Nuffnang

Saturday, March 27, 2010

Evolusi KL Drift 2 memang best. Cayalahhhh!!!




Tadi i dengan my buddies ingat nak keluar makan ayam penyet Bibik je. Pastu tetiba pulak rumet i nak belanja makan. Woh apa lagi kan ajak makan Pizza Hut terus. He he. Lepas makan tetiba pulak teringat yang cerita EKLD2 tengah duk tayang kat cinema. So, i pun dengan lantangnya menyuarakan hasrat untuk tengok cerita tu. Nasib baik buddies setuju. Thanks korang. (Diba + Aymee + Rohan)

I can tell that it worth it. Fuhh memang best sangat jalan cerita dia. Tabik spring kat u bro Syamsul. Memang berbaloi baloi lah bayar RM10. Puas hati sangat. Ada satu part yang touching pulak tu. Tapi babe sorilah, i kalau tengok cerita sedih pun konfem tak nangis punya. Ceeeeewwwwaaahh berlagak kau ek ;p. Tapi lain pulak ceritanya dengan dua orang buddies i siap nangis lagi beb. Ha3x

Kesimpulannya, memang korang tak kan rugi la kalau pergi tengok cerita EKLD2. Ekceli, i nak sangat tengok EKLD2 i sebab ada mamat Shaheizy Sam tu. Ingatkan boleh tengok lawak dia. Tapi sori beb dalam movie ni dia tak buat lawak daa. First time i tengok dia serius. But waktu mula-mula dia keluar tu rasa nak tergelak gak la sebab tengok muka dia pun dah lawak dah :p. Campur lagi denga pelat apek dia. Terbaikkkkkkkkkkk la lu der!. Apa pun i ucapkan tahniah kepada semua pelakon yang berjaya membawa watak yang di dokong dengan baik sampai movie tu nampak real. Tahniah jugak dekat bro Syamsul sebab baru dua hari ditayangkan kutipan dah cecah angka RM1.5 Million. Tak campur lagi dengan weekend punya collection. Memang box- office!

What I like about this movie:

1. Jalan ceritanya yang senang nak faham. Tak payah pening-pening kepala nak fikir

2. Boleh tengok Sam bawa watak serius

3. Sam dan Aaron Aziz cakap cina

4. Polis pun pandai drift. woh3x

5. Scha kena pukul nampak real

6. Berjaya buat i berdebar-debar

7. Banyak aksi drift yang superb



Kalau ada sesiapa yang tak pernah tahu EKLD2 itu apakah??? Sila baca sinopsis dibawah iya.

Sinopsis


Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.
Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.
Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.
Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.
Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.
Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.
Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?
Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?
Sama-sama kita saksikan!



Saksikan juga Trailer nya




I nak selitkan juga video clip lagu Bidadari kat sini. Tak kira nak letak jugak! :p





Best la jugak suara dorang ni kan.

~Off~

2 comments:

AA :) said...

yeah ekld2 mmg best ! terbaikkk wok !

Adahunny said...

yepp!! bangga sangat anak Melayu kita dapat create film bagus cam tu kan..