Ku jejak jalan yang berliku. Membara jiwaku. Memburu impian...Eh eh ternyanyi la pulak. Stop stop stop...Kalau suara sedap macam Siti Nurhaliza tak kisah la nak nyanyi pun kan? Ha ha ha..by the way entry ini bukan lah pasal lagu Memburu Impian yang dipopularkan oleh kumpulan Kristal itu ya wahai kawan-kawan. Tetapi entry ini pasal saya yang tengah memburu impian. Kelakar pun ada masa nak karang entry ni. Baru je nak google lirik lagu memburu impian ni tetiba jer Hot.Fm putarkan lagu ni. He he tengs kak Dj (Tini), kerana menyenangkan kerja saya. Adeh...apakah yang saya karutkan ni? Please stop me!!!
Back to the main topic okay. So, memang betullah saya sekarang ni sedang berburu. Memburu impian-impian yang tak tentu lagi boleh ke tidak mencapainya. Apakah impian-impian yang sedang bermain dalam kepala saya sekarang ini? Baiklah tanpa membuang lebih banyak masa jom kita sama-sama tengok.
Impian 1: Kalau boleh saya nak siapkan assignment Research Method in Education,VGA dan Kimia Analisi malam ni juga.
Impian 2: Kalau boleh saya nak mulakan revision untuk final exam hari ini juga.
Impian 3: Kalau boleh saya dah tak nak jadi Facebook addict dah.
Impian 4: Kalau boleh saya nak jadi seorang pelajar yang komited dan istiqamah dalam mengulangkaji pelajaran.
Impian 5: Kalau boleh saya nak jadi budak baik. Ngeeee~~~
Impian 6: Kalau boleh saya nak dapatkan DL untuk sem ni. Errkkk... boleh ke?
Impian 7: Kalau boleh saya dah nak start buat kerja sekarang.
Itu sajalah impian saya. Hope bolehla saya capai dalam masa terdekat ni.
p/s: Tengah tunggu SPSS installation ni. Sempat lagi tulis entry. He he he~~Daaa
No comments:
Post a Comment