Nuffnang

Saturday, April 09, 2011

Peringatan kepada yang suka makan telur, jangan sampai tertelan telur tiruan sudah lah ye!

Telur tiruan Vs. telur original

Woh pissed off gila oh. Ada telur tiruan pulak dah. Negara China memang kreatif teramat lorh. Syurga barang amitate. Bukan setakat handbag LV je derang boleh tiru, telur ayam pon boleh jugak weh. Telur tiruan tersebut mungkin dah masuk negara kita. Nasib baik aku jenis tak makan telur sangat. Kepada sesapa yang memang gemar sangat makan telur tuh u better watch out now. Mana tahu kot2 dah tertelan telur palsu tuh. Paling ter-pissed-off gila, derang buat telur tu dari bahan kimia weh. Bahaya woo..Nak tambah protein alih2 tertambah bahan kimia pulak. Beware okeh guys!



Terfikir juga macam mana derang buat telur ni. Rupa-rupanya...

1.Derang guna 7 jenis campuran bahan kimia



2. Telur mentah di masukkan ke dalam bekas kemudian dicampur dengan kalsium klorida dan pewarna



3. Telur kuning yang palsu dituang ke dalam acuan



4. Kemudian acuan bersama kuning telur direndam dalam kalsium karbonat



5. Untuk bentukkan kulit telur, so-called telur tu kemudiannya direndam dalam parafin, lalu dibiarkan kering



6. Tadaaa...really looks alike. Tak dapat beza pun mana yang ori and mana yang tipu



Gulpppp...goreng pon sodappppp!. haaha




So, langkah terbaik untuk mengelakkan anda dari termakan bahan kimia instead of protein adalah tilik betul2 telur yang nak di beli tu. Lantak lah apa orang cakap bila kau duk bersila atas lantai TESCO duk belek telur . Haha. Yang penting kau selamat. Betul tak? Sebab mana tahu derang campur-campur kan ke telur asli dengan tiruan dalam satu dozen telur tuh. Tak mustahil. Aish..seram pulak aku bila terfikirkan benda nih. Ni dia perbezaan telur asli dengan telur tiruan.



p/s: ada laporan mengatakan telur tiruan lagi yummy dari yang original. Amacam? Ada berani nak try?

No comments: