Nuffnang

Wednesday, June 22, 2011

Professional Photographer

Rewang punya rewang di laman sesawang aku terjumpa satu karya seni yang sangat menarik. Lebih menarik perhatian aku karya seni tersebut hasilnya daripada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus. Kenal tak? Rugi tau kalau tak kenal siapa beliau. Ceramah-ceramah agama beliau sangat bagus. Memang sedap didengar dan senang untuk di digest kedalam otak. Ilmu pengetahuan beliau pun luas. Kau tanya saja apa jua kemusykilan pasti dapat dihuraikan dengan jelas. Bab munakahad ke, zakat ke, and whatsoever lah..Prinsip hidup beliau " cari harta dunia umpama untuk hidup selamanya, beribadat umpama nak mati esok". Curlaass gitu.

Kenapa aku cakap dia seorang photographer professional? Cuba tengok gambar-gambar yang dihasilkan di bawah. Aku memang sangat kagum dengan beliau.




apa yang menariknya, model yang selalu beliau pakai adalah Pok Mang atau anak-anaknya sahaja. takde lah nak pakai model-model perempuan yang seksi bagai. Tak perlu pun nak buat projek gadis ke projek blogger ke. 



cantik menarik kan gambar-gambar atas tu. Apa tidaknya, pakai Nikon D3 kot bhaiii...Fullamaakkkk phewww!

*Untuk lagi gambar menarik boleh lah ke laman fanpage facebook beliau Ustaz Azhar Idrus Fanpage atau boleh lawati web beliau di digitalmukmin.com. Kbail ;)

No comments: