Nuffnang

Friday, February 11, 2011

Kenapa ya kita pilih untuk bercinta dengan si dia?


Cuba tanya diri sendiri. Tepuk tepuk sikit dada kemudian tanya selera. Adakah sebab kekacakan beliau? atau kebanyakduitan beliau? atau kekuatan pengaruh beliau? atau sebab yang paling tak leh blah beb. Sebab dah takde orang yang nak atau tak reti nak tekel orang lain. Watdehellll...


Then, setelah dah dapat jawapan cuba fikir balik. Setelah dah bercinta, adakah kita cuba ubah dia untuk jadi seperti apa yang kita mahu. Kita tengok balak orang lain hensem tapi balak kita tak hensem, dan dan suruh beliau tukar penampilan. Patut ke tak patut? Pernah tak kita rasa nak buat apa yang beliau suka. Something like this, katakan beliau suka tengok kita pakai baju kurung. Mesti kita akan selalu pakai baju kurung bila keluar dengan beliau kan. Bukan hipokrit tapi rasa macam best bila kita dapat buat something yang beliau suka. 


Sebenarnya, bukan masalah pun benda macam ini. Semua atas kesedaran diri masing masing. Setiap pasangan kena alert dengan pasangan masing masing. Sebagai contoh kalau kita tak suka beliau simpan misai ke rambut panjang ke, kita bagitahu.terus terang. Alah bukan apa, nak bagi sedap mata memandang juga kan? Andai kata kita lah yang dapat teguran sebegitu daripada pasangan, apa yang kita akan buat biasanya? Buat bodoh ke atau pun akan cuba fulfill permintaan pasangan kita tu? Semestinya bagi kita yang sayangkan pasangan kita akan fulfill permintaan itu kan? Dengan rela hati tanpa rasa terpaksa.


Tetapi, bagaimana pula dengan yang masih buat bodoh walau berkali kali ditegur? Adakah sebab kita tak sayang pasangan kita tulus dari hati maka 

" Ah lantak kau lah..suka hati aku nak buat ke tak nak buat. Kau siapa?". 

Dialog sebegitu yang keluar dari mulut kita. Renung renungkan, kesefahaman akan timbul apabila kita menghargai pasangan masing masing. Kita tak perlu memaksa atau dipaksa untuk memuaskan hati pasangan. Semuanya atas diri kita. Semua datang dari hati. Fikir fikirkanlah. Ok bye!

Perlukah Pedicure dan Manicure?


Salam hari jumaat.  Tiba-tiba tengah rilex and siap2 nak mandi aku terpandang kukukaki dan kukutangan aku. Homakkau macam tetiba tercakap..watdehel buruknyessss!



 kawan aku cakap semester depan dapat duit PTPTN nak pergi buat rawatan Pedi & Mani. Hoi..orang bagi duit suh buat beli buku and potostet nota lah. ecehhh..macam haremmm kau pon same lah mekda!. Dengar orang kata kalau nak buat Pedi & Mani ni kena buat secara monthly. Betul kah? Berapa kena bayar ya? Google lah sekejap. Tak leh jadi nih, kukuburuk. Orang tengok malllllluuuu! nak gak kukucantik macam ini.

kukutangan. amik kat google

kukukaki. Pun amik kat google

Well, semua orang mahu kelihatan cantik. ye tak? Kalau fikirkan bajet. Memang lari lah. Buat sendiri kat rumah. Boleh macam tu? Ok bye!


Merindui kekasih lama

Kekasih...
kau yang sentiasa bersama ku
setiap saat..setiap ketika
walau hujan, walau panas terik
dikala aku sihat dan sakit
sedih dan gembira
kau sentiasa disisi
malah kau sentiasa menemani ku tidur dan tidak jemu mengejutkan aku diwaktu pagi*

Kekasih...
hanya kau yang mampu menyelami perasaan ku
menyelam jauh ke dasar hati ku
hanya kau yang mampu menenangkan jiwaku
disaat aku celaru
kau hadir membuat aku tersenyum
terima kasih wahai kekasih

Kekasih...
walau tempoh perkenalan kita sangat singkat
kau memberi seribu satu kenangan paling indah pada ku
memori ku mengenalimu selama sebulan bakal ku simpan seumur hidupku
aku amat menyayangimu

Kekasih...
tempoh kita untuk bersama tidak lama
kehadiran kekasih baru menggugat keimanan dan kesetiaanku
sumpah aku sangat sayang kamu..
namun aku tidak dapat menahan gelora hati untuk menerima lamaran kekasih baru
kedua duanya amat aku sayang
namun apakan daya
aku perlu membuat pilihan antara kau dan dia
kau sangat istimewa
sepertimana dia


Kekasih...
bukan niat ku untuk berlaku curang
tidak pernah tergambar mahupun terdetik dihati ini
aku harap kau sedia menerima keputusan ini
tidak kejam jika sekiranya
aku menyerahkan mu kepada sahabat baik ku
dengan mendapat sedikit bayaran
aku harap aku tidak dianggap kejam



Kekasihku *Nokia C3