Nuffnang

Thursday, September 19, 2013

Mari rawat masalah kulit berjerawat dan kusam dan AH Beauty.




Satu set: Sabun pembersih, Krim Siang dan Krim Malam

Anda mempunyai masalah kulit muka berjerawat, kusam dan tona tidak sekata? Saya ada penyelesaiannya. AH Beauty merupakan satu produk kecantikan kulit yang mampu mengatasi semua masalah kulit berikut;


• Menghilangkan jeragat
• Menghilangkan parut jerawat
• Menghilangkan jerawat
• Wajah bersih dan cerah berseri
• Menegangkan kulit wajah
• Menghilangkan garis-garis halus



Produk yang dijamin selamat dan tidak memudaratkan seperti sesetengah produk yang bertindak menghakis kulit. Tidak mengakibatkan penggelupasan kulit. Alami perubahan dalam tempoh seminggu selepas penggunaan. Anda pasti akan repeat order. Sekali guna terus jatuh hati. 

KANDUNGAN UTAMA AH BEAUTY

1. Kojic - Menghilangkan pigmentasi.
2. Licorice Extract - Merawat pigmentasi
3. Octyl-P - Digunakan sebagai sunblock dalam krim siang
4. Ekstrak Rumpai Laut - Untuk menegangkan kukit wajah
5. Aloe Vera - Melembabkan kulit
6. Minyak Kelapa Dara - Membuatkan kulit muka glowing dan 
berseri.

TRIAL SET (RM 50)
- Day cream 10gram
- Night cream 10 gram
- Facial soap 10gram

SET BESAR (RM 90)
- Day cream-20gram
- Night cream-20 gram
- Facial soap- 50 gram

Pilihan di tangan anda. Anda nilai sendiri. Hanya produk terbaik sahaja yang dikongsi di sini.

Klik sini untuk testimoni
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Whatsapp 019-9364615 

Wednesday, September 18, 2013

Cikgu Shuhada

Salam

Berbulan-bulan lamanya aku tak jengah blog. Bukan takde masa cuma entah...takde mood nak menulis. Oh sekarang aku officially dah jadi cikgu. Cikgu mata pelajaran Sains yang garang lagi baik hati. hehe. Dah hampir tiga bulan aku jadi cikgu. Sepak terajang budak itu perkara biasa. hehe takdelah. Giler ko nak kena saman ke apa?


So far, aku sangat enjoy jadi seorang pendidik. Hari-hari mengadap kerenah dan perangai murid-murid yang pelbagai tu mengajar aku erti kesabaran sangat. Sabar bila budak tak dengar kata, macam bila aku suruh salin nota kat depan mereka syok berborak kat belakang. Sabar bila aku tengah mengajar pongpang-pongpang kat depan, mereka duk bergelak ketawa kat belakang. Sabar bila aku suruh buat latihan, mereka main kejar-kejar. Biasalah..budak-budak lagi. Layankan aje perangai dorang ni.


Aku kena ajar sesi petang. Waktu masuk sekolah pukul 12.50 tengah hari. Macam tau-tau je kan aku suka bangun lambat. (Salah satu faktor kenapa aku enjoy sangat kerja aku).

Ayu ke i ols? wah terserlah gituuu!
 eh baru perasan kaler baju dan tudung ni match pulak dengan theme blog. hehe


cikgu shuhada yang garang tapi baik hati

Tarikh perlantikan ke jawatan PPPS DG41 adalah pada 1 Julai 2013. Masuk je macam-macam dapat tugas. Tugas-tugas khas katanya..macamlah aku tak tahu dorang saja je nak buli guru baru macam aku ni. Antara tugas yang dipegang adalah Penyelaras HOTS, Pembantu Unit Peperiksaan, Pembantu PBS, dan Guru Pengawas. Nampak macam gila kuasa sangat! Oh..


Pasal gaji, alhamdulillah kerani sekolah aku memang cekap dan pantas buat kerja. Bulan pertama dah dapat gaji dah. Tak macam sesetengah kawan aku tu dorang ada yang kena tunggu bulan kedua dan ketiga baru dapat merasa gaji pertama. Buat apa dengan gaji pertama? Tak dapat buat apa-apa sangat sebab dapat gaji tu time raya, so duit gaji boleh dikatakan habis spend untuk keperluan raya. Bagi duit raya kat umi, abah dan ayah mertua. Biasa lerr.. menantu contoh! hiks..nanti update lagi.

Till then..toodles!