Nuffnang

Thursday, May 12, 2016

Puregon dan Gonal-F, not to forget the amazing buah delima.


...sambungan dari entry sebelum ni..rawatan ubat kesuburan pertama di Hospital Selayang. I was on Puregon injection. Plan pertama ialah bagi suntikan Puregon 75 iu selama 5 hari bermula dari hari ke-2 hingga hari ke-7 menstruasi untuk teruskan dengan 'Timing  Sexual Intercourse' (hubungan suami isteri berjadual). Pada hari ke-7 kena ke hospital untuk track folikel...keputusannya masih tak memberangsangkan... Ada banyak folikel di kedua-dua ovari tapi semua saiz kecil-kecil. Paling besar pun 5mm je. Saiz folikel matang ialah 18-20mm..Jauh sangat bezanya. Doktor suruh sambung lagi suntikan untuk 2 hari lagi kemudian kena datang tracking balik. Lepas tracking the next two days tu pun sama...saiz masih lagi tak capai even 10mm. Betapa degilnya ovumku....urghhhh.

Puregon 75 iu


Oh ok ke suntik-menyuntik tu? Of course....nervous nak meninggal rasanya. Sudahlah memang sejenis bangsa yang penakut jarum. Tapi... sangat tak sangka, i'm proud of my self. Sangattt...sebab boleh mengatasi ketakutan tu dengan cucuk perut sendiri. Nak suruh my encik suami buat? lagilah tak percaya...hiks!


Tracking kali ke-3 Dr. Haliza suruh tukar ubat injection kepada Gonal-F 150iu disebabkan saiz telur  (read:ovum) masih kecil. On the way balik dari hospital sempat singgah ke Tesco sebelum balik rumah...kebetulan ternampak ada buah delima terus teringat ramai orang cakap buah delima sangat bagus untuk perkembangan ovum. Belilah 5 biji buah tu...balik rumah terus makan. Lagi 2 hari kena pergi tracking lagi. Oh...makan buah delima ni pulak ada syaratnya. Kena makan sebiji buah tu tanpa berkongsi dengan orang lain. Tak boleh bagi jatuh even satu biji isinya tu. Alhamdulillah cantik sangat buah delima tu. Isinya merah sangat...first time jumpa buah delima isi cantik macam tu. 

Gonal-F 150 iu


delima cantik

Tiba hari kena pergi tracking, Alhamdulillah...it was such a miracle ovum dari saiz 8mm terus berkembang ke 12mm. Dah mula nampak perkembangan positif. Tak tahu it was kebetulan atau memang fakta yang terbukti benar buah delima memang betul-betul membantu keseburan wanita. Ada lagi perkara yang sangat mengejutkan bila Dr. Haliza decide untuk teruskan rawatan...

to be continue...




Wednesday, May 11, 2016

Rawatan kesuburan di Hospital Selayang


Ogos 2015 decided untuk berhenti treatment dengan Dr Hamid Arshat setelah habis 6 cycles Clomid. Masih tak jumpa ovum yang matang even dah amik dos paling tinggi. Degil kot tak nak besar-besar dia ye. Haipp!! Masa tu doktor bagi dua suggestions whether buat laparascopy 'Ovarian Drilling' (OD) or D&C buang polyps kat rahim. Overall will cost me about RM5-6K. Mana nak ada duit uiiii. So, lepas fikir punya fikir... decide nak dapatkan second opinion di hospital kerajaan. Informed Dr. Hamid and he was so supportive. He assigned one of his staff to write me a reference letter.

3 hari lepas tu, surat rujukan tu masuk my mailbox. It was quiet hard to make up with the desicion which hospital do i need to choose. Kena fikir semua kemungkinan...jarak dari rumah, masa dan of course the cost. And finally... I chose Hospital Selayang. Sebab jarak dari rumah dekat dan perjalanan nak sampai sana lebih kurang 35 minit je. First appointment was on 3/8/2015. Start dengan secondary infertility treatment terus, means..dah tak payah nak ulang test tiub falopio, sperm counts semua tu. Just carry forward result dari klinik Dr. Hamid Arshat je. Tapi still kena ambil darah untuk test paras hormon dalam badan, tiroid and the worst part kena minum air gula untuk cek MGTT (sebab kat klinik Dr. Hamid tak buat test ni). Alhamdulillah bebas dari diabetes and tiroid. Tapi bacaan hormon progesteron terlalu rendah...nasib baik hormon testosteron masih dalam range normal. Risau jugak because i'm a PCOSer.

Keputusan ujian darah



Everytime appointment, doctors kat Selayang tak boleh bagi apa-apa solution sebab diorang takde pakar inferterlity...diorang kena call Dr. Haliza, pakar dari HKL untuk apa jua intervention yang kena buat. So, in my case, the senior doctor decided untuk trigger ovum dengan ubat yang lebih kuat daripada clomid. Tapi sebelum tu kena pastikan rahim betul-betul clear takde masalah lain. Sebelum tu adalah beberapa kali buat transvagina scan tengok keadaan rahim. Doktor kata semua nampak normal dan tak nampak pun polip tu. Nak lagi tepat doktor suggest buat 'Hysteroscopy' untuk tengok keadaan rahim dan kalau betul ada polip..terus buat D&C.

Hysteroscopy is a procedure that allows your doctor to look inside your uterus in order to diagnose and treat causes of abnormal bleeding. Hysteroscopy is done using a hysteroscope, a thin, lighted tube that is inserted into the vagina to examine the cervix and inside of the uterus.

November 2015 undergo hysteroscopy and D&C. Fully sedative under general anaesthetic. Pengalaman pertama undergo operation dan cucuk drip kat tangan. Serius nervous sangat..sebab tak pernah sakit sampai kena warded pun before ni. I have to fear my factor demimu bakal anak-anakku.. :) Hysteroscopy ni satu proses memasukkan super tiny camera ke dalam rahim untuk observes keadaan rahim dengan lebih jelas. Terus buat D&C at that time sebab memang ada polip kecil kat rahim. Kecil sangat saiz 1x1cm. Syukur Alhamdulillah tiada masalah lain. Kena rehat 3 cycles before sambung treatment. February 2016 bermula treatment dengan ubat kesuburan pertama di Hospital Selayang.




admitted

my first ever drip
to be continue...