Nuffnang

Sunday, August 29, 2010

Buat duit kat FACEBOOK and TWITTER dengan CHURP CHURP!


Awas: Ini bukan bisnes affiliate atau MLM okke. Baca dulu!

Pernah ke korang dengar pasal ChurpChurp ni? Jujur weh aku cakap ni first time aku dengar. Tehee...Kalau korang dah sign up benda ni bagus lah. K kalau blogger dapat duit dari Nuffnang Ads, korang jangan la kecik hati wei. Tak semestinya takde blog korang tak leh nak wat duit. Hoho..kat Facebook and Twitter korang pun dah boleh letak Ads dah. Biasa kan kita tengok Ads yang dekat facebook tuh.*Korang klik ke tak?* Daripada korang online buang masa tak salah sambil menyelam tu minum air sikit (bulan puasa ni weii). Dah tu korang tak perlu nak buat ape pon. Tak perlu nak pujuk-pujuk orang macam MLM tuh. Senang kan. Kat mana nak amik iklan nih? Haaa...senang je, sign up je ChurpChurp ni. Alaa kalau anda seorang blogger, benda ni macam nuffnang je. Cuma bezanya, Nuffnang untuk blog, ChurpChurp untuk facebook and twitter. Cakap banyak pun tak guna. Jom sign up dulu kat sini ChurpChurp


Sila klik pada gambar untuk tumbesaran tulang temulang




Dah sign up dah? okke jangan pening-pening nanti saya ajar satu-satu k.

So, once dah daftar anda kena authorized kan akaun facebook atau twitter anda macam ni. Langkah ni penting sebab nanti iklan yang akan diberikan akan automatik je masuk anda punye facebook atau twitter akaun anda.



Bila dah authorized akaun, anda kena set up Dashboard anda dengan betul. Dibahagian Specific assignment options tandakan samaada korang nak terima iklan berunsur tobacco atau alcohol-relared.. kalau tak nak dapat iklan-iklan berunsur macam tu jangan tandakan apa-apa.


Now, Dibahagian Customize disclaimer for scheduled tweets letakkan perkataan [ad] atau [ads] atau [iklan] atau apa saja yang anda rasakan sesuai, dan set perkataan tersebut samaada nak dihadapan iklan atau pada ayat terakhir iklan. Better guna pada permulaan ayat.



Siap...sekarang anda dah siap kemaskini akaun anda. Apa perlu buat? Just tunggu tugasan yang akan diberikan oleh pihak ChurpChurp je sekarang. Tugasan akan dihantar melalui email yang anda daftarkan. Maka dengan itu, rajin-rajin lah ye check email anda! Oleh sebab saya pun baru je sign up, so kita tengok contoh tugasan orang lain lah dulu ye. Credit to Zaid




Contoh email

Lepas je dapat email macam tu, anda terus login akaun ChurpChurp anda. Then anda boleh tengok macam ni...


Lepas login anda akan dapat dua alert. Alert yang pertamanya ada diatas tab (Scheduled Tweets) dan yang kedua ada dibawah (Pending Scheduled Tweets)… Note that kedua-duanya adalah amaran yang sama. Suka hati anda lah nak klik either one. Then anda akan nampak ada 1 tugasan iklan yang ChurChurp bagi tu. Tengok contoh dibawah, si Zaid ni dapat campaign tentang Celcom Glee, Campaign selama 27-ogos-2010 hingga 01-sept-2010, iklan akan dipublish ke akaun twitter dan facebook anda dalam masa tersebut. Apa yang perlu anda buat lepas tu??… ok baca Brief yang ChurChup bagi tu, kat situ ada detail tentang pengiklan yang nak kita buat. Nampak tak anak panah kat gambar tuh… haaa itu adalah keywords yang ChurChurp nak korang letak kat kotak compose nanti. Lepas tu anda kena buat ayat macam contoh kat bawah ni. 





Anda kena buat ayat dengan memasukkan ketiga-tiga keywords yang ChurpChurp bagi. Suka hati lah nak buat ayat macam mana pun. Ikut kreativiti anda masing-masing. Tak kisah la ayat tu dalam english or malay yang penting tiga keywords tu kena masuk kat dalam ayat tu. Faham?! Pastikan juga keywords yang anda masukkan tu betul ye. Kalau tak nanti sia-sia je kena reject. Kalau dah puas hati anda terus je klik submit but then kena ingat sekali je boleh klik submit. Meaning that anda dah takleh nak edit ayat yang anda buat tu. So, pastikan anda check betul-betul sebelum tekan butang sumbit tu k. Then, kalau anda rasa tak nak publish iklan tu anda boleh terus tekan butang reject.  





Macam mana nak tahu iklan tu dah berjaya ke belum? Okay now, lepas dah submit apa semua, anda kena tunggu conformation dari pihak ChurpChurp. Bila ChurpChurp dah approve iklan tu akan terus di auto publish kat facebook atau twitter anda semua. Lepas tu kena tunggu sehari dua pulak untuk anda tengok berapa ringgit yang anda dapat dengan iklan tersebut.




DONE

Senang je kan? so apa lagi sign up laa kat sini--->ChurpChurp..saya dah sign up. Anda bila lagi? And one more important thing, let's spread this out don't be  the last person to know!

Kalau ada apa-apa masalah berkaitan ChurpChurp atau nak tanya apa-apa soalan boleh contact mereka di http://www.churpchurp.com/contact-us/ 

ChurpChurp yang cute mute








Idaman wanita, perempuan, isteri, kekasih dan ...



Hans Isaac

Fahrin Ahmad

Oh...ini saya mau!! Wentworth Miller

Lelaki bagaimanakah yang betul-betul menjadi idaman wanita? handsome kah macam abang-abang kat atas tuh? kaya kah? pakai kereta besar kah? Bagi saya tak semua kotttt...So apakah.....characteristic yang mesti ada pada lelaki yang menjadi idaman setiap wanita di luar sana? Para jejaka kat luar sana sila renung-renungkan, adakah semua sifat yang dinyatakan di bawah ini ada pada anda. Kaum wanita, mari kita selidik...


1. PRIHATIN

Setuju atau tidak lelaki yang prihatin menduduki carta teratas dalam list setiap wanita? Maksud prihatin disini adalah seorang lelaki itu mampu menjadi pendengar yang baik untuk pasangannya. Menjadi pendengar yang baik amat penting ya untuk lelaki kalau nak jadi idaman wanita. Ini kerana wanita akan rasa lebih dihargai. Tapi jangan pula dengar telinga kanan pastu keluar telinga kiri kemudian buat derkkk jer. Ha itu memang layak kena pelangkung la gamaknya. Dengarlah setiap luahan hati wanita dengan baik. Beri nasihat apa yang patut okke guys?????????

2. SUPPORTER

Lelaki yang sentiasa menjadi pembakar semangat dan pendorong setiap wanita dalam melakukan sesuatu perkara juga turut menjadi idaman. Betul tak girls?? betul annn.....Memang spoil la kalau dapat balak yang tak pernah nak support apa yang kita buat. Menyampah uhuk3x

3. PATUH PERINTAH AGAMA

Mesti ar nak yang jaga solat, jaga iman, dan etc...kan. Diorang kan pemimpin keluarga. So, kalau diorang sendiri pun goyang lagi macam mana nak bimbing kita. Okke girls kat luar sana ingat tau ni amat penting untuk kita bina keluarga yang bahagia. InsyaAllah berkekalan dunia akhirat. Jauhi penceraian (erkk...tetiba je, boleh kan?)

4. CERIA DAN PANDAI BERJENAKA

Ohohoho...i like this muchos lah! Barulah happy sokmo orang kata. Cuba bayangkan kalau kita tengah tension then si dia pula duk buat lawak n cuba ceriakan hati kita. Tak ke boleh hilangkan 'ketensean' kita tuh? Guys, ingat! be humorous okke. Jangan asyik serious je 24/7. Ada benda yang patut serious, serious laa tapi jangan la melampau-lampau asyik nak serious je. Nak tunjuk macho la katakannn...hahaha

5. BIJAK

Yess. Bijak tu penting. Bijak dalam menguruskan wang, bijak dalam menguruskan waktu, bijak dalam membuat sebarang keputusan dan etc... Kalau tak kita la yang asyik tension, mana tak nya kalau date janjinya
pukul 10 a.m pukul 2.00 p.m still tak nampak batang hidung. Oh melampau nih. Perempuan tak suka ye kalau lelaki tu tak pandai nak buat keputusan. For example, girls tanya "Hari ni kita nak date kat mana sayang?" Guys jawab " Entah, suka hati awak lah". Grrrr...geram betul. Kalau sekali dua takpe lagi nak jawab camtu. But, kalau setiap kali dating asyik girls aje yang kena decide mana nak pergi memang menyampah tahap gaban la weiii

6.PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERAT

Sayang menyayang!!ewah...romantik la senang cerita. Nak masuk kereta pun bukan main lagi tolong bukakan pintu awek. Nak duduk kat restoran siap tolong tarikkan kerusi lagi. Ada lagi ke orang macam tu? Bukan kat dalam drama je ke? Ohohoho...tak semestinya tak buat macam tu tandanya tak sayang kan?..Banyak lagi cara lain untuk tunjuk kan sayang tau. Ingat! Lain orang lain caranya okke. Yang penting penyayang la takde nak pukul-pukul awek. Pukul-pukul sayang takpe. Jangan pulak lepas ni pukul sampai lebam bila orang tanya "Eh kitorang main pukul-pukul sayang je"..(hotak kau!). Jangan lupa selalulah tanya  khabar awek tu setiap hari. Dah makan ke dia, dah mandi ke dia and whatever lah. Baru lah awek tu rasa disayangi. *jangan penyayang duit sudah la ye guys* hehehe

7.MENJAGA PENAMPILAN

Cuba bayangkan mamat ni dengan rambut serabai, jeans koyak rabak, muka comot and bau fullamakkkk Tuhan saja yang tau. Hmmmm wangiii..ahahaha melampau betul imagination aku weh. Agak-agak girls, korang nak ke jalan ngan dorang??Jujur la weii..

8.TIDAK TERLALU MENGONGKONG DAN OVERPROTECTED

Mentang-mentanglah awek kau lawa, konon takut kena rembat sampai kau control awek kau tu kaw-kaw. Kesian si awek tuh. Awek mana lah yang tahan kalau kena control lebih-lebih. Tak salah nak control, tapi berpada-pada lah. Kang kalau tak control kang awek kau kata tak sayang pulak kan. Agak-agak ar! jangan sampai jadi overprotected awek nak pergi tandas buang harta pun nak kena bagitau. Haishhh rimas weh!


9.MENGHORMATI DAN PANDAI MENGAMBIL HATI ORANG TUA

Oh so sweet! Wanita akan tersentuh jika lihat boyfriend dia pandai layan orang tua mereka. Tak kisah lah mak ayah dorang ke atau pun mak ayah korang sendiri. Jadi pandai-pandai lah korang ambil hati orang tua. Selalu lah belikan buah tangan bila berkunjung ke rumah awek anda. hehe

10. MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR

Ohoo ini penting jugak tapi kenapa aku letak kat paling bawah nih. Haih. Harus ye saling memahami antara satu sama lain. Ibarat makan ulam kalau takde budu atau belacan...tak syok kan??Haa macam tu lah rasanya kalau anda tak memahami awek anda. (Erkk..ade kaitan ke weh?). Sila bertolak ansur ye jangan ingat kau nak menang je kerjanya. Sekali sekala bagi lah awek kau pulak yang menang...agagagagaga

-Habis daa-

p/s: lelaki yang baik untuk wanita yang baik. tetibe jer!

Saturday, August 28, 2010

Lagu raya volume 2

    Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
    Rafeah Buang - Selamat Hari Raya
    Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
    Raihan & Now See Heart - Hari Raya Untuk Semua 
    Raihan & Now See Heart - Satu Pagi Di Hari Raya 
    Raihan feat. Man Bai - Harapan Ramadhan
    Saloma - Selamat Hari Raya
    Sanisah Huri - AidilFitri
    Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
    Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
    Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
    Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
    Siti Nurhaliza - Suara Takbir
    Sudirman - Balik Kampung
    Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
    Sudirman - Selamat Hari Raya
    Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya


(41.62MB)

Jom download lagu raya oldskul oleh penyanyi asal kat sini!






update: nah amik link nih senang. download sekali banyak2 terus



p/s: kepada mereka-mereka yang tak dapat pulang ke kampung raya kali ini diharap jangan bersedih ye! Selamat menjalankan tugas anda

Adab berdoa dan waktu yang mustajab untuk berdoa


Selalu tak anda semua berdoa tapi tak dimakbulkan. Macam mana Tuhan nak makbulkan kalau adab berdoa dah tak betul. So, mari lah sama-sama kita tengok adab berdoa yang betul supaya setiap doa kita yang dipohon dengan bersungguh-sungguh dimakbulkan oleh Tuhan. InsyaAllah.



1. Kita hendaklah berada dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar, serta cuci pakaian dan tempat berdoa.

2. Sangat dituntut untuk mengadap kiblat sewaktu berdoa, kemudian berdoalah dengan khusyuk dan tawadduk serta merendah diri kepada Allah S.W.T

3. Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak, disamping perut anak jari menghadap ke atas. 

4. Mulakan lah doa dengan memuji Allah S.W.T. sekurang-kurangnya dengan membaca
"Alhamdulillahirabbilalamin" diikuti dengan membaca Selawat ke atas Nabi, sekuran-kurangnya dengan membaca " Allahummasolli'ala saidina muhammadin wa'ala alihi wasahbihi wasallim". Seterusnya berdoalah untuk kedua ibu bapa kita sebelum kita meneruskan dengan hajat kita yang sebenar. 

5. Setelah selesai berdoa, sapukan kedua tangan ke muka.

6. Berdoa hendalah dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T akan memperkenankan doa kita. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hatinya lara dan lalai, atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti tersebut. 

7. Setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan doa kepada Allah semasa dalam keadaan senang atau mudah, supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah.

8. Berdoa dengan suara yang perlahan serta merendah diri, disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

9. Sebaik-baik doa adalah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.

10. Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi hajat anda sekurang-kurangnya tiga kali.

11. Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masayarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuati yang mustahil.

12. Jangan sekali-kali merajuk apabila doa belum dikabulkan oleh Allah. Sebaliknya kita hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada Allah.

13. Sebelum mengakhiri doa anda dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan Selawat atas Nabi serta puji-pujian kepada Allah.

*Jangan lah berdoa sekadar melepaskan batuk di tangga tapi lepas tu mengharapkan supaya Allah kabulkan permintaan kita. Ingat kita nak minta sesuatu kena lah bersungguh-sungguh. Kita nak minta dengan Tuhan supaya hajat kita termakbul, samalah seperti kita nak mintak something dengan parents kita, for example nak minta duit. Bersungguh-sungguh tak anda minta??? Abis segala pujian anda bagi kat parents kan. Lemah lembut je cakap ngan mak ayah time tu. Cuba anda mintak acuh tak acuh je. Ada diorang akan bagi??Tak annnnnnn.....haaaa samalah situation nya ngan berdoa kat Tuhan. So, renung2 kan dan selamat beramal..~~



Waktu-waktu mustajab untuk berdoa

Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
Setiap lepas solat fardhu
berdoa di tempat yang sunyi supaya khusyuk
ketika dalam peperangan atau darurat
ketika sujud terakhir solat fardhu
ketika dizalimi orang
semasa musafir
bapa mendoakan kebaikan anak
ketika wukuf di padang Arafah
selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
selepas solat Asar
ketika hendak berpuasa
ketika sakit
doa padam malam Lailatul-Qadr
doa pada malam Jumaat
berdoa dalam masjidil Al-haram
berdoa dalam masjid Nabawi
berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis
Apabila khatam membaca Al-quran
doa raja yang adil
doa anak yang taat kepada ibu bapa
doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjid Al-Haram
berdoa di Hijir Ismail
berdoa di mana jua masjid

p/s: Semoga Tuhan merahmati kalian yang sedang membaca blog ini dan klik dekat iklan Nuffnang! Amin

Thursday, August 26, 2010

Hey mat saleh...layan je laa



cute and kelakar depa nih. 
hilang tension aku kejap
gelak guling-guling kot
Hahahahahahahahahaha

Tuesday, August 24, 2010

His 22nd birthday but I am not with him right now. Happy birtday SAYANG!!!


SAYANG! Happy birthday tau. Hanya mampu mengucapkan dari jauh. sob...sob...sob. Tak dapat nak bawa U makan kat restoran macam U bawak I selalu. I untung lah sebab birthday I sentiasa jatuh pada cuti semester setiap tahun.*clap*

Tapi tak kisah kan sebab hadiah I dah bagi hari tu. Hadiah birthday in advance! Lol. U dah pakai pun kan? Jaga leklok tau. Walaupun tak seberapa, hanya itu yang mampu I belikan setakat ni. (maklumlah student yang tak ditaja. PTPTN pun taknak taja I)sob..sob..sob lagi. Sorry sangat I tak mampu nak belikan 'thing' yang U nak sangat tu. Serius I tak mampu lagi!! Tunggu I kerja dulu ye DEAR. Harus I belikan untuk U. U nak 3 pun I beli kan. Hehe

Nah birthday cake untuk U. Makan puas-puas tau. Sumpah tak kan habis.


oh cool kan cake nihh. You rock dear!

Semoga dipanjangkan umur, dapat semua yang diidamkan dan dimurahkan rezeki so that boleh belanja I selalu (^__^)


kenangan masa sambut birthday I hari tu. Oh picture's quality was too bad!


okke ngantuk dah ni nak tidur! My last word

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!


Monday, August 23, 2010

Entry ringkas *(18SG)


AMARAN: Jika anda mengalami lemah jantung dan sedang mengandung sila jangan baca entry ini!

Suka tak tengok gambar-gambar hardcore? I mean gambar ngeri yang mampu membuatkan anda hilang selera nak buka puasa. I suka sangat tengok gambar-gambar macam tu walaupun ia nya amat dan tersangat ngeri sampai kadang-kadang kena tengok sambil sepetkan mata.*(-_~)* Tak tahu lah semangat apa yang ada dalam diri nih. Suka sangat tengok gambar orang accident, kena bunuh, keno potong-potong, and etc... 

Tak nak tipu lah kan, bukan berani sangat tengok benda-benda macam ni sebenarnya. Kadang-kadang tu ada juga rasa macam nak termuntah. Loya giler kot. Ewwwww! Ya lah mana tak nya, gambar otak bertaburan, mata terkeluar, muka hancur...Erkkk! Tapi itu lah yang best. Heee..Pelik kan.

Macam mana I boleh start tengok benda pelik-pelik macam ni ye? Rasanyaa dulu start dengan blog OH!Tidak. Lepas tu jadi ahli forum EHOZA. Kat forum tu of course la selalu masuk section Scary, Frightened, Ghost and X-files, Mistery, Amazing. banyak sangat gambar-gambar best. Tak lama lepas tu I terjumpa satu blog yang memang lagi cambest dari sebelum nih sampai I dah tak payah nk masuk EHOZA dah. OH!Tidak pun dah jarang singgah. Kuat betul penangan blog tu. Dan blog yang I maksudkan adalah Kari Ngeri. Hohoho pelbagai jenis kari anda boleh lihat kat sana. Sumpah puas hati. Opss..lupa satu lagi blog yang I suka godek adalah blog berkisar tentang kemalangan jalan raya, ONDSCENE. Kalau rajin sila lah ke sana ya! Oh ada surprise untuk y'olss.(rajin pulak aku promote blog orang nih) :))







 
kari muka hancur





kari muka hancur (II) hidup lagi ni beb!



no caption. Check it yourself k



mayat mati lemas


muka hancur kena pukul. Dush!! adeh...


for more scary and frightened pictures just click HERE

all pictures are credit to Kari Ngeri


p/s: Sumpah aku loya tahap gaban sewaktu menulis entry nih. To Siti NazihakMK if you watch this. I know u gonna like it. Hahaha! Weit..sambil-sambil ushar blog nih tolong lah klik2 Nuffnang tu. Sedekah amal jariah bulan puasa ni kan..hehe


Wednesday, August 18, 2010

Menunggu saat kematian





Jom kita hayati kisah sedih ini


Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang diamiliki.

Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.

Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan kepada insan-insan tersayang.

Saat-saat yang dilalui seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam yang harus dilangsaikan.

Azalea sendiri tidak mengerti dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu. Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah berkata buruk tentang lelaki itu.

Amri mendapat idea untuk mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.

" Assammualaikum.... Lama dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia perasan kekagetan wajah itu.

" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.

" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.

"Hmmm...saya cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan diri tentang dendamnya.

" Oh....apa salahnya. Saya ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam terhadap bapa Azalea.

" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.

" Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.

" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan bersopan. Wajah Azalea merah.

" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.

" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.

" Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis dan cantik sekali.

" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.

" Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea tergelak lagi.

" Tak semudah itu saya jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas cinta itu kerana hatinya makin lemah.

" Apa? Awak ada kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata tetap dijaga.

" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang tabah. Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.

" Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.

" Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya? Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap penuh ikhlas.

" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.

Azalea menghantar langkah Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati Azalea.

" Kenapa ni nak? Alea sakit ke sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.

" Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.

" Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin mengucapkan terima kasih pada insan itu.

" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.

" Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.

" Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah manjanya hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.

" Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.
" Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri. Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis itu walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.

" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.

" Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.

" Awak berangan ya..." usik Azalea.

" Mana ada..." nafi Amri.

" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.

" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama gelak.

" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri mengelabah.

" Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

" Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu, di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun sedang leka bermain buaian.

" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.

" Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.

" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.

" Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.

" Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea tergamam. Dia terdiam.

" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.

" Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.

" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu perasaannya melainkan yang Maha Esa.

" Tak payah cakap apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut melepaskan pergelangan tangan Amri.

" Am... awak tak faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa maksud dia?

Amri terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik Azalea.

" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.

" Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu menemuinya.

" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.

" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.

" Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?

" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.

" Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.

" Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan dendamnya.

" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.

" Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu, saya memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea sebelum Datin Naini benar-benar yakin.

......................................................................................

" Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.

" Saya cintakan diri saya sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar tubuh isterinya. Azalea terjerit.

" Lepaslah...." Azalea menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya dibelakangnya.

" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat lelaki bukan halal.

" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.

" Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang yang manja.

" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.

" Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang menunggu kematian.

" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.

" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.

" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.

" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri tercinta.

" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.

" Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.

" Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.

Selepas menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia membelek kertas di tangannya

" Tahniah... you berdua bakal jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea. Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.

" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.

" Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur. Azalea hanya terdiam.

Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.

" Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.

" Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan ibu...

Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.

" Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak bagi baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.

" Kita berserah pada Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea." Ucap Amri.

" I love you too."

" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.

" Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.

Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.

" Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.

" Jangan cakap macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah menebus kesalahan dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu memang tidak disengajakan.

" Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.

" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.

" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.

Amri menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak cantik walaupun terlantar di situ.

" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup lama.

" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.

" Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?" pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa Azalea.

" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis dicium bertalu-talu tanpa jemu.

" Abang jaga anak kita tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.

" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"

" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?

" Macam mana... Alea.. tau?"

" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.

" Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.

" Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.

..........................................................................................

" Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.

" Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta. Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.

Amri duduk di tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka. Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang taat dan berjaya dalam pelajaran.

Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...
Sayang.... anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea. Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.

" Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah, seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu masa itu tidak banyak kerenah.

Tersenyum dan tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu, terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak yang masih terlalu kecil.

" Mesti arwah ibu pun rindukan kitakan ayah." Celah Arief.

" Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.

" Kami janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan sikap tanggungjawab anak terunanya itu.

" Arief nanti jaga adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.

" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum memejam mata.

Arief Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.

Sekian.


credit to JOMSAYANG