Nuffnang

Monday, November 15, 2010

KAHWIN


It's been a while.....yeah miss you too!

kali nih aku nak cerita pasal kahwin. best oh kalau dapat kahwin awal. ishh gatal nye. meh garu meh. hehe
Negeri aku tercinta ada buat satu program KAHWIN PERDANA untuk 100 pasangan yang layak. bestnya rasa macam nak pergi daftar je. cerita ni dah lapuk sebab dah dua tiga hari lepas kot tapi aku nak post juga. meh baca jom


KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan 
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November 

WhAteVEr: baru je baca sinar harian dalam tu cakap masih ada tempat lagi. so, sesiapa yang berminat boleh la gi daftar sekarang....ingat tak entry lama aku? klik link nih. ok bye! kahwin pree ni bai...syok oh!

No comments: