Hans Isaac |
Fahrin Ahmad |
Oh...ini saya mau!! Wentworth Miller |
Lelaki bagaimanakah yang betul-betul menjadi idaman wanita? handsome kah macam abang-abang kat atas tuh? kaya kah? pakai kereta besar kah? Bagi saya tak semua kotttt...So apakah.....characteristic yang mesti ada pada lelaki yang menjadi idaman setiap wanita di luar sana? Para jejaka kat luar sana sila renung-renungkan, adakah semua sifat yang dinyatakan di bawah ini ada pada anda. Kaum wanita, mari kita selidik...
1. PRIHATIN
Setuju atau tidak lelaki yang prihatin menduduki carta teratas dalam list setiap wanita? Maksud prihatin disini adalah seorang lelaki itu mampu menjadi pendengar yang baik untuk pasangannya. Menjadi pendengar yang baik amat penting ya untuk lelaki kalau nak jadi idaman wanita. Ini kerana wanita akan rasa lebih dihargai. Tapi jangan pula dengar telinga kanan pastu keluar telinga kiri kemudian buat derkkk jer. Ha itu memang layak kena pelangkung la gamaknya. Dengarlah setiap luahan hati wanita dengan baik. Beri nasihat apa yang patut okke guys?????????
2. SUPPORTER
Lelaki yang sentiasa menjadi pembakar semangat dan pendorong setiap wanita dalam melakukan sesuatu perkara juga turut menjadi idaman. Betul tak girls?? betul annn.....Memang spoil la kalau dapat balak yang tak pernah nak support apa yang kita buat. Menyampah uhuk3x
3. PATUH PERINTAH AGAMA
Mesti ar nak yang jaga solat, jaga iman, dan etc...kan. Diorang kan pemimpin keluarga. So, kalau diorang sendiri pun goyang lagi macam mana nak bimbing kita. Okke girls kat luar sana ingat tau ni amat penting untuk kita bina keluarga yang bahagia. InsyaAllah berkekalan dunia akhirat. Jauhi penceraian (erkk...tetiba je, boleh kan?)
4. CERIA DAN PANDAI BERJENAKA
Ohohoho...i like this muchos lah! Barulah happy sokmo orang kata. Cuba bayangkan kalau kita tengah tension then si dia pula duk buat lawak n cuba ceriakan hati kita. Tak ke boleh hilangkan 'ketensean' kita tuh? Guys, ingat! be humorous okke. Jangan asyik serious je 24/7. Ada benda yang patut serious, serious laa tapi jangan la melampau-lampau asyik nak serious je. Nak tunjuk macho la katakannn...hahaha
5. BIJAK
Yess. Bijak tu penting. Bijak dalam menguruskan wang, bijak dalam menguruskan waktu, bijak dalam membuat sebarang keputusan dan etc... Kalau tak kita la yang asyik tension, mana tak nya kalau date janjinya
pukul 10 a.m pukul 2.00 p.m still tak nampak batang hidung. Oh melampau nih. Perempuan tak suka ye kalau lelaki tu tak pandai nak buat keputusan. For example, girls tanya "Hari ni kita nak date kat mana sayang?" Guys jawab " Entah, suka hati awak lah". Grrrr...geram betul. Kalau sekali dua takpe lagi nak jawab camtu. But, kalau setiap kali dating asyik girls aje yang kena decide mana nak pergi memang menyampah tahap gaban la weiii
6.PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERAT
Sayang menyayang!!ewah...romantik la senang cerita. Nak masuk kereta pun bukan main lagi tolong bukakan pintu awek. Nak duduk kat restoran siap tolong tarikkan kerusi lagi. Ada lagi ke orang macam tu? Bukan kat dalam drama je ke? Ohohoho...tak semestinya tak buat macam tu tandanya tak sayang kan?..Banyak lagi cara lain untuk tunjuk kan sayang tau. Ingat! Lain orang lain caranya okke. Yang penting penyayang la takde nak pukul-pukul awek. Pukul-pukul sayang takpe. Jangan pulak lepas ni pukul sampai lebam bila orang tanya "Eh kitorang main pukul-pukul sayang je"..(hotak kau!). Jangan lupa selalulah tanya khabar awek tu setiap hari. Dah makan ke dia, dah mandi ke dia and whatever lah. Baru lah awek tu rasa disayangi. *jangan penyayang duit sudah la ye guys* hehehe
7.MENJAGA PENAMPILAN
Cuba bayangkan mamat ni dengan rambut serabai, jeans koyak rabak, muka comot and bau fullamakkkk Tuhan saja yang tau. Hmmmm wangiii..ahahaha melampau betul imagination aku weh. Agak-agak girls, korang nak ke jalan ngan dorang??Jujur la weii..
8.TIDAK TERLALU MENGONGKONG DAN OVERPROTECTED
Mentang-mentanglah awek kau lawa, konon takut kena rembat sampai kau control awek kau tu kaw-kaw. Kesian si awek tuh. Awek mana lah yang tahan kalau kena control lebih-lebih. Tak salah nak control, tapi berpada-pada lah. Kang kalau tak control kang awek kau kata tak sayang pulak kan. Agak-agak ar! jangan sampai jadi overprotected awek nak pergi tandas buang harta pun nak kena bagitau. Haishhh rimas weh!
9.MENGHORMATI DAN PANDAI MENGAMBIL HATI ORANG TUA
Oh so sweet! Wanita akan tersentuh jika lihat boyfriend dia pandai layan orang tua mereka. Tak kisah lah mak ayah dorang ke atau pun mak ayah korang sendiri. Jadi pandai-pandai lah korang ambil hati orang tua. Selalu lah belikan buah tangan bila berkunjung ke rumah awek anda. hehe
10. MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR
Ohoo ini penting jugak tapi kenapa aku letak kat paling bawah nih. Haih. Harus ye saling memahami antara satu sama lain. Ibarat makan ulam kalau takde budu atau belacan...tak syok kan??Haa macam tu lah rasanya kalau anda tak memahami awek anda. (Erkk..ade kaitan ke weh?). Sila bertolak ansur ye jangan ingat kau nak menang je kerjanya. Sekali sekala bagi lah awek kau pulak yang menang...agagagagaga
-Habis daa-
p/s: lelaki yang baik untuk wanita yang baik. tetibe jer!
No comments:
Post a Comment