Nuffnang

Thursday, July 21, 2011

Hubungan Khairul Fahmi dn Elia mula retak.

Hari ini aku nak jadi paparazzi boleh?alaa boleh laa..hehe wey betul ke ni wey...aku baru je aware pasal benda nih. Alaa tak bestnya..diorang sweet kot. Mengikut apa yang aku faham, si Apex ni yang dikatakan mula bermasalah. Mula lupa diri...'agah' dalam bahasa German (Kelate). Ish..kenapa semua mesti jadi kes macam ni bila dah glamor je mula laa nak lupa diri bagai. Me not likey lah..Memang nampak macam serius gila tahap dewa la jugak masalah diorang. Elia dah mengeluarkan kata-kata yang agak perit jugaklah..meh aku screen captured kasi korang tengok sendiri. Eh kepochi nya akuuuuu..hehe.



adoiii..kenapa..kenapa..kenapa mesti berubah Apex oi...sayang lah...dari kau belum femes lagi Elia dah jadi tunjang kau..Ada orang komen kat status tersebut cakap pernah nampak Apex makan dengan perempuan lain waktu game kat Sabah tempoh hari. Menurut Elia lagi, Apex kurang ajar waktu mak si Elia cuba nasihatkan dia. Elia cakap Apex dah melampaui batas seorang lelaki Islam yang sepatutnya. Femes memang merosakkan...

Tak pernah rasanya Elia cerita pasal keburukan Apex ni. Tapi kali ni sampai berani keluarkan status macam tu..memang tengah parah la kot hubungan diorang. Apapun, marilah kita sama-sama doakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala. Dan kepada Elia..harap sabar banyak-banyak.

Kalau betul lah apa yang diceritakan oleh Elia, rasanya...Apex hanya mencemarkan imej lelaki Kelantan. Dah la ramai memang dah tak suka dengan lelaki Kelantan. Ada kes macam ni..lagi lah nampak hoi. Walaupun tak semua macam ni..orang kata kerana 'nila setitik, habis susu sebelanga'.

p/s: sukalah teww peminat perempuan apex

11 comments:

wan said...

sy bkn nk sebelahkan apex..tp lau dh elia wat status mcm ni,kira memalukan apex la..org mesti dpt detect terus....xperlu la kot nk tulis kat fb..lg pn,mmg tuhan nk tunjuk perangai sebenar tunang dia..ni sib bek baru tunang..lom kawin lg..lau dh kawin n bru tau perangai sebenar suami kita,lg la menyesal tak sudah..

Unknown said...

ehehe xpe.cri lain je.baru tunang je :)

Eikiey Walk said...

aimi dan Fahmi memang takka bersatu

Adahunny said...

bakpo ikiey kata gitu?huhu

B33HA B3n said...

haha iki maksudkan aku la tu.....aimi dan fahmi...bukan apex dan elia...kan3x..

Han Hanni said...

harap semuanya ok..
semoga Allah peliharakan hubungan dorg sehingga membina masjid.
aminn..

Adahunny said...

beeha: hahah jolo2
cik hani: insyaAllah

despyan said...

elia mungkin da xdpt sbar la kot ngn apex ni..xpe..lama2 nt kebenaran akan muncul jua..sm2 kita tunggu..

biskut said...

blog boleh jadi diary, bole juga jadi medan lepaskan perasaan... tapi ini akibatnya kalau asyik tayang kisah cinta, belum pasti dapat berkahwin ke tak tapi dah nak heboh satu dunia. kalau tak jadi kahwin mesti dapat aib yang besar. terlalu bangga sangat dapat lelaki femes.


harap benda ini mematangkan cik jejari runcing.

oh ya, kegemukan/kekurusan seseorang perempuan main peranan penting dalam hubungan pasangan kekasih.. (this is merely a man's view)

Adahunny said...

biskut: terasaa dowh bab2 gemuk kurus nih...hahahaha aku rilex je..aku gemuk pon pakwe tak lari pun...hahaha

bagi aku la kan..jejariruncing tak sepatutnya menghebohkan pada media pasal hubungan diorang yang bermasalah. sebab cuba ko pikir..dah heboh and tayang cerita bahagia tup2 keluar cerita tak best...malu laa weyh.... tapi kesian jugak kat dia ek...

biskut said...

memang sesuatu yang baik bila couple ini mula berbaik semula... (berdasarkan khabar pada hari ni di blog lain)

diharap pada masa hadapan, dia tidak mengheboh2kan permasalahan hubungan diaorg kat fb wallpost lagi, nanti terbawa2 perangai buruk nih ke alam perkahwinan pula, kalu dalam islam dah kira berdosa, kalu dari segi adat, tak manis pula.

err sori kalu sy menyinggung cik pasal hal gemuk kurus nih (hal nih sebenarnya tuju kat cik jejari runcing).
saya terlupa pasal kawan2 lelaki saya kahwin dengan pasangannya memang tak berdasarkan rupa langsung walhal diaorang ini berkemampuan, banyak duit. rupa perempuan2 pilihan hati diaorg tak mencapai tahap piawai yang sepatutnya (bawah dari biasa kadang2) tapi kawan2 ku berkeras nak kawin dengan diaorg gak...
aku rasa perempuan boleh letak jaminan kehidupan dia pada lelaki berhati kudus...

oh pasal hal cinta tuh, itu perasaan jer... kebanyakkan cinta tuh adalah nafsu.