Nuffnang

Tuesday, August 17, 2010

Peringatan untuk diri saya!



Assalamualaikum

Lama sungguh tak menjengah ke belog ni kan. Busy pasal apa pun tak tahu lah. Nak kata kuat study jauh sekali. Kuat ber'facebook'ing ada lah kot. Hehe. Ermm kali nih sebenarnya nak bercerita tentang keagamaan sikit. Al-maklumlah di bulan yang mulia ni, elok lah kiranya kita berpesan pesan sesama seindiri. Sebenarnya entry ini khas untuk diri saya sendiri. Okay, apakah tajuk entry kali ini yer. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut lagi elok lah sekiranya kita menghayati bait hadis ini.


setiap umatku boleh diampunkan dosanya kecuali mereka yang mendedahkan dosanya, ada kalanya yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa diwaktu malam berpagi-pagi sedangkan Allah menutup  keaiban dosa itu. Namun tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata : "wahai fulan, semalam aku melakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutub keaibannya(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Faham tak apa maksud hadis tu? Okay mengikut apa yang saya faham, hadis ini menceritakan tentang perlunya kita untuk tidak mendedahkan aib kita sendiri kepada orang lain. Selagi kita menjaga aib kita, maka selagi itu lah Allah akan menjaga aib kita. Tapi jika sekiranya kita sendiri yang mendedahkan aib kita kepada orang lain, maka akan terbuka lah aib itu sampai bila-bila. Allah tak akan menutupnya kembali. Contohnya, malam ini Allah akan menutup segala keaiban yang kita lakukan pada siang tadi begitulah esoknya Allah akan menutup keaiban yang kita lakukan pada malam ini. Tetapi apabila kita sendiri yang membuka keaiban kita itu maka terbuka lah segala-galanya. So, kesimpulannya jangan lah buka pekung di dada sendiri. InsyaAllah saya pun akan berhati-hati lepas ni. Saya tak nak terlalu 'disclose' sangat dengan sesiapa pun. 

No comments: