Nuffnang

Saturday, April 23, 2011

10 Kelebihan Wanita yang Tiada pada Lelaki

1. Wanita semakin tua, semakin cantik


Sebuah kajian menunjukkan bahawa wanita semakin tua, semakin cantik. Sementara itu, lelaki macam biasa je. Menurut kajian terhadap lebih daripada dua ribu orang selama empat dekad, disimpulkan bahawa perempuan berpenampilan menarik memiliki anak 16 peratus lebih banyak daripada mereka yang berpenampilan biasa-biasa saja. Lebih lanjut lagi, ternyata kemungkinan wanita-wanita cantik tersebut memiliki anak perempuan sebagai anak pertama lebih besar 36 peratus dari yang lainnya. (Anda setuju?)



2.  Wanita seringkali selamat dalam kemalangan kereta.


Hal ini menyedihkan, namun begitulah kenyataannya.Berdasarkan penelitian oleh Universiti Carnegie Mellon, di Pittsburgh, Amerika Syarikat, lelaki 77 peratus lebih berisiko meninggal dalam kemalangan kereta jika dibandingkan dengan perempuan. Seharusnya, lelaki harus berterima kasih kepada wanita yang cerewet menyuruhnya mengenakan tali pinggang keledar. (Masih ingat kemalangan yang melibatkan sebuah kren yang menghempap kereta yang mana dalam kereta tersebut ada perempuan mengandung? Perempuan tu selamat walaupun keretanya hancur ranap sama sekali. MIRACLE!)




3. Wanita lebih mudah merasa selesa.


Berdasarkan survey ke atas 2000 orang, ternyata wanita jauh lebih selesa membicarakan masalahnya berbanding lelaki. Sebanyak 53 peratus wanita membicarakan masalahnya pada
teman-teman mereka, sementara
hanya 29 peratus lelaki yang berkongsi masalahnya dengan teman mereka. (Setuju tak?)



4. Wanita lebih tahan tekanan.


Menurut sebuah Biro Statistik Tenaga Kerja, sebanyak 80 peratus orang yang kehilangan pekerjaan, sejak Desember 2007, adalah lelaki. Hal ini kemungkinan disebabkan kerana lapangan pekerjaan yang didominasi lelakilah yang paling keras terkena impak tekanan global. Memang menyakitkan, tetapi mungkin sudah waktunya kaum Adam beralih pekerjaan menjadi jururawat atau guru.



5. Wanita lebih ramai berkelulusan tinggi.


Seperti kita ketahui, wanita lebih banyak terdaftar di pusat-pusat pengajian tinggi berbanding lelaki. Sebuah statistik mengungkapkan bahwa lelaki yang lulus dan mendapatkan gelaran sarjana juga ternyata lebih sedikit daripada wanita. Kebanyakan lelaki ternyata memerlukan waktu lebih dari lima tahun untuk menyelesaikan kuliah mereka. (Hal ini dibuktikan benar, dalam kelas aku hanya terdapat 3 orang lelaki.)



6. Wanita lebih suka makan makanan yang seimbang

Sebuah kajian yang dilakukan keatas 14 ribu orang oleh University of Minnesota,US, menunjukkan bahwa wanita lebih banyak memilih makanan seimbang berbanding lelaki. Ketika lelaki lebih suka makan makanan beku atau fast food seperti daging merah dan pizza, para wanita justeru lebih suka mengambil sejumlah buah dan sayuran dalam pinggan mereka. Namun begitu, ada satu tabiat buruk wanita, mereka tenyata ketagih pada cokelat!!!


7. Ketahanan tubuh wanita lebih kuat.

Tidak hairan bila lelaki berkelakuan seperti seorang bayi ketika diserang selesema. Kenyataannya, wanita memiliki sistem pertahanan tubuh yang lebih kuat berbanding lelaki. Senjata rahsia ketahanan tubuh wanita adalah hormon estrogen di mana lelaki tidak mempunyainya.  Penelitian dari McGill University, Kanada, menunjukkan bahwa estrogen dapat mengatasi enzim yang mengganggu sistem pertahanan tubuh terhadap bakteria dan virus.


8. Wanita berumur lebih panjang.

Di antara populasi dunia, sebanyak 85 peratus orang yang berusia lebih dari 100 tahun adalah wanita.Menurut penelitian New England Centenarian, umumnya wanita hidup lima hingga 10 tahun lebih lama dibanding lelaki. (Ingat pada Wook yang bersuami muda itu?)



9. Wanita dapat menjadi bos yang lebih baik.

Hal ini mungkin mengundang kontroversi. Beberapa ahli dengan yakin dan berpendapat bahwa kaum wanita dapat menjadi bos yang lebih hebat daripada lelaki. Hal ini disebabkan kerana wanita adalah pendengar dan mentor yang lebih baik. Selain itu, wanita juga dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, dan mampu mengerjakan dua hingga tiga pekerjaan sekaligus. Wanita dinilai sebagai penghubung yang lebih baik dibanding lelaki, serta lebih mahir dalam memberikan semangat kepada para pekerja.



10. Perempuan melabur lebih baik.

Penelitian pada 100 ribu portofolio menunjukkan bahwa pelaburan wanita lebih berhasil jika dibandingkan dengan pelaburan lelaki. Perbandingannya adalah 18 peratus dibanding 11 peratus. Hal ini mungkin disebabkan kerana wanita lebih berhati-hati dengan keputusan pelaburannya dan berpikir untuk jangka masa panjang.





No offenses guys!! Chill...

No comments: