Eh jap...haram eh sambut hari ibu? hrmmm tapi kenapa sekarang baru nak pertikaikan yep..bukan aku nak bantah tapi entahlah..pape pun kita enjoy....!!! Memanglah hari-hari pun hari ibu tapi sempat ke kita nak tunjuk appreciation kat ibu kita hari-hari. I mean lagi-lagilah budak yang duk hostel macam kami ni. Kalau macam tu kan, nanti hari guru pun kita takyah sambutlah sebab hari-hari pun hari guru kannnn..
Di kesempatan ini aku nak jugak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada aku. Beliau tak pernah kenal erti penat bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan aku. UMMI sesungguhnya jasamu terlalu banyak dan tak terbalas olehku. Hanya DIA yang mampu membalasnya. UMMI, terima kasih kerana selama ini telah banyak bersabar dengan kerenah anakmu yang degil dan suka melawan cakap ni. Oh UMMI, tetiba rasa rindu!!! Nasib baik dah nak balik kampung UMMI terima kasih tidak terhingga kerana memberi makan pakai yang cukup untuk anakmu ini. Semoga panjang umur UMMI ku sayang! I love you sooo much...Nobody can ever replace u in this world.
Tak lupa juga, semoga ALLAH memberi rahmat dan mengampunkan dosa-dosa insan yang telah pergi. Semoga MAMA ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tenanglah dikau disana duhai MAMA MAMA ku. (Al-Fatihah)
UMMI cute..hehe umi kat dapur. |
Oh itu UMMI saya. Beliau seorang tukang masak. Masakan beliaulah yang paling saya tak boleh nak tolak. Diet macam mana pun pasti tergoda. Cubalah cakap kat dia kata nak diet, dan dan tu juga dia pergi masak banyak-banyak lauk favourite. Huih...abis tu no wonder lah kenapa aku boleh jadi gegem macam nih. hahaha.. Dia kata "apa nak risau, makan jelah selagi nafsu makan masih ada nih". Tu dia aih..tapi sekarang dia dah mula risau dah bila tengok anak gadis dia dah gegem tahap dewa nih. Kenapa MI? takut tak laku eh..eh..eh??
ni waktu hantar aku nek bas 2 weeks ago |
haa..tengok!!! macam mana lah aku nak tolak kalau macam nih. |
YOU ARE THE BEST MUM EVER!!! You
are the best thing that I have ever had...
eh..jom kita layan video matluthfi90 pulak. Tahun lepas punya video best kan? Tahun ni punya lagi best tau. Dah tengok? Kalau belum....meh kita tengok sama-sama....
dan ini tahun lepas punya
ain't he's hillarious yaww??
and last but not least...
HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMS ENTIRE THE GLOBE
No comments:
Post a Comment