Nuffnang

Wednesday, April 04, 2012

Majlis Pertunangan Aswad dan Shuhada

*Cerita ini mungkin sudah agak basi sedikit sebab sudah dua bulan berlalu*

Alhamdulillah, syukur ke-hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya aku sudah selamat bertunang dengan teman lelaki yang paling rapat pada tanggal 10 February 2012 yang lalu. Aku pun seperti sukar untuk percaya bahawa aku telah menjadi tunangan seseorang :p

Mungkin ini jalan terbaik untuk kami, habis je final exam aku balik kampung dan terus rancang untuk bertunang. Bukan apa, sebab kami pun dah lama sangat berkawan. Sudah memasuki tahun kelima. Untuk menguatkan lagi ikatan kami mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan memandangkan kami akan berjauhan kembali. Tunang aku transfer kerja ke Terengganu dan aku pula di Kelantan. Risau takut kena sambar aku terus  masuk pinang dia. Eh? Haha tak lah dia lah yang datang pinang aku. 

Apa pun tarikh perkahwinan masih belum diputuskan pada hari pertunangan tersebut. Orang tua kami serahkan segalanya pada kami untuk bincang perihal tarikh perkahwinan. So, setelah berdiskusi setakat ini persetujuan bersama yang dicapai adalah kami bakal melangsungkan perkahwinan awal tahun hadapan. Lamanya bertunang....orang kata bertunang lama-lama tak elok kan? Alah..apalah sangat tahun depan, pejam celik dah tak sedar sekarang dah  April. rilekslaa aku boleh sabar lagi :) Apapun aku harapkan jodoh kami berkekalasn sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat kami. Dengn izin Ilahi. Doakan kami pleaseee..

Majlis pertunangan yang serba ringkas tapi bermakna itu berlangsung di kampung nenek tercinta. Nenek yang beria nak aku bertunang di rumahnya so aku layankan saja. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas lima juga. Senang kata tunang aku tak payah membazir sangat.

Hantaran pihak kami
From top: Kemeja from G200Men, sejadah, sirih junjung dan cincin, kek, buah-buahan


Hantaran pihak lelaki
From top: bunga sirih dan cincin, kain baju kurung, telekung, pulut kuning, kuih sekaya

The Mini Pelamin

Mini pelamin ini aku pasang sendiri. Save budget sikit semua bridal yang aku pergi sewanya mahal nak mamp___. *sambung sendiri*
So, aku yang tak berapa nak kreatif ni perahla otak reka sendiri pelaminnya. Alaa nak mantop sangat buat apa tunang je pun. Sanding nanti baru gempak dan mantop ye dopp?..





 From top: Abahku bukan abah kau. The big boss yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. The matter of fact, Umi dan nenek pun sama-sama bekerja keras. Thanks very much. Sayang semua..mmmuaaah

 Bakal mertua. ehem3x


 dan....
bergunung-gunung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman wanita, bff yang sudir hadir memeriahkan majlis aku. sayang korang jugak...mmmmuahx



You guys memang terbaik...

-sekian-

2 comments:

Unknown said...

tahniah dik...moga kekal ke jinjang pelamin..

Adahunny said...

Thanks akak :)