Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Kebaikan Thanakha Powder

Assalamualaikum.

Thanakha Powder atau bedak sejuk Thanakha mula menjadi satu fenomena sejak keluarga Nora Danish mendedahkan rahsia mereka untuk mendapatkan kulit yang cantik dan flawless dengan menggunakan produk tersebut. Buktinya sejak dua tiga hari ini hits blog saya penuh dengan keyword 'Tate By D.E.A, Tate by Nora Danish' dan macam-macam lagi. 

                              

Pheww!!! Dan hasilnya...memang tak menang tangan saya membalas sms pertanyaan dan tempahan untuk mendapatkan produk ini. Dengan stock yang sangat limited saya minta maaf sangat tak boleh nak bagi borong banyak-banyak kat kamu semua. Stok yang ada pon memang cukup-cukup untuk runcit sahaja.

 Thanakha powder yang di pack semula oleh Danish Empire Association (D.E.A). 
                                      
Untuk pengetahuan umum, produk ini berasal dari Myanmar dan sememangnya sudah berada di pasaran negara kita sejak lama dahulu. Saya masih ingat pada tahun 2010 kalau tak salah, waktu masih menuntut di UTM. Ada seorang kawan telah menawarkan untuk mencuba bedak sejuk ini memandangkan masalah jerawat saya agak teruk pada ketika itu. Hasilnya saya memang sangat sukakan produk ini. Tapi bila produk ini habis, saya tak tahu mana nak cari dah :(. Usaha saya untuk terus memakai produk ini terhenti begitu sahaja sehinggalah baru-baru ini ternampak iklan keluarga Nora Danish ada menjual produk ini di instagram mereka. Saya pun apa lagi, tanpa berfikir panjang terus buat tempahan. 

Kayu Thanakha sebelum diproses.



Oleh kerana otak saya sentiasa aktif bab-bab berniaga, saya terus terfikir untuk order banyak-banyak untuk dipasarkan. Hihihi..barang baik, mana boleh tak share!! Saya suka, dan saya yakin anda pasti suka.

Berbalik pada cerita tentang kebaikan produk, seperti dinyatakan, fungsinya seperti bedak sejuk. Bahannya adalah bebas bahan kimia. Diperbuat daripada pokok Thanakha. 'Thanakha' merupakan bahasa Myanmar yang membawa maksud pokok berbau wangi yang boleh merawat masalah kulit. Bedak ini sangat mujarab untuk merawat masalah acne dan jerawat. Ianya bertindak sama seperti kulit kayu manis. Saya pasti ada antara kamu yang pernah buat amalan tradisional ini, asah kayu manis dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat cepat masak dan kecut. Betul tak? 

Bedak sejuk ini bukan sahaja mampu merawat masalah jerawat, malah turut merawat masalah kulit yang lain. Oleh kerana produk ini diproses secara semulajadi dan tidak melibatkan bahan kimia, ianya sesuai dan selamat untuk digunakan oleh semua jantina dan pelbagai peringkat umur. Bayi berusia seawal 2 bulan pon boleh guna. Kalau ada dalam kalangan kalian yang ada baby ada masalah ruam-ruam dan eczema boleh sapukan pada bayi anda juga. Jangan risau, ianya selamat!

Sebenarnya, di Myanmar rakyat mereka mengamalkan pemakaian bedak ini untuk menyejukkan kulit muka mereka dan mengelakkan kulit mereka menjadi kering akibat daripada cuaca yang panas. Malah, pemakaian bedak sejuk ditempat awam menjadi fesyen dan bukanlah sesuatu yang pelik bagi mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada yang pernah terserempak dengan pekerja Myanmar di negara kita yang selamba je tepek bedak sejuk ke tempat kerja. Hehe

 Inilah fesyen di negara Myanmar. 
                                   
Cara pemakaian pula cukup senang. Ambil secubit dan campurkan dengan air kemudian ratakan pada seluruh wajah. Pakai sebelum tidur atau pada hari-hari biasa. Bagi suri rumah macam saya, siang malam saya pakai, untuk elakkan kulit berminyak. Kalau nak keluar, saya sapukan secara nipis sebagai alas bedak. Best sangat! 

Suami tak complain pun sebab bau bedak ini wangi :). Lagipun tekstur bedak ini tak mudah luntur macam kita pakai bedak sejuk beras yang warna putih tu. (if you get what i meant). 

Produk yang D.E.A jual ni hanya ada satu bauan sahaja iaitu lemon, sedangkan terdapat banyak lagi bau-bauan di pasaran. Saiz pula hanya 40g. Dekat luar sana ada 110g dan 300g.

Packaging asal dari Myanmar. Bahan yang sama. 

Untuk tempahan boleh dibuat sekarang. Stok dari D.E.A adalah double price dari yang original packaging dari Myanmar. Bahan yang sama :). Kalau nak dari D.E.A pun boleh, yang original packaging pun boleh (as requested, saya akan cari).

Tak payah tunggu-tunggu cepat hubungi
 Whatsapp: 0199364615


Harga 
Stok original packaging Myanmar (bau lemon, 40g): RM20


Ok, take care guys!










No comments: