Pernah dengar tak perkataan AURA?
pekebebal sangat aku tanya soalan. mesti ah semua orang tahu kan..ishhh
ke ada jugak yang tak tahu? haa meh aku terangkan apa itu AURA
bila aku google image aura keluar benda nih
banyak lagi gambar. sila google sekarang!
Alright, AURA ni sejenis kueh yang dimakan bersama cucur udang dan air kopi. Pelik? aku lagi pelik sebab tak tahu apa yang aku duk merapu nih. haha don't take it serious! gurau je babe.
Hmmm...Aura...aura...aura apa eh? selalunya bila sebut aura ada je orang yang kaitkan benda alah ni dengan paranormal. Apa kaitannya pon aku tak tahu. Kalau nak tahu apa itu aura dengan lebih lanjut sila godek sini. Malas nak story panjang panjang kat sini sebab aku nak cakap pasal aura lain.
Selalu aku dengar kawan kawan cakap ''eh tengok dia tu, dia tu ada aura tau sebab walaupun tak cantik tapi ramai suka dia, ramai orang suka kawan ngan dia''. Get it? haa aura ni lah yang aku nak story kat hangpa semua. Biasanya, orang yang cantik atau hensem la ada aura. Aikss aura ni boleh nampak ek? aku pun tak tahu. Tapi aku boleh rasa orang yang ada aura ni. hohoho bajet macam magician la pulak kan. But really, I just know. Tak tahu lah gifted kot. Contohnya aku ada seorang kawan, dia ada aura yang tersendiri yang buat ramai lelaki suka kat dia. Ramai la yang dah aku jumpa. Kalau kat fesbuk tuh ada la dua tiga orang yang ada aura. Bila dia update je status ramai je yang nak komen setiap status dia. I means setiap apa yang dia buat pasti akan menarik perhatian orang dan orang suka untuk bagi perhatian kat dia. Faham tak? sebab aku dah rasa macham terbelit belit je ayat uh. haha
Contoh lagi, HANIS ZALIKHA. Semua kenal kan? bagi aku dia pun ada aura tersendiri yang akan buat orang suka kat dia at the first sight. I mean sekali je baca blog dia terus suka untuk follow. Macham aku lah. Sekali je baca blog dia terus suka dan follow dia punya update. Selain itu, cehh macam nak wat karangan la pulops. Aku nak amik contoh watak Chinta dalam drama Chinta yang tengah hot hot heat macam fried banana tuh. erkk fried banana? Chinta aka Fasha Sandha sememangnya seorang yang sangat gorgeous kan. (well aku suka dia. sapa tak suka sorry la) Ok, dalam drama tu aku nampak dia ada aura tersendiri plus dengan pakej cantik yang dimilikinya dia mampu buat semua orang gila pada dia. Ye lah walaupun semua orang tahu dia tu *kupu kupu malam* tapi ramai yang gilakan dia sampai sanggup bunuh bunuh orang, gaduh anak beranak and macham macham lagi lah. Kuat betul aura dia kan.
Well, kamu rasa kamu ada aura tak? Apa yang buat kamu rasa yang kamu ada aura. Aku rasa aku ada...AURA POWER RANGERS. chopp aku power rangers kunin. hehe Chill!
Cool tak cool tak? weh kawan kawanku sekalian sila jangan marah....hihihi |
WhAteVEr : first paper exam tadi membunuhku...need to struggle for the next paper. tak mo main main dah. sumpah!
2 comments:
i like!hikhik..
p/s: saye nak aura pwer rngers purple der tak...hehe
thanks cik I M A N kerana sudi jengok sini..wane pepel ek? tak jumpa la plak..nanti saya carik eh..haha
Post a Comment