Awal-awal lagi dah book hotel through Agoda.com. Untuk hari pertama kitorang stay kat Tune Hotel, Danga Bay. Second night kitorang stay di Puteri Harbour.
Haruslah selfie sebelum memulakan perjalanan
Tempat pertama serbu Johor Premium Outlet, JPO dulu. Plan memang nak bercuti and shopping sekali. Dalam kepala nak kasut.
Berkenan kasut bermuda Salvatore Ferragamo. Nasib kat JPO ada dia punya company store. Nak kasut warna pink tapi dah habis stok plak. So beli je lah yang nude colour punya. Pun lawa jugak.
Inilah dia hasil tangkapan untuk hari ni. Banyak betul sale memang tak tertahan godaan. Banyak juga yang sempat di pancing. Antaranya sneakers Puma aku dan husband. Kasut Rubi sempat tangkap 2 pasang. Giler murah RM15 je satu. La Senza pun tak terkecuali. Lagi satu handbag from Kate Spade. Masa nak beli tu aku cakap kat husband aku tak payah ikut. hahaha sekali bila dia tahu aku beli handbag lagi memang berbakul-bakul laa dia ceramah.
Beli baju ni untuk husband sempena anniversary kedua kami. Punyalah kena marah sebab dia kata baju je pon tak payah mahal-mahal. Tapi bagi aku sekali sekala nak menghargai suami ok je. Baju ni from Emporio Armani. Beli ni pun sebab dapat diskaun 60%. Kalau takde diskaun tak mampu jugak. Harga asal RM1597 lepas dapat diskaun dapatlah RM639. Aku pun tak pakai baju beratus macam ni.
Dah habis shopping terus ke Taman Universiti, Skudai. Tujuannya nak ke Restoran Pinang ni lah. Tempat makan wajib aku zaman belajar dulu.
Menu dia nah...ayam penyet. tapi serius rasa dah lain dah. Ayam pun makin kecik sampaikan kezen aku tanya tu ayam ke puntung kayu? haha melampau tau kezen aku tu. Lagi satu sambal dia pun dah tak kick macam biasa. Patutlah waktu aku pergi tu nampak macam tak ramai orang. Time aku belajar dulu memang ramai sangat makan kat situ. Then lepas makan kami sempat masuk UTM kejap. Semua masih lagi sama. Tak tahu kenapa aku rasa macam baru semalam je tinggalkan UTM. Serius aku rindu!
Lepas makan kami terus check in Tune Hotel. Malam kang keluar ke bazar karat sebab husband nak jumpa kawan-kawan sekolah dia.
Sempat posing depan MPJBT. Lepas ke bazar karat ni aku ngan husband dan kawan-kawan dia plan nak minum-minum. Mula-mula cadang nak ke Stulang. Tapi last minute tukar plan kitorang ke steamboat cucuk kat Dataran JB tu je. Tapi disebabkan perut dah full, aku tak makan pun steamboat kat situ. Then, kami balik ke hotel..esoknya nak pergi Legoland pulak. Till then, sambung next entry.
No comments:
Post a Comment