Tadi aku pergi jenjalan kat blog-blog otai, sekali terpandang tajuk blog sapa entah aku lupa.*tak klik pun, tengok tajuk je*hehe. Dia cakap nak buat entry tu atleast biarlah dapat bagi manfaat kat kita bila dah mati esok-esok. Maksudnya jangan sekadar bercerita tentang hal-hal duniawi semata-mata. Sekali sekala ajak lah orang berbuat kebaikan juga. Pahala pun dapat. Kita ni sebagai manusia biasa yang sentiasa alpa, senang je dapat dosa, nak dapat pahala pun laaagi senang.
So, hari ni aku nak cakap pasal zikir dan sabar dapat bantu manusia hindari masalah. Artikel ini aku just control C dan control V je. Tapi aku akan kreditkan empunya artikelnya. Jangan risau, aku blogger berhemah ;p
DALAM menempuh kehidupan, manusia tidak dapat lari daripada masalah. Bukan sekadar masalah kewangan atau rumah tangga, malah ada antara kita menderita sakit akibat masalah kesihatan atau terbabit dalam kecelakaan.
Namun, jangan kita sesekali merungut dengan kesakitan atau masalah dihadapi kerana setiap yang terjadi mempunyai seribu hikmah selain menunjukkan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.
Bagaimanapun, dalam mencari hikmah di dalam setiap masalah yang kita hadapi, menjadi fitrah manusia yang tidak akan sesekali mampu mencungkilnya.
Sebaliknya, kita disunatkan untuk lebih banyak berzikir dan menghindarkan diri daripada menjadi marah atas musibah yang menimpa dan bersabar atas segala yang terjadi.
Firman Allah bermaksud: “Berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk dan patuh, iaitu mereka apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka dan sabar atas ujian yang telah menimpa mereka.” (surah Al-Haj, ayat 34 dan 35) Malah, baginda Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan bahawasanya: “Sesungguhnya di dalam setiap bala itu ada rahmat.” Hakikatnya, sakit adalah ujian Allah kepada hamba-Nya, malah ujian itu mempunyai maksud penting. Bagi mereka yang mampu menyelami maksud tersirat, sudah tentu akan mengaut pengajaran daripada setiap takdir yang ditentukan.
Malah, menghadapi kesakitan dan kesengsaraan dengan sabar dan tabah menjadikan ujian yang diturunkan itu sebagai penghapus dosa.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya orang soleh itu ditimpakan kesusahan ke atas mereka dengan lebih berat dan sesungguhnya seseorang mukmin itu tidaklah ditimpa kesusahan daripada cucukan duri, malah apa yang lebih besar daripada itu melainkan digugurkan daripadanya kesalahan dan ditinggikan untuknya satu darjat.” Golongan yang bersabar ketika sakit akan dikurniakan pahala kesabaran yang tidak mungkin dinikmati oleh orang yang sentiasa sihat dan jika orang itu tidak berdosa, kesabaran itu akan meningkatkan darjat atau pangkatnya di akhirat.
Kesakitan dan kesengsaraan dapat menyemai rasa kehambaan terhadap Allah. Mereka yang banyak melakukan dosa tetapi sentiasa dibelenggu rasa kehambaan adalah lebih baik daripada manusia yang banyak beribadah tetapi amalan diiringi riak dan kesombongan.
Sakit yang ditimpa ke atas manusia menyebabkan seseorang mengingati Allah apabila mereka kembali berdoa dan berharap serta menyerah diri kepada pencipta-Nya. Apabila mereka reda dengan sakit yang diturunkan Allah, ia dicatat sebagai ibadah.
Sesetengah manusia yang sakit pula akan berasa insaf kekurangan pada dirinya dan dengan keinsafan itu, mereka akan menyedari bahawa sakit berkenaan mungkin disebabkan dosa dilakukan.
Keinsafan yang lahir ketika sakit adalah satu rahmat untuknya dan jika ditakdirkan seseorang mati ketika itu, insya-Alla, kematiannya dalam keadaan baik.
p/s: Semoga kita semua sentiasa diberkati ALLAH hendaknya.
No comments:
Post a Comment