Nuffnang

Friday, February 11, 2011

Kenapa ya kita pilih untuk bercinta dengan si dia?


Cuba tanya diri sendiri. Tepuk tepuk sikit dada kemudian tanya selera. Adakah sebab kekacakan beliau? atau kebanyakduitan beliau? atau kekuatan pengaruh beliau? atau sebab yang paling tak leh blah beb. Sebab dah takde orang yang nak atau tak reti nak tekel orang lain. Watdehellll...


Then, setelah dah dapat jawapan cuba fikir balik. Setelah dah bercinta, adakah kita cuba ubah dia untuk jadi seperti apa yang kita mahu. Kita tengok balak orang lain hensem tapi balak kita tak hensem, dan dan suruh beliau tukar penampilan. Patut ke tak patut? Pernah tak kita rasa nak buat apa yang beliau suka. Something like this, katakan beliau suka tengok kita pakai baju kurung. Mesti kita akan selalu pakai baju kurung bila keluar dengan beliau kan. Bukan hipokrit tapi rasa macam best bila kita dapat buat something yang beliau suka. 


Sebenarnya, bukan masalah pun benda macam ini. Semua atas kesedaran diri masing masing. Setiap pasangan kena alert dengan pasangan masing masing. Sebagai contoh kalau kita tak suka beliau simpan misai ke rambut panjang ke, kita bagitahu.terus terang. Alah bukan apa, nak bagi sedap mata memandang juga kan? Andai kata kita lah yang dapat teguran sebegitu daripada pasangan, apa yang kita akan buat biasanya? Buat bodoh ke atau pun akan cuba fulfill permintaan pasangan kita tu? Semestinya bagi kita yang sayangkan pasangan kita akan fulfill permintaan itu kan? Dengan rela hati tanpa rasa terpaksa.


Tetapi, bagaimana pula dengan yang masih buat bodoh walau berkali kali ditegur? Adakah sebab kita tak sayang pasangan kita tulus dari hati maka 

" Ah lantak kau lah..suka hati aku nak buat ke tak nak buat. Kau siapa?". 

Dialog sebegitu yang keluar dari mulut kita. Renung renungkan, kesefahaman akan timbul apabila kita menghargai pasangan masing masing. Kita tak perlu memaksa atau dipaksa untuk memuaskan hati pasangan. Semuanya atas diri kita. Semua datang dari hati. Fikir fikirkanlah. Ok bye!

No comments: