Ya, hidup ibarat tayar beskal. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah.
Dah banyak kali kan kita dengar peribahasa macam ni. Kita kena ingat walau hebat mana pun, walau setinggi mana pun kita berada sekarang lambat laun akan jatuh ke bawah jugak. Jangan ego sangat. Jangan bangga dengan pencapaian yang kita peroleh sekarang ni. Belajar lah bersyukur dan sentiasa bersyukur. Jangan terlalu bongkak. Ingat lah TUHAN MAHA BERKUASA menentukan segala sesuatu.
Aku hanya mampu tersenyum disaat kau jatuh. Bukan niat untuk mengejek, jauh sekali. Namun, bila teringat akan kata-kata 'manis' yang pernah kau lontarkan suatu masa dulu membuatkan aku sentiasa ingin tersenyum. Jangan cuba menongkat langit. Sebab kau takkan mampu. Baru sekarang mungkin kau sedar yang bahawasanya langit tu terlalu sukar untuk di gapai.
Thanks sebab pernah mengeluarkan kata-kata 'manis' pada aku dulu. Sekurang-kurangnya boleh membuatkan aku tersenyum. :)))
Kenapa mesti aku senyum? Sebab sekarang sudah terbukti siapa yang teraniayai dan ditipu. Tidak bermakna tidak ... maka tidak sayang. Sila lihat apa yang orang yang kau anggap amat menyayangi kau sekarang.
Huhu......aku hanya mampu tersenyum.
Tersenyum bahagia dan bersyukur. Semoga kebahagiaan ini terus kekal menjadi milikku.
No comments:
Post a Comment