Nuffnang

Monday, November 15, 2010

KAHWIN


It's been a while.....yeah miss you too!

kali nih aku nak cerita pasal kahwin. best oh kalau dapat kahwin awal. ishh gatal nye. meh garu meh. hehe
Negeri aku tercinta ada buat satu program KAHWIN PERDANA untuk 100 pasangan yang layak. bestnya rasa macam nak pergi daftar je. cerita ni dah lapuk sebab dah dua tiga hari lepas kot tapi aku nak post juga. meh baca jom


KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan 
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November 

WhAteVEr: baru je baca sinar harian dalam tu cakap masih ada tempat lagi. so, sesiapa yang berminat boleh la gi daftar sekarang....ingat tak entry lama aku? klik link nih. ok bye! kahwin pree ni bai...syok oh!

Tuesday, November 09, 2010

Kompilasi tips untuk perut KEMPIS menawan!



urghhh perut moncett. mencikkk!

1. Perut muncit sebab makan tak sikit
so, apa nak buat? jom kita review tips dari blog kevinzahri.com. Bagi sesiapa yang malas nak terbang ke blog dia boleh baca kat sini je. 


  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melakukan beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sesi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
2. Petua bagi yang malas nak buat senaman bagai.

Petua 1
Kamu bancuh segelas teh tanpa gula then, perahkan sebiji limau nipis. Minum. Konfemmm tercirit lepas tuh. hahaha serius weh. Buat la hari hari kempis la perut tu.
*sesiapa yang ada gastrik harap jangan tiru langkah ini


Petua 2

Kamu amik sedikit kapur makan dan perahan jus limau purut. Then, gaul kedua dua bahan hingga sebati. Sapukan campuran bahan tersebut pada perut kamu setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia kering pagi esok baru basuh.

Petua 3
Kamu beli losyen Secret Garden untuk bakar lemak tu. Sapu kat perut dua kali sehari tiap tiap hari. InsyaAllah berkesan hendaknya. Secret Garden tau jangan beli yang Dunia Herbs atau Yusmira Trading. Bukan kata tak jadi, tapi lambat kesannya berbanding Secret Garden. Mengikut pengalaman kawan dan diri sendiri. Tapi jangan jadi macam aku dua tiga hari je maintain sapu. Lepas tu dah tak amalkan. Hampas kelapa betul. 

3. Cara lagi mudah

Kamu pakai je korset. Kan berlambak di pasaran. Pakai selalu insyaAllah jadi.


Amalkan la kalau nak pewoot yang macam nih

sexxayy...lalalalala~

perghhhhhhh!
Mudah je sebenarnya kan...mau tak mau aje masalah nye. Bak kata pepatah..jeng jeng jeng...

"uhuk uhuk uhuk...hendak seribu daya, taknak seribu dalih"


WhAteVEr:teringat pulak gaya cikgu bahasa Inggeris(Sir Muhamad) aku cakap pepatah ni waktu aku darjah lima. Beliau selalu cakap pepatah ni kalau ada budak yang tak siap homework yang dia bagi. *sambil cubit pewoot ooo* sakit. Aku pernah rasa gak. hehe


AURA


Pernah dengar tak perkataan AURA?
pekebebal sangat aku tanya soalan. mesti ah semua orang tahu kan..ishhh
ke ada jugak yang tak tahu? haa meh aku terangkan apa itu AURA
bila aku google image aura keluar benda nih



banyak lagi gambar. sila google sekarang!

Alright, AURA ni sejenis kueh yang dimakan bersama cucur udang dan air kopi. Pelik? aku lagi pelik sebab tak tahu apa yang aku duk merapu nih. haha don't take it serious! gurau je babe.
Hmmm...Aura...aura...aura apa eh? selalunya bila sebut aura ada je orang yang kaitkan benda alah ni dengan paranormal. Apa kaitannya pon aku tak tahu. Kalau nak tahu apa itu aura dengan lebih lanjut sila godek sini. Malas nak story panjang panjang kat sini sebab aku nak cakap pasal aura lain.

Selalu aku dengar kawan kawan cakap ''eh tengok dia tu, dia tu ada aura tau sebab walaupun tak cantik tapi ramai suka dia, ramai orang suka kawan ngan dia''. Get it? haa aura ni lah yang aku nak story kat hangpa semua. Biasanya, orang yang cantik atau hensem la ada aura. Aikss aura ni  boleh nampak ek? aku pun tak tahu. Tapi aku boleh rasa orang yang ada aura ni. hohoho bajet macam magician la pulak kan. But really, I just know. Tak tahu lah gifted kot. Contohnya aku ada seorang kawan, dia ada aura yang tersendiri yang buat ramai lelaki suka kat dia. Ramai la yang dah aku jumpa. Kalau kat fesbuk tuh ada la dua tiga orang yang ada aura. Bila dia update je status ramai je yang nak komen setiap status dia. I means setiap apa yang dia buat pasti akan menarik perhatian orang dan orang suka untuk bagi perhatian kat dia. Faham tak? sebab aku dah rasa macham terbelit belit je ayat uh. haha

Contoh lagi, HANIS ZALIKHA. Semua kenal kan? bagi aku dia pun ada aura tersendiri yang akan buat orang suka kat dia at the first sight. I mean sekali je baca blog dia terus suka untuk follow. Macham aku lah. Sekali je baca blog dia terus suka dan follow dia punya update. Selain itu, cehh macam nak wat karangan la pulops. Aku nak amik contoh watak Chinta dalam drama Chinta yang tengah hot hot heat macam  fried banana tuh. erkk  fried banana? Chinta aka Fasha Sandha sememangnya seorang yang sangat gorgeous kan. (well aku suka dia. sapa tak suka sorry la) Ok, dalam drama tu aku nampak dia ada aura tersendiri plus dengan pakej cantik yang dimilikinya dia mampu buat semua orang gila pada dia. Ye lah walaupun semua orang tahu dia tu *kupu kupu malam* tapi ramai yang gilakan dia sampai sanggup bunuh bunuh orang, gaduh anak beranak and macham macham lagi lah. Kuat betul aura dia kan. 

Well, kamu rasa kamu ada aura tak? Apa yang buat kamu rasa yang kamu ada aura. Aku rasa aku ada...AURA POWER RANGERS. chopp aku power rangers kunin. hehe Chill!


Cool tak cool tak? weh kawan kawanku sekalian sila jangan marah....hihihi



WhAteVEr : first paper exam tadi membunuhku...need to struggle for the next paper. tak mo main main dah. sumpah!