Nuffnang

Monday, April 11, 2011

Berita baik untuk pasangan yang bakal berkahwin pada 2012!


Itu pun kalau korang mampu lah.

Heh, boleh jadi, manalah tahu ada duit lebihan buat kenduri ke, pakai duit hantaran ke. Jom pergi bulan madu di angkasa lepas. Heuheuheuheu!

Aku serius ni wey. Hotel angkasa lepas pertama akan dilancarkan pada tahun 2012

Ini lah hotelnya
Barcelona: Hotel di ruang angkasa lepas yang selama ini hanya ada dalam cerita fiksyen ilmiah akan benar-benar wujud. Newslite melaporkan, baru-baru ini, hotel angkasa lepas pertama di dunia, Galactic Suite, akan mula beroperasi pada 2012. Meskipun masih dalam tahap pembangunan, hotel ini telah menjadi impian para hartawan berdompet tebal.

Setakat ini seramai 43 orang pelancong angkasa kepas telah menempah bilik untuk hotel stesen ruang angkasa lepas yang berjarak 450 km dari bumi itu. Pelancong angkasa lepas perlu mengeluarkan sejumlah wang sebanyak £2,650,000 [RM15 juta] untuk berlibur di luar angkasa, sekaligus menginap selama empat hari di hotel itu. Di sana, mereka berpeluang melihat matahari terbit 15 kali sehari. 

Lebih menarik lagi mereka dapat melihat perubahan hari siang dan malam di seluruh dunia setiap 80 minit. Mereka juga dibenarkan mengambil foto kenangan pertama di luar angkasa.


Sebuah ruangan di hotel itu direka bentuk untuk para pelancong angkasa lepas merasakan mengapung tanpa graviti. Mereka juga dapat melihat ruang angkasa di dalam ruangan terbesar.
"Kapal pelancong angkasa lepas khusus untuk pelancong akan diluncurkan ke ruang kapal Galactic Suite Spacecraft dengan kelajuan 28 ribu km sejam dalam tempoh sepuluh minit setelah penyalaan roket. Kemudian ia akan melakukan perjalanan ke ruang angkasa lepas," ungkap Seorang jurucakap Galactic Suite di Barcelona, Spanyol.(ULF)



p/s: amacam? ada brann ka

2 comments:

Fatimah Ali said...

nak kawin cepat2 lah macam ni.

Adahunny said...

yes..cepat kawen jom kita buat rombongan pergi sane..hehe