Heyyaa... Jumaat lepas keluar bertemujanji bersama Mr. A lagi. Rindu oh seminggu tak jumpa (eww..gewdik gileww). So, sebagai 'bibik educated' aku perlulah mengemukakan permohonan pelepasan cuti 24 jam sebelum nak keluar. Curlass gitew cousin aku. Nasib baik dia sporting, bolehlah jugak keluar jalan-jalan. Takdelah terperuk aje kat rumah sambil melayan kerenah anak buah-buahan yang tak reti nak stop bercakap iteww.
Destinasi pertama adalah ke Pengkalan Kubor, kebetulan dah lama tak jenguk sana kan. Best jugak tapi macam dah tak ramai orang macam dulu-dulu dah. Ingat lagi waktu kecik-kecik dulu mak ayah aku suka bawak aku pergi sana sebab derang nak beli periuk murah-murah. Waktu tu boleh dikatakan ramailah orang suka pergi sana sampai nak parking pun full, nak jalan pun berhimpit-himpit (ok..hiperbola). Banyak jugak aku borong cokelat, baju dan makanan. Haha memang suka makan...
Then, agak-agak dah boring pusing kat dalam tuh aku heret Mr. A balik, hajat dihati nak makan lagi. Suddenly rasa macam nak makan Secret Recipe lah pulak. So, kitorang headed to KB Mall (arghh tensen, dah takde tempat lain ke nak pergi). Sempat singgah di Pantai Sri Tujuh untuk menikmati suasana pantai. Ramai gak orang kat sana. Oh sekarang dah ada MRSM Tumpat, betul-betul dekat Pantai Sri Tujuh. Woh gila best dak2 MRSM sana. Weekend je boleh fly pergi mandi pantai. Miahahahaha! Teringat zaman dolu-dolu waktu hidup di mrsm, sumpah perangai macam lahanat. Nanti lain kali cerita okayh!!
huk aloh malu-malu pulop Mr. A. Waktu kat Resipi Rahsia. Sebenarnya budak nih dah kenyang tapi aku paksa jugak dia makan. Mana taknya badan dia naik. Ramai perasan dia dah gemuk sikit. Barulah sepadan dengan I kan yang. miahahaa
budakgemukyangtaksedardiriasyiknakmakansahajakerjadia
Ni dak baru jadi gemuk punya air. Ice Lemon Tea
Ni pun dak baru jadi gemuk punya Chicken Cornish. Tapi dak baru jadi gemuk ni makan separuh jer. So, terpaksalah dak yang memang dah gemuk ni habiskan. TERPAKSA OK!!!
Ini pula dak yang memang dah gemuk punya Chocolate Fudge.
dak yang memang dah gemuk order air ni semata-mata sebab nak botol dia je. Siap bungkus bawak masuk plastik lagi. Hahaha gila!
Lepas makan, terus balik sebab dak yang memang dah gemuk nak sambung tugas sebagai 'bibik educated' balik.
Sebagai konklusi, happylah dapat jumpa dak baru jadi gemuk tuh. Suka cubit perut dia sebab dah boroi. Hihi...Bye!
No comments:
Post a Comment