AZRI HAZIM! Siapakah beliau??? ya...aku langsung tak kenal dia. Jumpa pun tak pernah. Dengar nama pun tak pernah. Cuma semalam aku tertarik dengan post member aku (SONNET) kat facebook dia yang bercerita macam mana dia boleh kenal dengan this AZRI HAZIM ni. Maka, aku pun rajin la menggodek belog dia dan terjumpa la entry pasal arwah. Tak tau kenapa, hati aku sayu and touching sangat baca pasal this late AZRI. Tambah lagi dengan alunan muzik yang meruntun jiwa kat belog si SONNET tu. Entah. Aku dapat merasai kesedihan kawan-kawan beliau yang meratapi pemergiannya. Walaupun aku tak pernah pun jadi kawan ngan beliau. Berita tentang peristiwa yang menimpa beliau ada kat SINI.
Kemudian, aku cuba taip nama beliau kat facebook. Jumpa beliau. He looks nice. No wonder la why all his friends mourn over his dead. Melalui pengamatan dan pemerhatian aku terhadap gambar-gambar beliau yang kaku tu, aku dapat rasakan yang he's very nice and cheerful friend. happy go lucky la senang cerita kan. Ermm...he's got a very beautiful girlfriend too. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan awek beliau. bagaimana nak tempuhi hari-hari mendatang tanpa insan tersayang. Tiada untuk selama-lamanya. Aku baca semua komen and wall post ucapan takziah dari kawan-kawan beliau. And guess what, aku jumpa last post beliau sehari sebelum beliau pergi meninggalkan kita semua. "LIFE IS TOO SHORT TO BE DEPRESSED". Macam tau je dia dah nak pergi tinggalkan dunia kan?? Sesunguhnya itu janji Allah. Tak akan terlewat atau cepat satu saat pun kalau DIA dah tentukan. Arwah AZRI telah diberikan nikmat hidup selama 22 tahun je. Cepatkan? Muda lagi. Sebaya ngan aku. Even beliau tak sakit, sihat je macam orang lain. Namun, janji Allah tetap janji.
Kita yang masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini, ambil lah iktibar. KEMATIAN. Tidak kira muda atau tua. Apabila tiba waktunya, datanglah ia. Bertaubatlah selagi diberi kesempatan. AZRI...walaupun aku tak pernah kenal kau. Dan bukan juga kawan kau. Aku doakan semoga Tuhan ampuni segala dosa-dosa kau dan mencucuri rahmat ke atas roh kau. Amin. Kepada Nadia Shariff juga. Tabahlah menghadapi hari-hari mendatang dan sentiasa doakan yang terbaik untuk arwah. Hiduplah dalam kenangan itu. InsyaAllah bertemu jua disana nanti. Be strong girl. Tak lupa juga, a deeper condolences to his family and friends.
Al-Fatihah. Semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi.
p/s: Arwah AZRI HAZIM telah meninggalkan kita pada 24 February 2010 yang lepas dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Naza Suria yang dipandunya dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Beliau dan neneknya maut dalam kejadian tragis itu, manakala seorang lagi adik beliau cedera parah dan tidak sedarkan diri selama beberapa hari. Semasa entry ini ditulis. Adik beliau telah pun sedarkan diri.(maklumat melalui FACEBOOK miliknya). Beliau merupakan seorang trainee pilot yang sedang menjalani latihan di Asia Flight Training di Kota Bharu.
1 comment:
Al-Fatihah
Post a Comment