Nuffnang

Saturday, April 17, 2010

=( Kini Giliran Achik Spin Pula Meninggalkan Kita



Masih ingat dengan lagu 'Resipi Berkasih', 'Memori Berkasih' 'Mainan Cinta' dan banyak lagi. Lagi lagi lagu duet beliau bersama Siti Nurdiana. Mesti ramai yang suka. Betul tak? Mungkin ramai yang sudah maklum tentang perkara ini. Sebab tadi ada disiarkan di TV3 bukan. Tapi AD mana lah sempat nak tengok tv, layan internet je nak dapatkan apa apa info tentang berita tekini dan live update isu-isu semasa. AD sangat terkejut bila tengok status update ERA FM & ERA TV kat facebook just a minute ago. Lepas tu, hasil carian di internet jumpa berita pendek tentang nih kat Oh!Artis. Pemergian Allayarham Din Beramboi pun masih lagi dirasai kita dikejutkan pula dengan berita pemergian seorang penyanyi popular iaitu Achik dari kumpulan Spin. Ini lah yang di katakan takdir. Mengikut apa yang AD baca Allahyarham terlibat dalam satu kemalangan selepas balik dari membuat persembahan live dekat studio muzik-muzik. Baru je kejadian ni berlaku, lebih kurang jam 7 petang tadi. Mungkin hari ni giliran beliau dijemput Pencipta. Esok lusa mungkin kita pulak. Mana lah tau kan, lagi pun malaikat maut memang datang melawat kita 70 kali sehari. Kita je yang tak tahu. DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita pulang. Al-Fatihah.





*Kenangan arwah di hari bahagia bersama isteri tercinta, Tasha*


No comments: