Adakah anda sering disakiti? Tidak kira samada oleh teman rapat atau pun sekadar teman biasa. Teman yang dulunya sangat rapat dengan anda tiba-tiba menjadi musuh yang paling anda benci dan dendami. Segala cerita dikongsi bersama, namun setelah bermusuhan segala rahsia dibongkar sewenang wenangnya.
Manusia...Tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Memang amat berat untuk memaafkan. Tapi tidak salah sekiranya berlembut hati untuk memaafkan. Ahh...Susah bagi aku. Memang susah. Dan aku tidak akan kembali menjadi teman kepada kau. Bagaimana hari hari mendatang? Terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang memualkan hati. Hanya berani di belakang, tapi apabila berhadapan diam seribu bahasa. Sangat sadis orang orang seperti itu kan. Mungkin ada yang tidak kena dalam diri mereka. Merasa diri mereka amat bagus tapi kenyataannya amat tidak bagus, hampeh lagi adalah.
~FIN~
No comments:
Post a Comment