Pada suatu senja nan merah, sedang aku dan golongan ibu ibu dan bapak bapak berborak, berbincang tentang hal hal semasa, kami terkesima seketika...mencari kemanakah menghilang golongan si kanak kanak. Ku toleh ke kanan, ku toleh kekiri. Tiada. Oh rupanya mereka di laman hadapan rumah. Alangkah terkejut dan terkesima sekali lagi aku dan mereka (seperti yang tersebut diatas) tatkala melihat kanak kanak tersebut sedang...sedang...sedang...errr...korang tengok la sendiri.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Depa dok bakaq rumput rupanya. LOL! Rajin betul kan depa ni. Tak payah kena suruh pun. Kitorang ingat duk main kejar kejar ke hape. Mereka nih tiga beradik, rajin pun depa la, malas pun depa jugak, kekadang degil, kekadang dengar kata. Sepanjang cuti nih ni lah kerja aku, duk babysitting depa. Eh baby lagi ke depa nih? LOL! Meh layan gambaq depa ada lagi nih
Longgok rumput tu pun depa yang buat. Ok baju biru tu si kakak, Auni Ilyana (8 thn) nama diberi oleh bonda tercinta depa, baju merah tu pulak nombor dua, Ahmad Iqbal (6 thn). Bagi sesapa yang cakap "what the H, bagi kanak-kanak main api selamba jer". Harap maklum dan jangan risau depa memang boleh di harap dan sangat berdikari sebab dah di latih sejak kecil lagi oleh bonda depa.
Si kecik yang pakai baju Mercedes-Benz tu nombor 3, Adam Luqman (4). Saja lah tu tumpang glemer abang ngan kakak. Padahal main bola je kerjanya.
Peace!!!
Iqbal sangat matang walaupun baru berusia 6 tahun. Matang disini bukanlah bermaksud matang macam Hanis Zalikha. Hehe. Matang lah sebagai budak-budak, maksud aku dia tak bersifat macam budak umur 6 tahun. He's a smart boy. Tapi nakal la jugak. Tipu la kalau tak nakal. Biasa la kids kan!
The best part is malam tadi my tuutt ( let's call him the Mister) datang bagi chicken chop. The Mister macam biasa lah pendiam orangnya, lepas hantar je borak sikit then terus balik. Tiba-tiba...
Iqbal: The Mister tu kurusss..lemah lembut
Auni : Erm..tu lah, kak Ada gemok, ganas, garang.
Eh, budak dua orang ni sempat mengomel pasal aku and the Mister. Dah tu siap cakap aku gemok lagi ye..Har har har tergelak sakan aku. Aku garang ke? tak perasan plak. Tapi kekadang tu memang aku tegas ngan dorang ni. Apa apa aje lah korang.
WhatEver: Saya sayang kamu semua wahai kiddos sekalian!!!
1 comment:
Amiey comment ye nak tggu shout mix tenet amiey lembab x kuar3 :(
Theme tu amiey tempah. hehehe banyak da renovation da tgk kat entry amiey renovation okay
Post a Comment