita bertemu lagi di hari dan waktu yang sama, esok!

10 Kelebihan Wanita yang Tiada pada Lelaki

1. Wanita semakin tua, semakin cantik


Sebuah kajian menunjukkan bahawa wanita semakin tua, semakin cantik. Sementara itu, lelaki macam biasa je. Menurut kajian terhadap lebih daripada dua ribu orang selama empat dekad, disimpulkan bahawa perempuan berpenampilan menarik memiliki anak 16 peratus lebih banyak daripada mereka yang berpenampilan biasa-biasa saja. Lebih lanjut lagi, ternyata kemungkinan wanita-wanita cantik tersebut memiliki anak perempuan sebagai anak pertama lebih besar 36 peratus dari yang lainnya. (Anda setuju?)



2.  Wanita seringkali selamat dalam kemalangan kereta.


Hal ini menyedihkan, namun begitulah kenyataannya.Berdasarkan penelitian oleh Universiti Carnegie Mellon, di Pittsburgh, Amerika Syarikat, lelaki 77 peratus lebih berisiko meninggal dalam kemalangan kereta jika dibandingkan dengan perempuan. Seharusnya, lelaki harus berterima kasih kepada wanita yang cerewet menyuruhnya mengenakan tali pinggang keledar. (Masih ingat kemalangan yang melibatkan sebuah kren yang menghempap kereta yang mana dalam kereta tersebut ada perempuan mengandung? Perempuan tu selamat walaupun keretanya hancur ranap sama sekali. MIRACLE!)




3. Wanita lebih mudah merasa selesa.


Berdasarkan survey ke atas 2000 orang, ternyata wanita jauh lebih selesa membicarakan masalahnya berbanding lelaki. Sebanyak 53 peratus wanita membicarakan masalahnya pada
teman-teman mereka, sementara
hanya 29 peratus lelaki yang berkongsi masalahnya dengan teman mereka. (Setuju tak?)



4. Wanita lebih tahan tekanan.


Menurut sebuah Biro Statistik Tenaga Kerja, sebanyak 80 peratus orang yang kehilangan pekerjaan, sejak Desember 2007, adalah lelaki. Hal ini kemungkinan disebabkan kerana lapangan pekerjaan yang didominasi lelakilah yang paling keras terkena impak tekanan global. Memang menyakitkan, tetapi mungkin sudah waktunya kaum Adam beralih pekerjaan menjadi jururawat atau guru.



5. Wanita lebih ramai berkelulusan tinggi.


Seperti kita ketahui, wanita lebih banyak terdaftar di pusat-pusat pengajian tinggi berbanding lelaki. Sebuah statistik mengungkapkan bahwa lelaki yang lulus dan mendapatkan gelaran sarjana juga ternyata lebih sedikit daripada wanita. Kebanyakan lelaki ternyata memerlukan waktu lebih dari lima tahun untuk menyelesaikan kuliah mereka. (Hal ini dibuktikan benar, dalam kelas aku hanya terdapat 3 orang lelaki.)



6. Wanita lebih suka makan makanan yang seimbang

Sebuah kajian yang dilakukan keatas 14 ribu orang oleh University of Minnesota,US, menunjukkan bahwa wanita lebih banyak memilih makanan seimbang berbanding lelaki. Ketika lelaki lebih suka makan makanan beku atau fast food seperti daging merah dan pizza, para wanita justeru lebih suka mengambil sejumlah buah dan sayuran dalam pinggan mereka. Namun begitu, ada satu tabiat buruk wanita, mereka tenyata ketagih pada cokelat!!!


7. Ketahanan tubuh wanita lebih kuat.

Tidak hairan bila lelaki berkelakuan seperti seorang bayi ketika diserang selesema. Kenyataannya, wanita memiliki sistem pertahanan tubuh yang lebih kuat berbanding lelaki. Senjata rahsia ketahanan tubuh wanita adalah hormon estrogen di mana lelaki tidak mempunyainya.  Penelitian dari McGill University, Kanada, menunjukkan bahwa estrogen dapat mengatasi enzim yang mengganggu sistem pertahanan tubuh terhadap bakteria dan virus.


8. Wanita berumur lebih panjang.

Di antara populasi dunia, sebanyak 85 peratus orang yang berusia lebih dari 100 tahun adalah wanita.Menurut penelitian New England Centenarian, umumnya wanita hidup lima hingga 10 tahun lebih lama dibanding lelaki. (Ingat pada Wook yang bersuami muda itu?)



9. Wanita dapat menjadi bos yang lebih baik.

Hal ini mungkin mengundang kontroversi. Beberapa ahli dengan yakin dan berpendapat bahwa kaum wanita dapat menjadi bos yang lebih hebat daripada lelaki. Hal ini disebabkan kerana wanita adalah pendengar dan mentor yang lebih baik. Selain itu, wanita juga dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, dan mampu mengerjakan dua hingga tiga pekerjaan sekaligus. Wanita dinilai sebagai penghubung yang lebih baik dibanding lelaki, serta lebih mahir dalam memberikan semangat kepada para pekerja.



10. Perempuan melabur lebih baik.

Penelitian pada 100 ribu portofolio menunjukkan bahwa pelaburan wanita lebih berhasil jika dibandingkan dengan pelaburan lelaki. Perbandingannya adalah 18 peratus dibanding 11 peratus. Hal ini mungkin disebabkan kerana wanita lebih berhati-hati dengan keputusan pelaburannya dan berpikir untuk jangka masa panjang.





No offenses guys!! Chill...

Friday, April 15, 2011

Balik kampung? Hoyeah

Hello hye assalamualikum. Aku sekarang sedang keberadaan di dalam bas menuju ke kampung halaman. Perasaan? Sangat hepi oh. Tapi sedih la jugak sebab kat kampung nanti tak dapat internet. So, tak dapat lah jugak nak update selalu. Bahan dah banyak kat dalam draft. Just tunggu nak olah sikit-sikit je.

Aku ingat sempat buat hari ini, pastu just auto post untuk seminggu. (Wah kental aku). Gila kentang woh aku ketiduran kelamaan kegilaan hari ini. Tunggu je lah aku update banyak-banyak nanti. Oh esok Tomok datang Hotel Renaissance KB, nak pergi oh..haha ok la bye semua! Thanks for reading this. Hidup baik-baik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 14, 2011

Faculty of Education's Corporate Dinner

So, there it is..will be more pictures after this. Let's have this for muqaddimah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tip naikkan trafik blog cara Adahunny. Anda mesti cuba, berbaloi-baloi!

Mungkin ramai yang sudah mencuba cara ini, dan mungkin juga ramai yang belum mengetahui tentang kewujudannya. Eceh, macam suspen je kan. Melalui cara ini, aku berjaya meningkatkan trafik dari 50++ UV ke 100 ++ UV dalam masa sehari. Ya, sehari jerrr!



Seperti sedia maklum, aku masih merangkak dalam dunia blogging, hanya mampu meraih UV dalam lingkungan 50++ dalam sehari. Akan tetapi, 2 hari lepas aku ada ber-blogwalking ke blog jiran-jiran dan terjumpa satu benda menarik. Nak dijadikan cerita, aku pun terjoin benda tu. Agak menarik, selepas sehari aku join, aku berjaya meningkatkan UV dari 50 ++ hingga 100++ dalam sehari. 



Macam mana caranya? Senang je,  masuk SINI. Lepas tu register lah. Tunggu approval dari pihak mereka dan kamu-kamu semua boleh promote entry-entry terbaru dekat sana. Hmm..perasan tak dekat footer aku ada banyak-banyak link cerita menarik tu? Itu lah bendanya. Nanti lepas join, entry yang di promote tu akan di publish dekat blog blogger-blogger lain. Macam tu lah lebih kurang. Nak lebih detail, pergi lah baca sana ya. 



Sharing is caring. Selamat mencuba kepada yang tak tahu akan kewujudan Apesal.com. Kepada yang dah tahu, teruskan ber-blogging sampai muntah. Miahahahaha!



Ok bye! Thanks for reading this. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di petak conteng-conteng kat bawah ni ek. Daa~~ LOVE!



My first attempt using my Blackberry

Hye all! Lama giler rasa tak update blog. Busy teramat sekarang, semua nak kena submit by this week. Oh ye, lusa hari Jumaat aku balik kampung. Bestnya!!! Tak sabar nak jumpa cintahati-cintahati kat kampung. By the way, aku ada banyak story nak update. Sedang mencari waktu lapang. Keep on reading k. I love u all banyak2. Ok bye!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 12, 2011

Virgin Mary tu halal ke?

Virgin Mary

Ermm...First time dengar nama Virgin Mary dalam cerita Pisau Cukur lakonan Fazura dan Maya Karin. Cerita tu kan berkisarkan kisah mereka dalam cruise. Dalam cerita tersebut ada scence di mana Fazura order Virgin Mary pada bartender. Aku terkaku jap. Erk..minuman apa dia mintak tu? Arak ke? Tapi kalau arak takkan lah kot. Mau kena banned cerita tu nanti. 

Bloody Mary


Oh ye Virgin Mary tu sejenis minuman ye kalau ada yang tak tahu. Aku dapat tahu pun melalui en. google ye, jangan ada yang silap paham ingat aku ni suka clubbing pulak. Aiseh..Virgin Mary adalah versi lain bagi Bloody Mary, di mana Virgin Mary merupakan sejenis minuman koktel tanpa alkohol yang terdiri daripada jus tomato, jus lemon dan (google). Manakala, Bloody Mary merupakan sejenis koktel campuran vodka, jus tomato dan (google). 

Barbican. Emm cuba tengok buih minuman ni kat dalam botol. Ada macam beer tak?


So, kesimpulannya Virgin Mary ni is another version of Bloody Mary lah ye? Ermm walaupun tanpa alkohol, halal ke minuman ni? Seperti yang kita tahu minuman tanpa alkohol Barbican pun tak boleh minum. Apatah lagi Virgin Mary. Pulak tu served pun kat bar. Nama pun dah agak Kristian. Hmmm...tepuk dada tanya selera

To you!!! A bestfriend from my childhood



 I don't know why u turned your back off from me. Like seriously! And you never wanna explain a bit to me. What did i do wrong? Can you at least tell me the main course?



We used to laugh and cry together since we were child. We used to share everything. Even the cloth, it doesn't even matter us. You are a boy and I was a girl. It's kinda hurt when you didn't talk to me like before. And the last time we talked, you didn't even stared your eyes on me. Why? Right now, am a bit missing you. Yes. Of course I miss to talk rubbish with you. And I loved the way we laugh out of it.



The biggest mistake was, I shared everything about my life with you.  And I am totally sure that you'll let others know about me. About my secret. About what I've done. Well, thinking of it make me sick. Really sick! 


If you're reading this by any chance. Please...can you tell me what did I do wrong?
Did I wronged you anyhow?


Monday, April 11, 2011

Mak dah bertukar status dari gliterrati kepada ordinary Nuffnang member.Tapi mak tak kesah pon!


Tak ada lah aku nak haru pulak kan, nak melolong tak tentu pasal macam hari yang abe Ben follow blog aku tu. Aku terima seadanya. Dulu aku haru jugak waktu kali pertama bertukar status tu. But now, i don't care anymore. Aku dah tak larat setia ngan Nuffnang terchenta nih. Lambat sangat naik buffer earningnya tuh. Ke sebab korang tak klik eh? Sampai hati korang kan. Sedih!




Weee tak lah. Ni memang aku sengajakan, nak try syarikat iklan baru. Advertlets. Ramai yang mengatakan Advertlets lagi best dari Nuffnang. So, aku cubalah. Derang kata earning cepat je naik. Itu pun kalau ramai yang klik la. Lagi satu ada pihak yang kurang berpuas hati dengan Nuffnang. Katanya Nuffnang tak bagi perhatian sangat pada blogger-blogger yang hidup-segan-mati-takmau macam aku ni. Nuffnang just sayang pada blogger-blogger yang femes je. Betul ke? Ini bukan aku cakap, orang lain cakap tahu. weee..




Papehal pun. U're rock my readers. Keep on supporting me okey. As I said in my previous entry, aku tak harapkan sangat follower ramai. Cuma nak orang selalu baca je apa yang aku tulis, takde lah syok sendiri kan. Ni kalau follower je ramai tapi just masuk time follow je buat pe. Sekarang aku just ada dalam lingkungan 70 readers je sehari. But it's okay, I appreciate that. Thanks sangat2 sebab sudi juga baca blog aku nih. Ok bye sayangness sekalian! MMMuachhxx

Berita baik untuk pasangan yang bakal berkahwin pada 2012!


Itu pun kalau korang mampu lah.

Heh, boleh jadi, manalah tahu ada duit lebihan buat kenduri ke, pakai duit hantaran ke. Jom pergi bulan madu di angkasa lepas. Heuheuheuheu!

Aku serius ni wey. Hotel angkasa lepas pertama akan dilancarkan pada tahun 2012

Ini lah hotelnya
Barcelona: Hotel di ruang angkasa lepas yang selama ini hanya ada dalam cerita fiksyen ilmiah akan benar-benar wujud. Newslite melaporkan, baru-baru ini, hotel angkasa lepas pertama di dunia, Galactic Suite, akan mula beroperasi pada 2012. Meskipun masih dalam tahap pembangunan, hotel ini telah menjadi impian para hartawan berdompet tebal.

Setakat ini seramai 43 orang pelancong angkasa kepas telah menempah bilik untuk hotel stesen ruang angkasa lepas yang berjarak 450 km dari bumi itu. Pelancong angkasa lepas perlu mengeluarkan sejumlah wang sebanyak £2,650,000 [RM15 juta] untuk berlibur di luar angkasa, sekaligus menginap selama empat hari di hotel itu. Di sana, mereka berpeluang melihat matahari terbit 15 kali sehari. 

Lebih menarik lagi mereka dapat melihat perubahan hari siang dan malam di seluruh dunia setiap 80 minit. Mereka juga dibenarkan mengambil foto kenangan pertama di luar angkasa.


Sebuah ruangan di hotel itu direka bentuk untuk para pelancong angkasa lepas merasakan mengapung tanpa graviti. Mereka juga dapat melihat ruang angkasa di dalam ruangan terbesar.
"Kapal pelancong angkasa lepas khusus untuk pelancong akan diluncurkan ke ruang kapal Galactic Suite Spacecraft dengan kelajuan 28 ribu km sejam dalam tempoh sepuluh minit setelah penyalaan roket. Kemudian ia akan melakukan perjalanan ke ruang angkasa lepas," ungkap Seorang jurucakap Galactic Suite di Barcelona, Spanyol.(ULF)



p/s: amacam? ada brann ka

Mari merungut Malaysia bersama matluthfi90



hahaha cekang perut duk gelak kan mamat nih

by the way, he's got the point!!


i love you lah matlutfi..namo hang pon dah macam nama pak mentuo aku dah. heuheuheu

:)enjoy:)

Cool! kalaulah aku kaya macam Donald Thrumph

Aku akan beli rumah ini sebab ianya sangat cool. Ada 27 tingkat semuanya, ada garaj yang memuatkan 150 buah kereta dan harganya US$ 2 Billion. Anda rasa rumah ini cool tak? Boleh buat pejabat kat tingkat 10, shopping mall kat tingkat 15. Heuheuheu angan-angan mak mandir!



Info: Mukesh Ambani yang merupkan billionair dari India adalah tuan punya rumah ini.

Sunday, April 10, 2011

Heh, kerajaan! Tolonglah diskriminasikan puak-puak tak bertamadun tuh.


Siapa puak-puak tuh?
Oh yeah...mestilah puak-puak *batak*  GAY, MAKNYAH, LESBIAN, PENGKID dan sama waktu dengannya tuh.

Yowww! Abe Amani kita

Awwww!...ustaz amirul tewww


Haih..benci betul tengok kaum-kaum depa tuh. Makin mendapat sambutan plak kat Mesia nih. Tengok laa siap ada pertandingan Miss Malaysia Pahang lagi tu. Ore kelate kato 'beci ngelih weh, wat srabut mato jah'. Maksudnya 'tak suka tengok sangat aih, wat penat mata je'. Teror tak teror tak aku translate!



I really can't tolerate with these people. Annoying gila kot. Mesti ramai kaum-kaum tu tak puas hati dengan aku satgi nih. Ah lantak la, ada mak kesah? hahaha cakap pun dah ghupe deme tuh.  Ish..buang2!



Plus, aku ada sebab kenapa aku benci sangat-sangat dengan kaum tuh terutamanya GAY. Ahh peliss...aku ada musuh yang merupakan seorang gay okeh. Dah, tanak cerita panjang-panjang pasal tuh. Dah lama berlalu. Tapi sekarang aku nak highlight kat pengkid dan maknyah. Pasal gay dan lesbian ni kita tak nampak secara fizikal ataupun luaran mereka. Boleh jadi, seseorang itu bergaya seperti lelaki hot, walhal sebenarnya dia adalah seorang gay. Dan boleh jadi jugak seseorang tu bergaya sopan, pakai tudung jugak tapi the truth is dia seorang lesbian. Aaaa aku pernah jumpa tahu. 



Lain kisahnya dengan maknyah dengan pengkid nih. Memang terang-terang kita boleh cam mereka melalui fizikal. Haa ni yang buat aku serabut biji mata nih.  Persoalan yang sering bermain dibenak fikiran aku, kenapa kerajaan tak diskriminasikan saja golongan tersebut? Dah sah-sah menyalahi agama kan? Kenapa? Kenapa? Kenapa?



Aku tengok ramai je nyah dapat kerja sebagai cashier, kat KFC, cikgu pun ramai. Merosakkan bakal profesion aku saja. Kenapa kerajaan sokong mereka dengan memberikan mereka peluana pekerjaan eh?. Cuba jangan bagi kerja kat derang, aku rasa tak ramai yang memilih untuk jadi seperti golongan tersebut. Cuba pulak kalau kerajaan tetapkan golongan maknyah atau pengkid ni tak leh masuk belajar universiti. Mesti ramai yang tak sanggup nak jadi nyah atau pengkid ni kan? Ini tidak, kat universiti aku lah contohnya, ramai gila geng-geng nyah. Selalu juga jumpa derang. Siap ada kelab derang lagi tahu. Aaa ponin palo den mikio nya. Tak kurang juga ngan pengkid, selalu nampak bila naik bas sama-sama nak pergi ke kelas. Ermm..maybe masa derang apply form nak masuk U, pihak U tak dapat trace sama ada mereka ni straight atau pun pengkid atau nyah. Susah juga tu. Tapi tak jadi hal, pihak U boleh amik tindakan lepas derang masuk belajar kan? Contohnya suh pak gad saman ke.. bernas tak idea aku? Rasa macam aku sendiri je yang nak pergi saman derang. Kalaulah aku ni mak gad, dah lama aku buat. Miahahahahahah



Maybe ramai yang akan cakap. "Heh, biaq pi kat depa la nak jadi apa pun. Ada susah kat hang? Kubuq len-len."  Dah tu, memang kubur lain-lain. Satgi depa mati sapa yang kapan dan mandikan derang? Takkan derang sendiri kot. Sapa yang kena usung jenazah depa bawak pi kubuq? Takkan depa jalan sendiri kot? Mustahil kan..So, fikir-fikirkan lah. Kita semua sedara seIslam. Kalau Allah nak turun bala, bukan setakat depa je kena, kita semua pun pasti kena tempias jugak. Ya dop kome-kome semua? Ate..moh le kite pakat-pakat banteras golongan mereka. 


p/s: entry yang merojakkan bahasa kedah+kelate+Negeri9+perak sikit-sikit.

Semoga entry ini dapat bagi manfaat bila aku sudah tiada

Tadi aku pergi jenjalan kat blog-blog otai, sekali terpandang tajuk blog sapa entah aku  lupa.*tak klik pun, tengok tajuk je*hehe. Dia cakap nak buat entry tu atleast biarlah dapat bagi manfaat kat kita bila dah mati esok-esok. Maksudnya jangan sekadar bercerita tentang hal-hal duniawi semata-mata. Sekali sekala ajak lah orang berbuat kebaikan juga. Pahala pun dapat. Kita ni sebagai manusia biasa yang sentiasa alpa, senang je dapat dosa, nak dapat pahala pun laaagi senang. 


So, hari ni aku nak cakap pasal zikir dan sabar dapat bantu manusia hindari masalah. Artikel ini aku just control C dan control V je. Tapi aku akan kreditkan empunya artikelnya. Jangan risau, aku blogger berhemah ;p


DALAM menempuh kehidupan, manusia tidak dapat lari daripada masalah. Bukan sekadar masalah kewangan atau rumah tangga, malah ada antara kita menderita sakit akibat masalah kesihatan atau terbabit dalam kecelakaan.


Namun, jangan kita sesekali merungut dengan kesakitan atau masalah dihadapi kerana setiap yang terjadi mempunyai seribu hikmah selain menunjukkan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.



Bagaimanapun, dalam mencari hikmah di dalam setiap masalah yang kita hadapi, menjadi fitrah manusia yang tidak akan sesekali mampu mencungkilnya.



Sebaliknya, kita disunatkan untuk lebih banyak berzikir dan menghindarkan diri daripada menjadi marah atas musibah yang menimpa dan bersabar atas segala yang terjadi.



Firman Allah bermaksud: “Berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk dan patuh, iaitu mereka apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka dan sabar atas ujian yang telah menimpa mereka.” (surah Al-Haj, ayat 34 dan 35) Malah, baginda Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan bahawasanya: “Sesungguhnya di dalam setiap bala itu ada rahmat.” Hakikatnya, sakit adalah ujian Allah kepada hamba-Nya, malah ujian itu mempunyai maksud penting. Bagi mereka yang mampu menyelami maksud tersirat, sudah tentu akan mengaut pengajaran daripada setiap takdir yang ditentukan.



Malah, menghadapi kesakitan dan kesengsaraan dengan sabar dan tabah menjadikan ujian yang diturunkan itu sebagai penghapus dosa.



Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya orang soleh itu ditimpakan kesusahan ke atas mereka dengan lebih berat dan sesungguhnya seseorang mukmin itu tidaklah ditimpa kesusahan daripada cucukan duri, malah apa yang lebih besar daripada itu melainkan digugurkan daripadanya kesalahan dan ditinggikan untuknya satu darjat.” Golongan yang bersabar ketika sakit akan dikurniakan pahala kesabaran yang tidak mungkin dinikmati oleh orang yang sentiasa sihat dan jika orang itu tidak berdosa, kesabaran itu akan meningkatkan darjat atau pangkatnya di akhirat.



Kesakitan dan kesengsaraan dapat menyemai rasa kehambaan terhadap Allah. Mereka yang banyak melakukan dosa tetapi sentiasa dibelenggu rasa kehambaan adalah lebih baik daripada manusia yang banyak beribadah tetapi amalan diiringi riak dan kesombongan.



Sakit yang ditimpa ke atas manusia menyebabkan seseorang mengingati Allah apabila mereka kembali berdoa dan berharap serta menyerah diri kepada pencipta-Nya. Apabila mereka reda dengan sakit yang diturunkan Allah, ia dicatat sebagai ibadah.



Sesetengah manusia yang sakit pula akan berasa insaf kekurangan pada dirinya dan dengan keinsafan itu, mereka akan menyedari bahawa sakit berkenaan mungkin disebabkan dosa dilakukan.



Keinsafan yang lahir ketika sakit adalah satu rahmat untuknya dan jika ditakdirkan seseorang mati ketika itu, insya-Alla, kematiannya dalam keadaan baik.



p/s: Semoga kita semua sentiasa diberkati ALLAH hendaknya.