Nuffnang

Saturday, April 09, 2011

Betulke orang yang guna berus gigi elektrik adalah seorang pemalas?




berus gigi elektrik Oral-B


Kebersihan gigi sangat penting bagi aku. Aku paling tak suka bila gigi aku ada plak. Bercakap soal berus gigi, aku pilih berus gigi elektrik sebab aku rasa gigi aku lebih bersih lepas tonyoh dengan benda alah ni. Tapi idok le aku guna brand Oral-B tu, aku guna colgate jewww! RM20+ jeww. Oral-B punya makan ratus, manalah aku mampu. 



Masalahnya, ramai yang cakap aku pemalas bila tengok aku gosok gigi pakai berus gigi tu. Aku macam tak faham lah kenapa derang boleh kaitkan gosok gigi pakai berus elektrik dengan pemalas. Adakah sebab orang itu adalah aku? Ok fine, aku memang pemalas but certain thing ada jugak aku rajin weh. Korang ni.....



Penat aku terangkan kat derang yang aku rasa gigi aku well cleaned bila pakai berus tu.  Compared dengan berus biasa memang jauh beza. Aku, kalau pakai berus biasa, lepas gosok banyak-banyak kali pun still boleh rasa plak dekat gigi geraham bongsu. Kepala berus tu kan besar, jadi dia memang takkan dapat nak cuci gigi-gigi yang belah belakang tu. 

cer teka ni gigi siapa. Yang pastinya bukan gigi aku. hahaha

So, kepada yang ada masalah gigi banyak plak tu boleh la cuba ya. 


You might not want to end up like 


this
-
-
-
-
-
-
-
-


eeeeeewwwwwyyyyyyyyyyyywwww!!!


cuma satu je lah yang leceh pakai berus gigi elektrik nih. Tiap-tiap 2 or 3 minggu sekali kena tukar bateri. Miahahahahaah


rilek sat : Korang sebut TEKNOLOGI macam mana? bunyi hujung tu dengan sebutan 'ji' atau 'gi'? Kalau korang sebut dengan sebutan 'ji'.  Cuba korang sebut ayat ni " Bangun pagi, gosok gigi". Do u get me?..Well done if u get..hahaha


3 comments:

Cik Cempaka said...

Betul tu...lagi satu ...tangan pun tak lenguh nak memberus lama-lama...=D

Adahunny said...

betul3... :)(:

ozie said...

lepas berus gigi boleh berus bibir ala2 scrub :)