*ayoyoyo..hope none of my relatives read this*
Please don't tell my parents
1. Adahunny suka stay up sampai lewat malam. Kadang-kadang sampai tak tidur. Lantas Adahunny bertukar menjadi musang tiada janggut yang menjadikan siang hari sebagai masa untuk berhibernasi. Kenapa suka stay up? Sebab konnonnya nak siapkan assignment tapi hakikatnya beliau leka dengan dunia maya.
2. Kelas yang bermula pada pukul 12 p.m menjadikan Adahunny rasa tidur sangat best sampai sengaja tidak mahu membangunkan diri untuk ke kelas. Ya, sungguh pelik kelakuan itu kerana biasanya teman-temannya suka ponteng kelas pukul 8 a.m :)
3. Adahunny punya ramai teman yang baik hati yang sudi meniru tanda tangannya jika beliau tidak hadir ke kelas. Lantas Adahunny merasakan beliau tidak perlu menghadiri kelas tersebut. *macham harem tak?*
4. Adahunny memang seorang yang sangat pemalas untuk menuggu bas ke kelas lantas menjadikannya sebagai salah satu alasan untuk ponteng.
5. Adahunny selalu bajet untuk siapkan assignment pada waktu sepatutnya beliau ke kelas, padahal habis segala blog gosip artis Malaysia beliau khatam.
Persoalannya disini: Blokehkah Adahunny menjadi seorang Pelajar cemerlang jika sikapnya masih berterusan begini? Lu pikirlah sendiri.....
No comments:
Post a Comment