Nuffnang

Saturday, April 23, 2011

Diet untuk golongan darah O

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.


 
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. 



Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini. 



Ciri khas golongan darah O:

•Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
•Mudah mengadaptasi berbagai makanan 
•Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
•Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
•Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian 


Menu diet yang dianjurkan

Sarapan
Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek
Teh herba

Makan tengahari
Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek 
Sepotong kuih

Makan Malam
Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

 
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. 

 
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.




Eh, macam samalah dengan program diet biawak Dr. Atkin yang aku pernah try dulu tuh. Memang mantap seminggu turun 4kg. Mungkin sebab aku pun termasuk dalam golongan darah jenis O kot tu yang menjadi. Tapi aku tak kuat, tak tahan godaan. Ish..kalau tahan diet biawak selama 2 bulan komfremm aku dah kurus sekarang. Miahaahahah.. mak tak tahan nokk tak makan nasi!!!

kau nak melantak ayam sekor pun tade hal lah. Asal jangan sentuh nasi

No comments: