Nuffnang

Monday, September 20, 2010

Tips menghadapi temu dan duga a.k.a temuduga


This entry was dedicated to my best buddy Siti Nazihah Bt. Mohd. Khairi yang bakal menghadapi temuduga penting dan amat bermakna dalam hidup beliau. Semoga anda berjaya cik Siti.


PERSIAPAN





* Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang jawatan yang dipohon dan pihak jabatan/kementerian yang memanggil. Gunakan kemudahan internet (cybercafe, jika tidak di rumah)

* Ambil tahu isu semasa dan politik (paling-paling minima pun isu dalam tempoh satu minggu). Sumber paling baik ialah surat khabar (sangat penting coz penemuduga mesti akan Tanya tentang isu2 semasa yang berlaku di Malaysia)

* Sediakan semua keperluan seperti resume, sijil asal yang disusun mengikut turutan daripada terdahulu hingga yang terkini

* 2 keping gambar bersaiz passpot (sekurang-kurangnya)

* Alatulis (sekurang-kurangnya sebatang pen)

* Sediakan @ gosok baju yang ingin dipakai sehari sebelum hari temuduga. Pakaian yang sebaiknya ialah kemeja berlengan panjang dan bertali leher bagi lelaki, dan berbaju kurung atau kasual yang kemas bagi wanita. Lagi bagus if ada kot. Baru nampak lain daripada yang lain.

* Sebaik-baik waktu sampai di tempat mendaftar ialah 45 minit sebelum masa yang ditetapkan (15 minit untuk mendaftar, 30 minit untuk bersarapan pagi). Sarapan pagi sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala, kurang tenaga atau nampak tidak bersemangat

* Cuba datang interview jadi orang yang paling awal, if jadi orang 1st lagi bagus. So, kita akan jadi orang pertama untuk ditemuduga. Selain menampakkan komitmen, kita dapat hilangkan rasa gugup kita apabila menunggu calon2 lain selesai ditemuduga. Penantian tu kan satu penyeksaan…




SEMASA SESI

* Masuk selepas mengetuk pintu

* Beri salam @ selamat

* Jangan hulurkan tangan untuk bersalam jika penemuduga tidak berhasrat begitu

* Serahkan fail resume, sijil dan sebagainya kepada ahli (bukan pengerusi)

* Duduk apabila disuruh atau minta kebenaran untuk duduk jika mereka hanya mendiamkan diri sahaja  (kerana adanya kerusi di situ, memanglah tujuannya untuk diduduki)

* Letakkan beg dan fail-fail lain di meja kecil yang disediakan di sebelah kerusi tersebut. (Jika ada)

* Duduk dengan sopan dan tegakkan badan

* Formalkan bahasa. Contoh, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? Jangan jawab "Pak Jib a.k.a Najib" je. Sebutkan semua jenis pangkat yang beliau ada kat pangkal nama tu.

* Biarkan penemuduga yang mengakhiri sesi

* Ucapkan terima kasih kerana diberi peluang menghadiri sesi itu

LAIN-LAIN

* Bahasa - bergantung pada jawatan yang dipohon (SPM - Bahasa Malaysia), Bahasa Inggeris jangan lupa prepare pulak. At least, bila perkenalkan diri, cakaplah BI. Tentang diri kita jugak kan

* Seeloknya, jangan pegang pen, terlalu banyak menggerakkan tangan atau kerap mengulang 
perkataan yang sama

* Tidak perlu terlalu mempraktikkan sesi menjawab soalan. Relaks...

*If penemuduga Tanya kita kot2 kita ada sebarang soalan pada dia, gunakan peluang itu untuk
bertanya tentang pekerjaan/kementerian tersebut. Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja.


DOA MENGHADAPI TEMUDUGA

Jika hendak pergi temuduga/berjumpa dengan seseorang dengan tujuan penting. Pada pagi yang berkenaan, buat solat subuh/dhuha/sunatdua rakaat,rakaat yang pertama selepas alfatihah baca surat Al Israa' ayat 78-80 (Aqimissholah tawalidu khisshamshi ilaghosakillailinalqurana.....hingga minladun kasulthonan nasyira). Bagi rakaat kedua selepas alfatihah baca Izaja anasrullah hiwalfaj hingga habis. Sesudah salam baca ayat Al Kursy dan Al Quraisy,sesudah itu baca doa ini...

Bismillahirrahmanirrahim,

Wahai Tuhanku,
saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, 
lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. 

Wahai Tuhanku,
bahawasanya aku memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabat-kerabatku dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, 

wahai Tuhan yang mulia.
Aku akui kesucian Mu wahai Tuhanku..Amin.


Semoga berjaya!






semua gambar adalah hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun ye.


p/s: Siti..sila jange debar ti deh..heheheheheh...nak tips lagi sila klik sini




2 comments:

Nurul Ain said...

wah ade tips dekat sini..

isnin depan igt nak pergi interview tp tak tahu jadi ke tak..hee~

(^.^)

Adahunny said...

ain: pergi la ain mana tahu ada rezeki kan...huhu