Kekasih...
kau yang sentiasa bersama ku
setiap saat..setiap ketika
walau hujan, walau panas terik
dikala aku sihat dan sakit
sedih dan gembira
kau sentiasa disisi
malah kau sentiasa menemani ku tidur dan tidak jemu mengejutkan aku diwaktu pagi*
Kekasih...
hanya kau yang mampu menyelami perasaan ku
menyelam jauh ke dasar hati ku
hanya kau yang mampu menenangkan jiwaku
disaat aku celaru
kau hadir membuat aku tersenyum
terima kasih wahai kekasih
Kekasih...
walau tempoh perkenalan kita sangat singkat
kau memberi seribu satu kenangan paling indah pada ku
memori ku mengenalimu selama sebulan bakal ku simpan seumur hidupku
aku amat menyayangimu
Kekasih...
tempoh kita untuk bersama tidak lama
kehadiran kekasih baru menggugat keimanan dan kesetiaanku
sumpah aku sangat sayang kamu..
namun aku tidak dapat menahan gelora hati untuk menerima lamaran kekasih baru
kedua duanya amat aku sayang
namun apakan daya
aku perlu membuat pilihan antara kau dan dia
kau sangat istimewa
sepertimana dia
Kekasih...
bukan niat ku untuk berlaku curang
tidak pernah tergambar mahupun terdetik dihati ini
aku harap kau sedia menerima keputusan ini
tidak kejam jika sekiranya
aku menyerahkan mu kepada sahabat baik ku
dengan mendapat sedikit bayaran
aku harap aku tidak dianggap kejam
Kekasihku *Nokia C3
No comments:
Post a Comment