Nuffnang

Friday, February 07, 2014

Majlis Nikah #throwback

Alhamdulillah sudah hampir setahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta dunia akhirat. Mahu lebih tepat lagi sudah 10 bulan 2 minggu dan 1 hari usia perkahwinan aku. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Untung pada aku sebab dapat suami yang sangat senang untuk diuruskan. Very understanding, supportive and considerate. Paling best bila part makan, tak pernah cerewet dan makan semua apa sahaja yang aku masak. Even kadang-kadang ada yang failed. teettt. Iyolaa...aku masak bukannya excellent mana pon. Suami kata asal boleh masuk tekak tu kira OK lah. Alhamdulillah Ya Allah for this beautiful gift ever! MasyaAllah hidup berumah tangga sememangnya jauh lagi best apa yang dibayangkan sebelum ini. Rugi tak kahwin awal-awal. Oh very cliche! hehe

Tarikh akad nikah ialah 23 March 2013 iaitu jatuh pada hari Sabtu bersamaan 11 Jamadil Awal 1434H. Sudah menjadi kebiasaan adat di Kelantan majlis akad nikah berlangsung pada sebelah malam. Tapi berlainan pula untuk majlis aku. Setelah mempertimbangkan segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku dan setelah berbincang dengan ahli keluarga, umi dan abah, kami menuju kata sepakat untuk melangsungkan majlis akad nikah pada sebelah pagi memandangkan pihak lelaki tinggal agak jauh, lebih kurang 30 km dari tempat kami. Majlis resepsi atau bersanding pula dilangsungkan pada esok harinya iaitu 24 March 2013. Jadi, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada lebih kurang jam 11.00pagi bertempat di rumah arwah nenek. Arwah nenek yang insist sangat nak kami buat semua majlis kat rumah dia. Kami pun turutkan aje memandangkan mungkin itu adalah permintaan terakhir beliau. Alhamdulillah kami sempat menggembirakan hatinya sebelum beliau betul-betul pergi meninggalkan kami lebih kurang 6 bulan selepas majlis berlangsung. (Al-Fatihah untuk arwah Mek tersayang). Akhirnya detik yang ditunggu pun tiba, aku dan tunang  sah bergelar suami isteri.

Detik-detik sebelum bergelar isteri

tenang je dia
Geng BFTJ
 Aku decide untuk akad nikah di rumah sebab kononnya nak berlatar belakangkan pelamin. Agak gelabah jugak bila dah dekat pukul 10pagi orang pasang pelamin masih belum sampai. Berpeluh-peluh gak la time tu. Dalam 10.15pagi macam tu barulah diorang sampai. Terus pasang sana pasang sini sempatlah juga siap before pihak lelaki sampai. Aku masa tu tengah bizi siapkan diri. I did the make-up by my self. =)



 

  



Perasaan lega bila dah sah nikah memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Who have been through it tahulah macam mana. Even waktu tu tak adalah rasa berdebar sangat sebab geng BFTJ (Best Friend Till Jannah) sibuk duk buat lawak sampai aku memang kena betul-betul pasang telinga untuk dengar bakal suami jawab nikah. Tambah lawak lagi bila Imam yang nikahkan aku waktu tu terpaksa ulang lafaz akad tu 4 kali. haha tak tahu apa masalah sebenar Imam tu. Habis je majlis ada jamuan makan untuk tetamu yang datang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kita sambung cerita resepsi di entry akan datang. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjayakan majlis pada hari tersebut, kepada tetamu-tetamu yang datang. Thank you very much. Till then...enjoy my simple dais view!

The Dais was created by Jai Harharah Bridal based in Pengkalan Chepa, Kelantan