Nuffnang

Thursday, April 05, 2012

Penganggur Menganggur

Dah namanya Penganggur makanya Menganggur sajalah kerjanya.
Menganggur tak menganggur sangatlah aku kerja jugak tolong family punya bisnes. Hari ni aku ponteng kerja sebab peram tidur. Waaa heaven sangat. Biasanya kena bangun pagi-pagi itu pun abah yang kejutkan. Bukan tak nak minta kerja kat tempat lain. Hari tu dah dapat interview kat TM bahagian Customer Service, dah pergi KL dah pun tapi abah call cakap kalau aku tak dapat kerja pun lagi bagus. Dia nak aku stay kerja dengan dia. Apa boleh buat, dah orang tua nak macam tu ikutkan je lah.

Abah cakap lepas grad nanti boleh la kalau nak kerja, so aku pun apa lagi..horayy lah. Bukan apa aku pun nak jugak try usaha dapatkan duit sendiri. Tapi masalahnya aku malas sangat nak buat resume untuk apply kerja. Sekian. 

Yuna Dalam Rancangan Bual Bicara Conan USA

I am proud of you YUNA

Yuna, an eye opener to the whole world. Seorang anak Malaysia yang berjaya mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. Well Dona Yuna.

Wednesday, April 04, 2012

New Blog Template

Sumpah rasa down bila tengok blog-blog orang lain yang cantik-cantik. Sekali terfikir untuk hire someone yang terer untuk buat template tapi macam tak berbaloi. Tunggulah dulu sampai boleh cash-in Nuffnang dulu. hehe

So, nak try buat template sendiri.


Majlis Pertunangan Aswad dan Shuhada

*Cerita ini mungkin sudah agak basi sedikit sebab sudah dua bulan berlalu*

Alhamdulillah, syukur ke-hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya aku sudah selamat bertunang dengan teman lelaki yang paling rapat pada tanggal 10 February 2012 yang lalu. Aku pun seperti sukar untuk percaya bahawa aku telah menjadi tunangan seseorang :p

Mungkin ini jalan terbaik untuk kami, habis je final exam aku balik kampung dan terus rancang untuk bertunang. Bukan apa, sebab kami pun dah lama sangat berkawan. Sudah memasuki tahun kelima. Untuk menguatkan lagi ikatan kami mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan memandangkan kami akan berjauhan kembali. Tunang aku transfer kerja ke Terengganu dan aku pula di Kelantan. Risau takut kena sambar aku terus  masuk pinang dia. Eh? Haha tak lah dia lah yang datang pinang aku. 

Apa pun tarikh perkahwinan masih belum diputuskan pada hari pertunangan tersebut. Orang tua kami serahkan segalanya pada kami untuk bincang perihal tarikh perkahwinan. So, setelah berdiskusi setakat ini persetujuan bersama yang dicapai adalah kami bakal melangsungkan perkahwinan awal tahun hadapan. Lamanya bertunang....orang kata bertunang lama-lama tak elok kan? Alah..apalah sangat tahun depan, pejam celik dah tak sedar sekarang dah  April. rilekslaa aku boleh sabar lagi :) Apapun aku harapkan jodoh kami berkekalasn sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat kami. Dengn izin Ilahi. Doakan kami pleaseee..

Majlis pertunangan yang serba ringkas tapi bermakna itu berlangsung di kampung nenek tercinta. Nenek yang beria nak aku bertunang di rumahnya so aku layankan saja. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas lima juga. Senang kata tunang aku tak payah membazir sangat.

Hantaran pihak kami
From top: Kemeja from G200Men, sejadah, sirih junjung dan cincin, kek, buah-buahan


Hantaran pihak lelaki
From top: bunga sirih dan cincin, kain baju kurung, telekung, pulut kuning, kuih sekaya

The Mini Pelamin

Mini pelamin ini aku pasang sendiri. Save budget sikit semua bridal yang aku pergi sewanya mahal nak mamp___. *sambung sendiri*
So, aku yang tak berapa nak kreatif ni perahla otak reka sendiri pelaminnya. Alaa nak mantop sangat buat apa tunang je pun. Sanding nanti baru gempak dan mantop ye dopp?..





 From top: Abahku bukan abah kau. The big boss yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. The matter of fact, Umi dan nenek pun sama-sama bekerja keras. Thanks very much. Sayang semua..mmmuaaah

 Bakal mertua. ehem3x


 dan....
bergunung-gunung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman wanita, bff yang sudir hadir memeriahkan majlis aku. sayang korang jugak...mmmmuahx



You guys memang terbaik...

-sekian-

Introducing.....Tasha Manshahar!

*sambil layan Mr. Saxobeat cover by Tasha Manshahar ft. Syed Shamin*

First of all, Assalamualaikum.
Lama sungguh tak menaip kat sini kan. Gila tak lama mau dekat 5 bulan jugaklah tak update blog. By the way presenting you with new blog customization :) Hai asyik berubah-ubah je blog aku ni. Ok ke KO? Hope Ok la dipandangan mata semua.

Dah la lama tak update lepas tu tetiba pulak update pasal Tasha Manshahar kan. Hadap je lah...sebab aku tengah layan video-video Youtube dia sekarang. She's way better than Najwa Latiff yang entah apa-apa tu *padahal aku pun layan jugak si Najwa* haha..tapi memang betul, serius suara Tasha ni soothing and sedap sangat untuk didengar. Oh kalau masih tak kenal, Tasha ni pernah masuk rancangan Saffiya kat TV9 tempoh hari. Kira glemer la kan dapat masuk tv. perrghhh. Sila lah jelly sekarang. 

Barang baik rugi kalau tak dikongsikan bersama
Cakap banyak tak guna nah aku tepek video dia kat sini..Jom la layan!


aku suggest korang layan Mr. Saxobeat sebab sedap gila lagu ni. 

lepas tu boleh la layan 'Be Mine' ciptaan sepenuhnya Tasha

lepas tu lagi, layan lagu ni. best sangat!

ok kalau nak dengar banyak lagi lagu dia carilah sendiri ya di youtube ada banyak video dan lagu-lagu dia.