Nuffnang

Friday, November 07, 2014

[Part 1] Manipulasi Emas: Jual Beli atau Pelaburan?

      Sejak kebelakangan ini kecoh tentang manipulasi emas dalam kalangan manipulator-manipulator emas Melayu di Malaysia. Sebut sahaja nama-nama seperti Tok Belagak, ARBA, Muslim Abdullah..and all those jerung-jerung emas mesti ramai yang mengenalinya. Mereka yang saya sebutkan tadi merupakan pemilik syarikat-syarikat gergasi emas di mana 100% dimiliki oleh orang Melayu Islam. Lepas kenal dunia emas ni baru saya tahu kat Malaysia kita ini rupanya ramai orang MELAYU yang kaya raya. Cuma mereka kurang 'expose'kan diri je. Dan untuk pengetahuan semua rata-rata yang join bisnes manipulasi emas ini adalah anak-anak muda. Ada yang baru mula kerja, even ada yang masih bergelar pelajar universiti. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah Ta'ala mengenali dunia emas yang betul-betul mengubah hidup saya dan suami. Alhamdulillah! Jual beli yang dijalankan bergiat aktif melalui Facebook di mana semua penjual dan pembeli berkumpul dalam satu page utama iaitu Jom Emas (JE)


bisjut? 

     Sedikit pencerahan, manipulasi emas yang dijalankan hanyalah melibatkan proses JUAL BELI EMAS sahaja. Langsung tiada kena mengena dengan mana-mana PELABURAN EMAS. Ramai yang masih tidak dapat membezakan antara jual beli dan pelaburan. Selidik dulu dalam-dalam bagaimana proses manipulasi ni baru anda akan dapat gambaran bagaimana anda boleh jana pendapatan sampingan yang lumayan melalui teknik ini. Jangan melulu je cakap ini semua pelaburan, skim cepat kaya dan macam-macam lagi. Bagi saya itu semua cuma alasan orang yang tidak mahu berganjak dari kedudukan yang mungkin sudah dianggap selesa. Manipulasi emas ini juga langsung tak sama macam bisnes Multilevel Marketing (MLM). Tak perlu nak merayu pada orang untuk sertai bisnes. Konsep dia mudah je, siapa yang ada modal dan berani tanggung risiko boleh terus start! Kenapa perlu berani tanggung risiko? Macam tak best je dengar. Well apa-apa perniagaan pun semua terdedah kepada risiko. Sama juga dengan jual beli emas, macam-macam risiko ada sebab harga emas di pasaran bukannya statik. Harga berubah setiap hari, mungkin ada hari untung besar ada hari rugi sikit. Semua ni memang asam garam dalam perniagaan. Asasnya anda beli emas dengan harga sekian-sekian dan jual balik dengan harga sekian-sekian. BUKAN skim ponzi, deposit wang haram atau skim-skim cepat kaya. 

KATA KUNCI

TB- Tempahan berdiskaun
GB- Gold Bar
ETA- Estimated Time Arrival
DEPB- Darul Emas Perak Berhad
KB- Kazanah Bangsa
KJ- Kira Jadi

       DEPB (dimiliki oleh Tok Belagak), KB (dimiliki oleh Dato' Seri KB) dan KJ Gold (dimiliki oleh Muslim Abdullah) merupakan antara syarikat besar yang sedang rancak mengelola program-program manipulasi emas. Ada banyak lagi syarikat lain selain daripada syarikat-syarikat yang saya sebutkan namun ketiga-tiga syarikat ini merupakan syarikat yang berani saya senarai pendekkan sebagai syarikat 'trusted'. Setiap syarikat pula mempunyai beratus-ratus ejen/dealer/wakalah/rania/zara yang berdaftar.Ejen-ejen ini menjadi pengantara bagi pelanggan dan syarikat dalam urusan jual beli yang dijalankan. Difahamkan ejen-ejen berdaftar ini bukan calang-calang orang. Mereka mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarikat. Syarat utama adalah mereka mesti mendaftar syarikat SDN BHD. Selain itu, mereka haruslah mempunyai stok emas 1 kilogram sebagai cagaran kepada syarikat dan wajib mempunyai tunai yang setara nilainya dengan 1 kilogram emas (lebih dari RM100,00) sebagai stok penimbal.  Di bawah ejen pula biasanya ada lagi sub-ejen/rakan niaga yang bekerja untuk syarikat-syarikat ejen. Bagi anda yang  ingin mula berjinak-jinak untuk menyertai mana-mana program emas, mencari ejen yang 'trusted' adalah agenda yang paling penting! Ejen-ejen berdaftar biasanya akan dikenali melalui logo yang dipakai pada gambar profil Facebook masing-masing. Saya, Alhamdulillah sudah mempunyai beberapa ejen 'trusted' dari ketiga-tiga syarikat tersebut. Selesa bekerjasama dengan mereka dan In Sha Allah akan terus berurusniaga dengan mereka lagi pada masa akan datang.


Logo Kazanah Bangsa
               
Logo KiraJadi Gold
                          

       Setiap syarikat mempunyai produk-produk mereka sendiri. Produk yang dimaksudkan adalah program-program manipulasi emas yang  direka oleh manipulator syarikat dan diberikan nama-nama tertentu yang begitu unik. Bagi individu yang telah menceburkan diri dalam perniagaan ini mesti tidak asing lagi dengan program-program seperti Tempahan Berdiskaun, Pisang Manis, Pisang Kembar, Pilot Terlampau, KJO 4, KJO 6 dan banyak lagi. Maklumat tentang program-program 'trusted' yang saya sertai akan saya tulis pada entry akan datang. Setiap bulan, pasti ada sahaja program-program baru dilancarkan oleh syarikat. Biasanya belum sampai sebulan program dibuka, kuota sudah penuh. Setiap program dibuka dalam kuantiti yang terhad mengikut kuota yang ditentukan samada oleh syarikat atau ejen-ejen. Bagi 'Beginner' atau 'Newbie' anda dinasihatkan untuk membuat kajian secara mendalam terlebih dahulu tentang sesuatu program sebelum mengambil keputusan untuk membuat urusan jual beli. Anda juga mestilah mendapatkan pengesahan tentang kebolehpercayaan seseorang ejen/sub-ejen sebelum anda memulakan urusniaga dengan mereka. Untuk mendapatkan pengesahan samada seseorang ejen/sub-ejen itu 'trusted' atau tidak anda boleh simply bertanya pada ahli-ahli dalam JE. In Sha Allah mereka akan terus beri feedback. 

      Jika anda takut untuk mengambil risiko untuk menyertai urusan jual beli dalam mana-mana program anda boleh mengelola sendiri manipulasi emas anda melalui pelbagai teknik manipulasi. Antara teknik yang basic dalam urusniaga emas adalah pembelian secara ETA kemudian anda jualkan pada harga semasa menurut harga yang dipaparkan oleh supplier emas terbesar di Malaysia iaitu MKS. Sekiranya anda tiada masa untuk mencari pembeli emas anda, anda bolehlah menyertai mana-mana kumpulan yang menjalankan ETA 'Autorestock' yang diketuai oleh seseorang individu. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang  masa dan mana nak cari pembeli emas anda kerana semua urusan jual beli akan diuruskan oleh ketua kumpulan tersebut.  Bagi anda yang ingin menggandakan emas pula bolehlah menjalankan sendiri teknik 'compunding'. Bagaimana pula dengan teknik 'bai't al-wafa' atau pun ar-rahnu? In sha Allah saya akan tulis semua teknik-teknik manipulasi yang saya tahu dalam entri akan datang. 

      Kesimpulannya, manipulasi emas. Jual beli atau pelaburan ya tuan-tuan dan puan-puan? Renung-renungkan dan anda tentukan sendiri. Sekian sahaja untuk kali ini. Till then....Salam!!!


Disclaimer: Saya masih lagi baru dan sedang belajar lagi tentang dunia emas. Kalau ada info yang saya sampaikan ini salah sila betulkan. :)

No comments: