Nuffnang

Monday, March 23, 2015

Anniversary Gift

Alhamdulillah...dah 2 tahun perkahwinan kami. Suka duka dan pahit getir tabah dilalui bersama. Semua dah capai kecuali satu je...belum dikurniakan rezeki anak. Tapi chill...aku yakin aku boleh pregnant suatu hari nanti. InsyaAllah. Tolong doakan!

Tahun lepas dapat hadiah perfume dari suami. Suami dapat hadiah yang sama, pun perfume juga. Tahun ni mulanya mintak cincin berlian. Dah siap survey2 dah... last minute tukar decision nak jam tangan memandangkan aku tak banyak jam tangan. Boring pula asyik pakai jam yang sama je. So, masa on the way balik dari JDT aku request ngan suami nak singgah JPO lagi skali. 


 Dapat la jam Michael Kors


 Macam bangle pon ade. Ingatkan batu jed rupanya acrylic sajork...

 Apa-apa pun aku suka sangat. Thank you suamiku yang comel!!

 Untuk suami pula, macam dalam entry lepas dah cerita. Aku beli baju Armani.



Suka tengok dia pakai baju ni. Match pula tu dengan kasut dia.


Thank you for everything sayangku...


Pre-anniversary Dinner: Happy 2 Years Sayang!

Lepas je check in di Putri Harbour tiba-tiba perut bergendang minta makanan. Tepi Puteri Harbour ada deretan kedai makan yang mengadap harbour. Macam-macam restoren ada, main attraction kat kawasan tu muzium Hello Kity, dan Lat's Place. Mula-mula kitorang masuk Lat's Place, kemain pelik aku tengok ramai penyambut tetamu dengan pakaian tradisional. Rupa-rupanya restoren tutup sebab ada private function. Malu jugak lah time tu...

Opposite Lat's Place ada satu restoren nampak ekslusif. Spice Grill. Restoren makanan India dan western. Tengok menu ada lobster. Wah...dah lama mengidam nak makan lobster ni, terus tarik husband aku masuk restoren ni. 


Lama gak ar tunggu makanan siap. Sempat selfie-selfie dulu

Tadaa...tu dia main course kitorang malam tu. 1.4 kilogram sekor. RM240/kg u ols. So harga lobster je dah RM312. Pheww nasib laki aku belanja.





Aku tengah syok makan husband sibuk snap gambar candid. Nampak macam menikmati sangat...

Disebabkan kitorang makan dah beratus untuk malam tu je, so aku decide lepas ni no more specific dinner untuk kitorang punya anniversary. Happy 2nd anniversary sayangku... semoga hubungan kita kasih sayang kita kekal utuh hingga ke akhir hayat. Bercinta sampai syurga ok? InsyaAllah suatu hari nanti kita akan dapat menikmati anugerah terindah dalam hidup kita. 

Sunday, March 22, 2015

A visit to Legoland Malaysia

Hari kedua di JDT aku dan husband ke Legoland. Mula-mula takde pun dalam plan aku tapi si husband ni la insist sangat nak pergi. Alang-alang dah kat JB katanya. Kalau aku better pergi USS, Singapore je terus. Puas pujuk tapi tak mau jugak dia. Layankan jelah...Suami kan!!!


Before keluar mesti nak pose dulu, tambah pula ada cermin basar macam tu. Ni waktu kat Tune Hotel.

Dalam kereta pun sempat. Abaikan muka husband aku tu. Dia memang suka buat muka kalau snap gambar. tak pernah nak seriuslah

Beratur beli tiket. Nasib takdelah ramai sangat orang hari tu. 


Kitorang berdua je masa ni. Tengah cari orang nak mintak tolong snapkan gambar pastu tetiba sorang mamat pakai uniform Legoland approach kitorang offer nak tolong snapkan gambar. Lepas amik guna phone kitorang dia offer nak snap guna DSLR dia. Siap ajar kitorang pose lagi. Kononnya nak buat kenangan Legoland. Padahal....sesuatu sangat. Dorang saje je suruh kita tengok balik gambar-gambar yang dorang amikkan tu bila nak keluar dari Legoland nanti. Bila tengok gambar cantik confirmlah terpedaya nak beli buat kenangan kan! Gambar kat atas ni gambar dari kamera dorang.

Ni gambar iphone aku. Tak boleh lawan DSLR.

Happynya laki aku nih..

Kesian akak ni kena cubit hidung...


Kitorang masuk dalam muzium Star Wars. Tapi before tu dah naik roller coaster tapi tak sempat mik gambar. Thrill la jugak roller coaster yang mula-mula tu...nak tercabut jantung...


Masa ni nak masuk beratur kat roller coaster Dragon. Nampak macam best tapi tak thrill sangat pun. 

Hai sayang...gicheww

Belilah jugak air dalam botol ni untuk kenangan. Mahal betul RM28 untuk pertama kali beli sekali dengan air. Lepas tu topup air RM5 je. 

Basah lenjun...naik apa tah nama dia yang macam boat tu. air terpercik sampai dalam boat. 

oh hai lego parrot...

Kat dalam 4D movie. Siap ada air hujan lagi. Basah lagi sekali. 


miniature city

KLCC pon ado...

Dah penat kitorang bersantai-santai pulak naik remote control boat. Boat ni gerak sendiri tapi kitorang kena kawal la stering dia.

Berehat kat bangku sementara tunggu roller coaster yang mula-mula kitorang naik tadi buka. Cuaca waktu tu macam nak hujan so atas faktor keselamatan dorang tutup sekejap. Tunggu punya tunggu tak buka-buka. Frust!

Kitorang decide nak keluar dari situ. Before tu singgah sekejap di Brick Shop untuk tengok gambar-gambar kitorang. Tengok gambar semua cantik-cantik. 


Aku pun terpedaya laa beli 4 keping gambar, Satu tu printed atas lego. Semua skali RM220. Ok lah buat kenangan. Then, kitorang terus ke Puteri Harbour untuk check in. 

Bagi aku Legoland ni tak sesuai untuk adults sebab banyak mainan budak-budak je. Next kitorang plan nak pergi USS, Singapore plak. 




Saturday, March 21, 2015

Holiday in Johor Bahru, Day 1

Beberapa hari lepas iaitu pada 15 Mac hingga 17 Mac 2015 sempena cuti sekolah pertengahan penggal 1 aku dan suami telah bercuti di Johor Bahru. Cuti kali ni kami tak balik kampung di Kelantan. Saja nak jalan-jalan release stress dan menggamit memori dolu-dolu semasa belajar di UTM. Konon-konon pre-anniversary getaway pun ye jugak. Sebelum pergi bercuti macam-macam dah di plan. Nak pergi mana nak makan apa semua lah. SO antara yang masuk dalam list aku adalah JPO, Restoran Pinang, UTM, Bazar Karat dan Legoland.

Awal-awal lagi dah book hotel through Agoda.com. Untuk hari pertama kitorang stay kat Tune Hotel, Danga Bay. Second night kitorang stay di Puteri Harbour. 


Haruslah selfie sebelum memulakan perjalanan

Tempat pertama serbu Johor Premium Outlet, JPO dulu. Plan memang nak bercuti and shopping sekali. Dalam kepala nak kasut. 


Berkenan kasut bermuda Salvatore Ferragamo. Nasib kat JPO ada dia punya company store. Nak kasut warna pink tapi dah habis stok plak. So beli je lah yang nude colour punya. Pun lawa jugak.


Inilah dia hasil tangkapan untuk hari ni. Banyak betul sale memang tak tertahan godaan. Banyak juga yang sempat di pancing. Antaranya sneakers Puma aku dan husband. Kasut Rubi sempat tangkap 2 pasang. Giler murah RM15 je satu. La Senza pun tak terkecuali. Lagi satu handbag from Kate Spade. Masa nak beli tu aku cakap kat husband aku tak payah ikut. hahaha sekali bila dia tahu aku beli handbag lagi memang berbakul-bakul laa dia ceramah. 

Beli baju ni untuk husband sempena anniversary kedua kami. Punyalah kena marah sebab dia kata baju je pon tak payah mahal-mahal. Tapi bagi aku sekali sekala nak menghargai suami ok je. Baju ni from Emporio Armani. Beli ni pun sebab dapat diskaun 60%. Kalau takde diskaun tak mampu jugak. Harga asal RM1597 lepas dapat diskaun dapatlah RM639. Aku pun tak pakai baju beratus macam ni. 


Dah habis shopping terus ke Taman Universiti, Skudai. Tujuannya nak ke Restoran Pinang ni lah. Tempat makan wajib aku zaman belajar dulu. 


Menu dia nah...ayam penyet. tapi serius rasa dah lain dah. Ayam pun makin kecik sampaikan kezen aku tanya tu ayam ke puntung kayu? haha melampau tau kezen aku tu.  Lagi satu sambal dia pun dah tak kick macam biasa. Patutlah waktu aku pergi tu nampak macam tak ramai orang. Time aku belajar dulu memang ramai sangat makan kat situ. Then lepas makan kami sempat masuk UTM kejap. Semua masih lagi sama. Tak tahu kenapa aku rasa macam baru semalam je tinggalkan UTM. Serius aku rindu!


Lepas makan kami terus check in Tune Hotel. Malam kang keluar ke bazar karat sebab husband nak jumpa kawan-kawan sekolah dia. 


Sempat posing depan MPJBT. Lepas ke bazar karat ni aku ngan husband dan kawan-kawan dia plan nak minum-minum. Mula-mula cadang nak ke Stulang. Tapi last minute tukar plan kitorang ke steamboat cucuk kat Dataran JB tu je. Tapi disebabkan perut dah full, aku tak makan pun steamboat kat situ. Then, kami balik ke hotel..esoknya nak pergi Legoland pulak. Till then, sambung next entry.