Nuffnang

Friday, September 10, 2010

Raya tanpa dia...

'dia' seorang insan yang amat penyayang
'dia' seorang anak yang sungguh taat
'dia' seorang kakak yang begitu mengambil berat
'dia' seorang isteri yang setia
'dia' seorang ibu yang cukup tabah

mendapat status ibu tunggal di usia muda
'dia' tabah membesarkan enam orang anak sendirian
sehingga semua anak-anaknya berjaya menjadi insan yang berguna
Pegawai SPRM, Pegawai audit negara, Pharmacist, Pegawai imigresen
ya, itulah anak-anak 'dia'
yang sanggup bersengkang mata menjaga dan mengurus keperluan 'dia' semasa 'dia' sakit

siapa aku pada 'dia'?
aku adalah anak saudaranya yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri
ya, kadang-kadang aku terlupa bahawa 'dia' hanyalah ibu saudaraku
kemeriahan raya akan lebih terasa apabila dapat merasa rendang hasil air tangannya di pagi yang mulia


harapan aku cukup tinggi pada tahun ini
aku mahu 'dia' cepat sembuh dari sakitnya
supaya dapat aku merasa rendangnya lagi
namun, apakan daya puasa hanya  berbaki 2 hari
'dia' telah pergi menyahut seruan Ilahi
'dia' telah dipanggil mengadap Penciptanya di bulan yang mulia, Alhamdulillah
walaupun sukar untuk melupakan 'dia', aku terpaksa merelakan pemergiannya
Ya Allah, semoga rohnya tenang di alam sana...

SELAMAT HARI RAYA MAMA...Al-fatihah



'dia' yang dimaksudkan adalah Maheran bt. Othman, ibu saudara tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 8/9/10.

 

No comments: