Nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

Amboiii susah rupanya nak posting jadi cikgu ye..Jom tengok apa kata pihak KPM

Adeh, ni yang buat aku risau ni. Ye lah walaupun aku belum lagi habis belajar tapi aku bakal lalui saat ini jugak. Siapa kata amik course pendidikan ni senang dapat kerja hoi??? Susah tahu..Ramai orang fikir sesiapa yang amik pendidikan ni keluar je terus boleh posting. Non adolah macam tuh kak timah oii. Tambah-tambah lagi sekarang ramai sangat belajar course ni. Bukan takat UPSI jer yang belajar pendidikan, boleh kata semua universiti kat Malaysia ada fakulti Pendidikan. Universiti TEKNOLOGI Malaysia pun ada satu. Boleh imagine tak sekarang berapa ramai bakal-bakal cikgu kat luar sana? Beribu-ribu lemon habaq hang...itu tak campur lagi calon DPLI or KPLI..*serius tak puas hati budak-budak DPLI/KPLI selalu dapat tempat posting dulu berbanding calon degree. Padahal kami ni bertungkus lumus belajar ilmu pendidikan selama 4 tahun. Diorang yang belajar asas pendidikan setahun je tuh dapat posting cepat. Mana aci ye dop?

Haiyaa pepehal pun mesti kena ingat satu je *rezeki masing-masing (-_-")

Huish..lagi satu pulak, dah la macam-macam khabar angin timbul. Ada yang cakap bermula pengambilan akan datang ni semua calon dah tak payah amik ujian INSAK dan temuduga. Kementerian akan terus serap macam tu aje tak perlu tapis-tapis lagi dah. Amboii baik hati kementerian yer...Lagi segali non adolah macam tu kak timah oii. Sesungguhnya khabar angin itu tipu belaka. *baru je nak happy tau. Dah tak jadi happy balik.

Apa-apa pun ni ha al-kisah yang sebenarnya. Sila baca ye bakal cikgu sekalian. Untuk makluman, surat ini adalah respon yang diberikan oleh pihak KPM kepada saudara Hafiz yang mungkin baru menamatkan pengajian May lepas. * tak kenal pun, jumpa kat facebook je ;)


Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan Encik Ahmad Hafiz No. Rujukan: 190973 yang bertarikh 12hb Jun 2011 berkaitan dengan tarikh bagi Borang Penempatan untuk Guru Sandaran Terlatih (GST).

Permohonan tersebut hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Untuk makluman, masih tiada tarikh yang ditetapkan mengenai aplikasi permohonan e-GST yang seterusnya akan dikeluarkan.


Untuk pengetahuan tuan juga, pengambilan GST adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan. Penempatan GST akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh temuduga dijalankan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap gagal dan disarankan untuk membuat permohonan baru.

 
Berikut diberikan syarat kelayakan permohonan Guru Sandaran Terlatih (GST) tersebut :-

  *Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.


Bagi calon lepasan IPTA, calon perlu melalui Temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST). Temuduga tersebut adalah bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Bakal guru yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terlalu rendah berkemungkinan tidak akan dilantik. Manakala, bagi calon dibawah tajaan KPM dan memperolehi PNGK 2.75 ke atas, mereka dikehendaki menduduki Ujian INSAK sahaja (Temuduga dikecualikan). Jika Ujian INSAK tersebut gagal maka keseluruhan sesi Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya. Ujian Insak dan Temuduga merupakan satu komponen yang sama di mana, jika salah satu daripadanya gagal maka keseluruhan Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya dan disarankan untuk mengemukakan permohonan baru.


Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada tuan untuk membuat semakan di laman sesawang KPM di capaian http://www.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini berkenaan dengan permohonan GST.

 
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Encik Ahmad Hafiz.


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan seperti di atas.

 

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: